Advertisements

Peralihan Fasa PPN Terkini Setiap Negeri & Kelonggaran SOP Fasa 3 / 4

Advertisements

TERKINI: Senarai Kelonggaran SOP Fasa 3 & 4

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi lapan negeri bermula Isnin (18 Oktober).

Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3.

Manakala, Melaka dan Lembah Klang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4.

Tiada lagi negeri yang berada di Fasa 2 ketika ini.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri melalui kenyataan media khas hari ini, 15 Oktober 2021.

Fasa PPN terkini setiap negeri berkuatkuasa 18 Oktober 2021

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, peralihan fasa itu adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Keputusan itu diambil berdasarkan beberapa indikator iaitu laporan kes positif COVID-19 harian negara yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes untuk tempoh dua minggu berturut-turut.

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN

Sila rujuk infografik dan kenyataan penuh di bawah:

Kelonggaran PPN Fasa 3 & 4

Selari dengan peralihan fasa yang diumumkan sebentar tadi, terdapat beberapa kelonggaran yang diumumkan berkuatkuasa 16 Oktober 2021.

sop fasa 4
sop fasa 4
sop fasa 4
sop fasa 4
sop fasa 4

Kebenaran Majlis Sosial / Kenduri

PELAN PEMULIHAN NEGARA : MAJLIS SOSIAL BAGI NEGERI DI FASA 4

Soalan :

Bermula 18 Oktober 2021. Selangor akan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4.

Adakah Majlis Perkahwinan dibenarkan semasa Fasa 4?

Jawapan :

Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum

Untuk melihat senarai SOP Fasa 4 yang terkini oleh Majlis Keselamatan Negara, sila rujuk pautan berikut:

https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-4/

Sumber:

KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI PERALIHAN FASA DAN KELONGGARAN SOP

https://www.facebook.com/MKNJPM/posts/209499434605090

Baca juga: SOP Pembukaan / Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment