SOCAR Malaysia : Cara Sewa Kereta Harian Secara Online

Sekiranya anda mahu mencari kereta sewa dengan mudah, SOCAR merupakan salah satu platform popular yang boleh anda cuba.

Benar, terdapat ratusan atau mungkin rabuan syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan kereta di Malaysia namun dengan SOCAR, semuanya menjadi lebih mudah.

Dengan perkhidmatan lebih menyeluruh di serata Malaysia, anda lebih mudah merancang percutian anda dalam Malaysia dengan hanya menyewa kereta secara harian mahupun mengikut jam.

Ya! Anda boleh menyewa sebuah kereta untuk beberapa jam sahaja.

Latarbelakang Syarikat

Socar Mobility Malaysia, unit syarikat pemula perkongsian kereta Korea, Socar yang dimiliki 79 peratus oleh SK Inc., mendapat pembiayaan daripada dana ekuiti persendirian global East Bridge Partners dan syarikat multinasional Sime Darby, SK Inc. pada Khamis.16 Sept 2021

SOCAR membolehkan anda menyewa dan memandu pelbagai jenis kereta mengikut jam, hari atau minggu melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma.

Dengan lebih 36 model kereta untuk anda memandu dan mengalami kereta idaman anda pada harga yang berpatutan.

Perkhidmatan kereta sewa yang disediakan boleh didapati di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Seremban.

Untuk sebarang pertanyaan jika anda tidak mempunyai tempahan semasa dengan kami, sila hubungi [email protected] dan wakil Sokongan Pelanggan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut!

socar

Cara Sewa Kereta Menggunakan Socar

SOCAR merevolusi cara anda memilih dan menempah kereta sewa kerana segala urusan tempahan boleh dibuat di hujung jari anda menggunakan aplikasi SOCAR – mudah dan sangat efisien.

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk sewa kereta secara online melalui aplikasi Socar:

  1. Muat turun Aplikasi SOCAR atau pergi ke laman web rasmi https://socar.my/
  2. Pilih lokasi anda.
  3. Buat tempahan berdasarkan kenderaan / kereta pilihan anda.
  4. Datang ambil kereta yang dipilih setelah tempahan anda disahkan.
  5. Pada akhir tempoh tempahan anda, kembalikan kereta tersebut ke zon pengambilan yang sama.

Sistem ini juga didatangkan dengan sistem tanpa kunci – anda boleh unlock sesebuah kereta melalui aplikasi ini.

Terdapat pilihan puluhan kereta untuk dipilih – sewa mengikut kadar bajet anda.

Pergi ke mana sahaja, ulang-alik ke tempat kerja, dan nikmati masa lapang anda dengan mudah di mana sahaja anda berada.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Laman web: https://socar.my/

Facebook: https://www.facebook.com/socarmalaysia

E-mel : [email protected]

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!