Solat Sunat Sebelum Zuhur : Niat, Panduan & Kelebihannya

Solat sunat sebelum Zuhur merupakan salah satu solat sunat di bawah solat sunat Rawatib. Solat sunat ini merupakan sunat muakkad iaitu, amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan.

Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ketahui cara melakukan solat sunat Qabliyah ini dan bacaan dalam solat sunat tersebut.

Jadi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk ketahui lebih lagi berkenaan solat sunat ini.

Apa itu Solat Sunat Sebelum Zuhur?

Solat sunat sebelum Zuhur merupakan salah satu solat sunat dibawah solat sunat Rawatib yang merujuk kepada solat sunat yang mengiringi solat fardhu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua iaitu:

  • Solat Sunat Qabliah (Sebelum Solat Fardhu)
  • Solat Sunat Ba’diah (Selepas Solat Fardhu)

Berbeza dengan solat rawatib yang lain, solat rawatib zuhur ini boleh dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam, dan perkara ini telah dinyatakan dalam hadis riwayat berikut:

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الشُّعَيْثِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ، عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَنْ صَلَّى قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ هَذَا الْوَجْهِ ‏.‏

Sesiapa yang solat 4 rakaat sebelum Zuhur dan selepasnya 4 rakaat, Allah mengharamkan neraka ke atasnya.

At-Tirmizi: 427, Ibnu Majah: 1160. At-Tirmizi berkata: Hasan Gharib

Dan di antara solat rawatib Zuhur, solat qabliyah adalah solat sunat yang muakkad, iaitu ia lebih digalakkan untuk dilakukkan berbanding solat ba’diyah Zuhur.

Dengan melaksanakan solat ini, ia membantu kita dalam menyempurnakan solat fardhu kita. Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ketahui bagaimana untuk melakukan solat sunat ini, agar kita dapat menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

solat-sunat-selepas-zuhur

Niat Solat Sunat Qabliyah Zuhur

Berikut merupakan niat solat sunat qabliyah Zuhur bersama makna dan bacaan rumi sebagai panduan anda:

أُصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

 Usolli Sunnata Zuhri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala

Makna: Sahaja aku solat sunat sebelum zuhur dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Panduan Solat Sunat Qabliyah

Cara solat sunat qabliyah Zuhur adalah seperti mengerjakan solat sunat 2 rakaat seperti biasa yang membezakannya hanya niat yang dibaca. Panduan solat anda boleh ikuti urutan yang telah ditetapkan dalam rukun solat di bawah:

rukun solat sunat sebelum zuhur

NOTA:

Anda juga digalakkan untuk membaca surah-surah berikut sebagai surah tambahan selepas bacaan Al-Fatihah, kerana ia merupakan surah-surah yang dianjurkan ulama:

  • Rakaat 1: Surah al-Kafirun
  • Rakaat 2: Surah al-Ikhlas

Dapatkan buku “110 SOLAT SUNAT” untuk mempelajari tentang jenis solat sunat dan panduan melaksanakannya

Kelebihan Solat Sunat Qabliyah

Banyak kelebihan yang boleh diperoleh apabila kita melaksanakan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu ini, antaranya ialah:

1. AKAN DIBINA RUMAH DI DALAM SYURGA BUATNYA

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.

Makna: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.

Sahih Muslim (728)

2. PAHALA SEUMPAMA MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA DARI KETURUNAN NABI ISMAIL

Di dalam kitab Hidayatussalikin dinyatakan sebuat riwayat,

Barangsiapa yang solat sebelum Zohor empat rakaat, seolah-olah mendapat pahala memerdekakan seorang hamba dari kalangan Bani Ismail

At Thabrani

3. DIAMPUNKAN DOSA PADA HARI TERSEBUT

Di dalam sebuah riwayat dari Al Katib;

“Barangsiapa solat empat rakaat dahulu daripada Zohor, diampun dosa-dosanya pada hari itu”.

4. DIHARAMKANNYA DARI NERAKA

solat sunat sebelum zuhur

Baca juga: Solat Sunat Selepas Isyak : Panduan dan Bacaan Dalam Solat

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!