Smart Selangor Parking App: Daftar, Bayar Parkir & Kompaun Online

SMART SELANGOR PARKING : CARA DAFTAR, BAYAR PARKING ONLINE & SEMAKAN KOMPAUN

Tiada lagi kupon parkir bergores di Selangor mulai 1 April 2022!

Untuk makluman, mulai 1 April 2022, Selangor akan melaksanakan perkhidmatan pembayaran parkir secara digital menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP).

eKupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) boleh dimuat turun melalui Apps Store atau Google Play Store.

Bagi anda yang masih mempunyai kupon bergores, penukaran Kupon Parkir Ke Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) boleh dilakukan di lokasi berikut:

  • Kaunter Perbendaharaan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor
  • Pejabat Leading Innovative Technologies & Systems Sdn Bhd (LiTS)F-4-G, Jalan Multimedia 7/AG, Citypark iCity, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Tarikh: 26 MAC – 30 APRIL 2022

Masa:9 PAGI – 4 PETANG (ISNIN – JUMAAT)

*Lokasi bagi penukaran gores eKupon akan dimaklumkan dari masa ke semasa*

Tahukah anda apakah kelebihan dan bagaimanakah cara menggunakan apps ini?

Jom kami kongsikan selanjutnya.

Apakah Itu Smart Selangor Parking?

Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pembayaran parkir secara digital melalui aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) dan menamatkan penggunaan kupon manual.

Inisiatif Smart Selangor ini akan membolehkan semua pembayaran dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Selain itu, fungsi aplikasi ini membolehkan pengguna

  1. Membuat bayaran parkir merentasi PBT di Selangor
  2. Imbas dan bayar kompaun dengan mudah secara atas talian
  3. Memberi peringatan tempoh tamat parkir
  4. Pembayaran tempat letak kereta (parkir) online

Cara Bayar Parking Online Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking

LANGKAH 1

Muat turun aplikasi terlebih dahulu melalui pautan berikut:

www.smartselangor.com.my

ATAU

Imbas QR code dalam poster di bawah.

LANGKAH 2

Pengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan membayar berdasar tempoh meletak kenderaan.

smart selangor parking

ATAU

Pembayaran juga boleh dibuat melalui ejen e-kupon yang sah.

Tambah nilai kredit kupon juga boleh dibuat di beberapa kedai serbaneka antaraya 7-Eleven, 99 Speedmart dan KK Mart.

ATAU

Bagi orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar atau aplikasi berkenaan, sistem ejen e-kupon akan disediakan sebagai alternatif.

Cara Bayar Kompaun Online

Melalui aplikasi ini, anda juga boleh membuat semakan kompaun secara atas talian dan terus membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.

Sila rujuk pada paparan Scan & Pay Compound seperti di bawah:

smart selangor parking

Muat Turun Aplikasi

Layari Facebook Smart Selangor Parking dan hubungi 1 700 81 9612 untuk keterangan lanjut.

Baca juga:

Apakah Smart Selangor?

Objektif Gagasan Smart Selangor adalah untuk membawa Selangor ke arah negeri berpaksikan rakyat (citizen-centric state) yang didorong oleh falsafah tadbir urus berasaskan penyelesaian pintar.

Citizen-centric state bermaksud fokus Kerajaan Negeri adalah kepada rakyat dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dalam kehidupan seharian mereka.

Inisiatif ini dimulakan dengan pembentukan Majlis Perundingan Smart Selangor, Jawatankuasa Pemandu Smart Selangor dan Smart Selangor Delivery Unit.

Pada 6 Disember 2016, Blueprint Smart Selangor telah dilancarkan sebagai garis panduan pembentukan negeri pintar serta memacu transformasi Selangor sebagai sebuah Smart State yang terunggul di ASEAN pada tahun 2025.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!