Tawaran Pengajian Dengan Tajaan Penuh Biasiswa AIU 2021

TAWARAN PENGAJIAN DENGAN BIASISWA PENDIDIKAN DI ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY ( AIU) DIBUKA SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2021

Lembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa calon yang berminat untuk menyambung Ijazah di Albukhary International University.

Tempat cantik, suasana kondusif, belajar pun PERCUMA dengan tajaan penuh merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun makanan bulanan.

Berminat?

Jom ikuti info lanjut tentang Biasiswa Al-Bukhary International University yang diwar-warkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini.

Apakah Biasiswa AlBukhary International University (AIU)?

Direka dan dibina di kawasan seluas 45 ekar (18 hektar), kampus AIU terletak berhampiran bandar Alor Setar, ibu kota Negeri Kedah di utara Malaysia.

Tawaran tajaan penuh melanjutkan pengajian di Al-Bukhary International University bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah ini dibuka untuk kemasukan sesi Oktober tahun 2021.

Baca juga: Bantuan Am Persekolahan Untuk Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP

Syarat Kelayakan Biasiswa AIU 2021

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk memohon pengajian dengan tajaan penuh AIU seperti maklumat berikut :

  1. Terbuka bagi tahun 1 kemasukan tahun 2021
  2. Tajaan penuh daripada Albukhary International University ( AIU ) merangkumi yuran pengajian, penginapan dan elaun makanan bulanan
  3. Prasana tempat pengajian yang lengkap dan eksklusif serta berdekatan dengan kemudahan yang diperlukan.
  4. Terbuka bagi bidang pengajian seperti berikut :
    • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Kepujian )
    • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi ( Kepujian )
    • Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sosial ( Kepujian )

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh mengisi borang melalui link Google Form berikut : https://bit.ly/BiasiswaAIU

1. Pastikan calon mempunyai akaun Gmail sebelum membuat permohonan.
2. Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi.
3. Sila baca dengan teliti sebelum mengisi maklumat yang diminta.
4. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses.
5. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja
6. Tarikh tutup permohonan pada 25 September 2021

Setiap pemohon hendaklah mengisi link google form yang diberikan dan mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

Tarikh Tutup Permohonan

DIBUKA sehingga 25 September 2021.

Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Baca juga: SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh hubungi :

Ayuh! Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan anak-anak asnaf menyambung pengajian di Universiti Negeri Kedah.

” Zakat Anda Merubah Asnaf “

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!