Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) ditawarkan kepada syarikat serta organisasi pengangkutan darat awam dan pengangkutan barangan yang layak untuk mendapatkan diesel bersubsidi melalui pembelian di stesen minyak terpilih menggunakan “fleet card”. Layari portal rasmi Budi Madani Diesel untuk membuat permohonan subsidi diesel dan semakan syarat di https://budidiesel.gov.my/. Atau, daftar terus di platform MySubsidi Diesel dipautan berikut: https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
Tentera dan kenderaan khas yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti lapangan terbang, pelabuhan, tapak pembinaan, kilang dan pembalakan tidak layak.
Rujuk info penuh mengenai SKPS, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah.
Pengenalan SKPS
Subsidi diesel telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2002 pada 19 Oktober 2001. Subsidi ini diberikan kepada pengangkutan darat yang dilesenkan oleh SPAD atau LPKP melalui pembelian di stesen minyak, atau pun mendapat bekalan terus dari syarikat-syarikat minyak untuk disimpan dalam skid tank yang diluluskan oleh KPDN bagi kegunaan sendiri.
Namun demikian, jentera dan kenderaan-kenderaan khusus yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti Lapangan Terbang, Perlabuhan, tapak/premis pembinaan, kawasan kilang, dan kawasan pembalakan tidak layak mendapat bekalan diesel bersubsidi.

Syarat Kelayakan SKPS
Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Petrol dan Subsidi Diesel
- Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
- Kenderaan yang layak memohon petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
- ‘Runner‘ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
- Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Jumlah petrol bersubsidi dan diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
- Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
- Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
- Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
- Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
- KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
- Permohonan Baru/Pertukaran Syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web: mysubsidi.kpdn.gov.my

Pendaftaran Kenderaan Di Bawah SKPS
Mulai 15 September 2025, syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang tersenarai boleh mula memohon manfaat subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Kategori Kenderaan Yang Layak :
Sektor Pengangkutan Darat Awam
- Teksi
- Kereta Sewa
- Bas Sekolah
- Van Mayat
- Ambulans
- Bomba
- Bas Pengantara
- Bas Berhenti-henti
- Bas Mini
Sektor Pengangkutan Darat Barangan
- Lori Kargo Am
- Semi Panel Van
- Lori Luton/Kotak
- Panel Van
- Window Van
- Lori Food Catering
- Lori Rigid – Refrigerated
- Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
- Van Rigid – Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid – Kandang Haiwan
- Van Food – Catering
- Lori Rigid – Hasil Pertanian
Senarai jenis kenderaan yang layak adalah tertakluk kepada pindaan atau keputusan Kerajaan dari semasa ke semasa.


Pendaftaran perlu dilakukan mengikut kategori pemilikan kenderaan yang layak di bawah SKPS seperti berikut:
(i) Pemilikan Tunggal – kenderaan didaftarkan di bawah nombor kad pengenalan pemilik;

(ii) Syarikat – kenderaan didaftarkan di bawah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau

(iii) Koperasi/PBT – kenderaan yang didaftarkan di bawah Koperasi atau syarikat yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Syarikat boleh memohon secara atas talian menerusi Sistem MySubsidi (Modul Petrol) di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
Penggunaan Fleet Card
Pembelian petrol bersubsidi RON95 oleh syarikat pengangkutan darat awam dan barangan akan dilaksanakan melalui kaedah pengurusan Fleet Card. Penggunaan Fleet Card akan meningkatkan kecekapan kawal selia pemberian subsidi dan mengurangkan risiko ketirisan serta penyeludupan bahan api.
Syarikat pengangkutan yang telah berjaya mendaftar dalam SKPS perlu segera memohon Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan dengan mengemukakan bersama dokumen Surat Kelulusan dan Senarai Kenderaan yang boleh dicetak daripada SKPS.
Syarikat dibenarkan untuk memilih sehingga maksiumum 3 syarikat minyak untuk permohonan Fleet Card daripada pilihan berikut:
- PETRONAS : 1-300-88-8282
- SHELL : 1-300-22-8181
- PETRON : 1-800-88-8298
- CALTEX : 1-800-88-3168
- BHP : 03-7719 9499
- FIVE : 03-2391 1555

