SME SRF: Permohonan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS

sme srf
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pembiayaan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME Stabilisation Relief Facility, SME SRF) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemudahan bantuan ini.

Mengenai Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS

Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME Stabilisation Relief Facility, SME SRF) merupakan pembiayaan untuk menyokong PKS yang menghadapi tekanan kewangan jangka pendek akibat gangguan dalam perdagangan global dan rantaian bekalan berikutan konflik geopolitik semasa di Asia Barat.

Pelaksanaan kemudahan bantuan ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbincangan meja bulat dengan para ketua pegawai eksekutif institusi kewangan pada 21 April 2026.

Kemudahan ini menyediakan pembiayaan modal kerja untuk membantu PKS yang berdaya maju menstabilkan dan meneruskan operasi perniagaan sepanjang tempoh ketidaktentuan ini.

Menerusi kemudahan ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk perusahaan mikro, yang terjejas oleh konflik semasa di Asia Barat.

Pembiayaan ini akan disokong oleh jaminan hingga 80% daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), terutamanya bagi PKS yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk kemudahan bantuan ini akan dibuka mulai 15 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026, atau sehingga kemudahan ini digunakan sepenuhnya.

Jumlah Pembiayaan

PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM750,000.

Kadar & Tempoh Pembiayaan

Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.75% setahun termasuk fi jaminan yang dikenakan sebanyak 0.5% setahun.

Tempoh pembiayaan pula ditetapkan sehingga 5 tahun.

Kriteria Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon kemudahan bantuan ini adalah pemohon mestilah PKS Malaysia yang berdaya maju dan mengalami kesan ketara (iaitu sehingga mengakibatkan tekanan kewangan) susulan gangguan perdagangan serta rantaian bekalan yang berpunca daripada konflik geopolitik di Asia Barat (bermula bulan Mac 2026).

Prosedur Permohonan

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh membuat permohonan terus kepada institusi kewangan pemohon.

Kelulusan tertakluk kepada penilaian kredit oleh institusi kewangan pemohon tersebut.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS atau SME SRF?

SME SRF adalah pembiayaan untuk menyokong PKS yang menghadapi tekanan kewangan jangka pendek akibat gangguan dalam perdagangan global dan rantaian bekalan berikutan konflik geopolitik semasa di Asia Barat.

Adakah pembiayaan ini mempunyai jaminan daripada pihak lain?

Ya. Ia disokong oleh jaminan hingga 80% daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), terutamanya bagi PKS yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi.

Bilakah permohonan kemudahan ini dibuka?

Permohonan boleh dibuat mulai mulai 15 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026, atau sehingga kemudahan ini digunakan sepenuhnya.

Berapakah jumlah dan tempoh pembiayaan yang bakal diperoleh pemohon?

Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000 sehingga 5 tahun.

Berapakah kadar pembiayaan yang ditetapkan?

Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.75% setahun termasuk fi jaminan yang dikenakan sebanyak 0.5% setahun.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat terus kepada institusi kewangan pemohon.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS ini, sila layari bnm.gov.my/smesrf.

Baca juga: 3 PKS Kongsi Impak & Strategi Naik Taraf Perniagaan Dengan SJPP

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut