SOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN

Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa PPN mulai 3 Oktober 2021 dengan SOP yang ditetapkan oleh KPM.

Namun, KPM akan melaksanakan sistem baharu yang melibatkan hanya 50% kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PDPR, yang bergilir setiap minggu.

Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas.

sop sekolah

SOP Penggiliran Murid & Pembukaan Sekolah Bermula 3 Oktober 2021

Berikut adalah ringkasan SOP Pembukaan Kelas Yang Diumumkan oleh KPM dalam sidang media sebentar tadi.

Fasa 1 PPN:

FASA 1

Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR.

FASA 2

Hanya kelas peperiksaan yang akan dibenarkan ke sekolah.

FASA 3

Semua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.

FASA 4

Semua institusi pendidikan dibuka SEPENUHNYA dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.

Penggiliran Murid Ke Sekolah

Bermula 3 Oktober juga, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% daripada enrolmen keseluruhan kelas.

sop pengoperasian sekolah

Sebagai contoh, sekiranya 36 orang murid berada dalam satu kelas, maka ia akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

Kedua-dua kumpulan ini akan bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan bagi memastikan PdP Bersemuka dapat diteruskan dalam kapasiti yang lebih selamat untuk murid.

Walaubagaimanapun, pengecualian bagi penggiliran murid adalah ditetapkan bagi kumpulan berikut:

sop sekolah

Sesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Ke Mac 2021


Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.

Pelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan.

Ini bermaksud, murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022.

Semua Institut Pendidikan Guru di negeri Fasa Satu, Fasa Dua masih laksanakan PdPR.

Pembukaan sekolah, institusi pendidikan di negeri atau kawasan dalam ‘Travel Bubble’ ikut kaedah Fasa 4 PPN.

Pengoperasian sekolah, institusi pendidikan negeri yang beralih fasa PPN dilaksanakan selepas dua minggu peralihan.

Baca juga: Bantuan Am Persekolahan Untuk Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP

Maklumat Lanjut Tentang SOP Sekolah 2021

Untuk maklumat lanjut berhubung pembukaan sekolah dan SOP yang terkini oleh KPM, sila rujuk dalam slaid PDF di bawah:

Muat turun slaid penuh Sidang Media Pengoperasian Sekolah KPM:

MUAT TURUN PANDUAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH KPM 3.0

MUAT TURUN INFOGRAFIK PEMBUKAAN SEKOLAH KPM:

*Sumber: Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!