Solat Sunat Selepas Isyak : Panduan dan Bacaan Dalam Solat

Solat sunat selepas Isyak merupakan salah satu solat sunat di bawah solat sunat Rawatib. Solat sunat ini merupakan sunat muakkad iaitu, amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan.

Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ketahui cara melakukan solat sunat ba’diah ini dan bacaan dalam solat sunat tersebut.

Jadi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk ketahui lebih lagi berkenaan solat sunat ini.

Apa itu Solat Sunat Selepas Isyak?

Solat sunat selepas Isyak merupakan salah satu solat sunat dibawah solat sunat Rawatib yang merujuk kepada solat sunat yang mengiringi solat fardhu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua iaitu:

  • Solat Sunat Qabliah (Sebelum Solat Fardhu)
  • Solat Sunat Ba’diah (Selepas Solat Fardhu)

Solat sunat ba’diah ini pula terbahagi kepada dua iaitu solat solat sunat ba’diah muakkad dan solat sunat ba’diah yang bukan muakkad.

Bagi solat ba’diah Isyak ia tergolong dalam solat sunat ba’diah muakkad dan ia merupakan solat sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam.

Solat ini amat digalakkan kerana ia membantu dalam menyempurnakan segala kekurangan yang terjadi sewaktu kita mengerjakan solat fardhu.

Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ketahui bagaimana untuk melakukan solat sunat ini, agar kita dapat menjadi umat Islam yang lebih baik.

solat-sunat-selepas-isyak

Niat Solat Sunat Ba’diah Isyak

Berikut merupakan niat solat sunat ba’diah Isyak bersama makna dan bacaan rumi sebagai panduan anda:

أُصَلِّي سُنَّةَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

 Usolli Sunnata ‘Isya-i Rak’ataini Ba’diyatan Lillahi Ta’ala

Makna: Sahaja aku solat sunat selepas isyak dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Panduan Solat Sunat Ba’diah

Cara solat sunat ba’diah Isyak adalah seperti mengerjakan solat sunat 2 rakaat seperti biasa yang membezakannya hanya niat yang dibaca. Panduan solat anda boleh ikuti urutan yang telah ditetapkan dalam rukun solat di bawah:

NOTA:

Anda juga digalakkan untuk membaca surah-surah berikut sebagai surah tambahan selepas bacaan Al-Fatihah, kerana ia merupakan surah-surah yang dianjurkan ulama:

  • Rakaat 1: Surah al-Kafirun
  • Rakaat 2: Surah al-Ikhlas

Dapatkan buku “110 SOLAT SUNAT” untuk mempelajari tentang jenis solat sunat dan panduan melaksanakannya

Kelebihan Solat Sunat Ba’diah

Banyak kelebihan yang boleh diperoleh apabila kita melaksanakan solat sunat selepas solat fardhu ini, dan perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis di bawah:

Baca juga: Solat Sunat Rawatib: Niat & Panduan Solat Sunat Ba’diyyah & Qabliyyah

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!