SOP Kemasukan Pelajar Ke IPT Secara Fizikal Mulai 15 Oktober 2021

SOP Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT – Sempena Pembukaan Semula IPT Bermula 15 Oktober 2021 Bagi Semua Fasa PPN

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bahawa kemasukan pelajar ke IPT secara fizikal akan bermula pada 15 Oktober 2021.

Kemasukan ini akan melibatkan pelajar lengkap divaksin bagi semua kategori dan Fasa PPN, di mana keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

Selain pelajar, staf akademik dan bukan akademik lengkap vaksin dan tempoh keberkesanan dibenarkan masuk kampus, tertakluk kapasiti IPT.

sop ipt
sop ipt
sop ipt

Baca juga: Tawaran Pengajian Dengan Tajaan Penuh Biasiswa AIU 2021

SOP Pengoperasian Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Berikut adalah antara SOP yang akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelajar IPT menjelang kemasukan pada 15 Oktober 2021.

  • IPT perlu kenal pasti pelajar, tentukan jadual pergerakan dan pastikan warga IPT lalui proses saringan kesihatan yang ketat
  • Bagi IPT di Semenanjung, hanya surat kebenaran kembali ke kampus daripada IPT diperlukan
  • Pelajar IPT di Sarawak, Sabah, Labuan perlu dapat surat kebenaran rentas daerah/negeri daripada polis dan jalani saringan RT-PCR
  • IPT perlu sediakan pusat pengasingan di IPT masing-masing bagi uruskan kes-kes bergejala atau jangkitan
  • Pengurangan yuran 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam bagi Semester 1 Sesi 2021/2022
  • Bagi kursus/program dalam talian, pelajar boleh pilih teruskan PdP di lokaliti masing-masing
  • Kemasukan pelajar antarabangsa dari UK, pelajar program Mobiliti dan Edutourism beserta tanggungan sah dibenarkan

Bagi pelajar IPT yang masih belum mendapatkan vaksin, sila rujuk ke mana-mana PPV terdekat bagi Program Vaksinasi Pelajar IPT Secara Walk-In.

Untuk maklumat lanjut berkaitan SOP pembukaan IPT dan kemasukan pelajar ke IPT, sila hubungi saluran berikut:

  • Bilik Gerakan COVID-19 KPT : 03-8870 6777 / 6949 / 6623 / 6628 (Beroperasi 24 jam)
  • Laman web KPT : https://www.mohe.gov.my/
  • Hubungi Pegawai Penyelaras IPT masing-masing

INFOGRAFIK PERGERAKAN KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS & SOP IPT SECARA BERPERINGKAT MULAI 15 OKTOBER 2021

Sila rujuk infografik di bawah untuk info berkaitan pergerakan pelajar kembali ke kampus bagi makluman bersama:

sop ipt
sop ipt
sop ipt
sop ipt
sop ipt
sop ipt

Baca juga: SOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN

*Sumber: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!