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan melalui emel [email protected]
Pertanyaan juga boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan SKPS bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari bekerja di talian 03-8882 5893/ 5894/ 5923/ 6667.
ATAU, rujuk jadual di bawah:
| Perkara | Nombor Telefon | Alamat Emel |
|---|---|---|
| Permohonan kuota Petrol (SKPS) dan Diesel (SKDS) bersubsidi | 03 – 8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 / 6331 / 6557 | [email protected] |
| Tuntutan Bayaran Balik SKPS | [email protected] | |
| Tuntutan Bayaran Balik Petrol Syarikat Bot Penumpang Sungai | [email protected] |
SYARIKAT MINYAK
| Syarikat Minyak | Nombor Telefon | Pautan Terlibat |
|---|---|---|
| BHP | 03-77199499 | https://www.bhpetrol.com.my/new-to-x-fleet/ |
| Caltex | 1-800-88-3168 | https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/caltex-diesel-government-subsidy-card.html |
| FIVE | 03-2391 1555 | https://mysubsidi.5petrol.com |
| Petron | 1-800-88-8298 | https://www.petronfleetcard.com.my/ |
| Petronas | 1-300-88-8282 | https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay |
| Shell | 1-300-22-8181 | https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html |

Soalan Lazim SKPS
Rujuk soalan lazim di sini: https://www.kpdn.gov.my/en/faq/sistem-kawalan-petrol-bersubsidi-skps
SKPS ialah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi, inisiatif kerajaan melalui KPDN yang membolehkan syarikat pengangkutan (kenderaan awam / barang) mendapat subsidi petrol secara terkawal menggunakan Fleet Card.
Syarikat pengangkutan yang memiliki kenderaan yang tersenarai dalam jenis kenderaan awam atau barang yang diluluskan. Kenderaan mesti mempunyai cukai jalan yang sah, maklumat syarikat & wakil yang lengkap, dan syarikat memilih jenama minyak yang tersedia.
Permohonan dan pendaftaran boleh mula dibuat mulai 15 September 2025.
Kelulusan subsidi petrol adalah bergantung kepada tempoh sah laku cukai jalan kenderaan. Cukai jalan perlu dikemaskini sebelum 28 haribulan setiap bulan dan pembaharuan harus melangkaui bulan berikutnya untuk terus menerima subsidi.
Setelah mendapat kelulusan SKPS, pemohon perlu serahkan dua dokumen ke syarikat minyak pilihan:
-Surat Kelayakan Membeli Petrol Bersubsidi
-Senarai Kenderaan yang diluluskan 
Syarikat minyak memerlukan sehingga 14 hari bekerja untuk proses permohonan Fleet Card setelah permohonan lengkap dikemukakan.
Syarikat boleh memilih maksimum tiga (3) jenama syarikat minyak semasa memohon dalam Modul Petrol di MySubsidi. Jenama yang tersedia ialah PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHP atau FIVE.
Jika rosak, sila hubungi syarikat minyak untuk proses penukaran.
Jika hilang, perlu buat laporan polis dan maklumkan syarikat minyak pilihan supaya kad boleh dibatalkan / diganti.
Ya — syarikat boleh memohon pertukaran jenama syarikat minyak dalam sistem MySubsidi, tapi pertukaran jenama masih tertakluk kepada kelulusan dari syarikat minyak tersebut.
Antara jenis kenderaan yang layak termasuk lori kargo am, semi panel van, lori luton/kotak, panel van, van perkhidmatan bergerak, lori kandang haiwan, van food catering, dan lain-lain.

Pengguna perlu kemaskini maklumat tersebut supaya selari antara dokumen rasmi seperti geran, JPJ, dan sistem MySubsidi.
Syarikat boleh memohon secara atas talian menerusi Sistem MySubsidi (Modul Petrol) di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/
Tidak. Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem MySubsidi.
Maklumat yang diperlukan termasuk:
(i) Butiran maklumat syarikat;
(ii) Maklumat wakil syarikat; dan
(iii) Pilihan syarikat minyak antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex, BHP atau FIVE.
Pendaftaran perlu dilakukan mengikut kategori pemilikan kenderaan yang layak di bawah SKPS seperti berikut:
(i) Pemilikan Tunggal – kenderaan didaftarkan di bawah nombor kad pengenalan pemilik;
(ii) Syarikat – kenderaan didaftarkan di bawah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau
(iii) Koperasi/PBT – kenderaan yang didaftarkan di bawah Koperasi atau syarikat yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Antara sebab pendaftaran tidak berjaya adalah kerana:
(i) No. Kad Pengenalan/ No. Pendaftaran Perniagaan tidak tepat.
(ii) Ejaan nama syarikat/ perniagaan tidak sama seperti dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan.
(iii) Pendaftaran menggunakan No. Pendaftaran Perniagaan yang tidak aktif.
(iv) Kenderaan tidak tersenarai di dalam 21 jenis kenderaan yang dinyatakan.
(v) Kenderaan bukan hak milik syarikat yang memohon.
(vi) Cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh.
Syarikat boleh memohon pertukaran jenama fleet card syarikat minyak dalam Sistem MySubsidi di bahagian “Permohonan Pertukaran Syarikat Minyak”.
Namun pertukaran jenama fleet card syarikat minyak masih tertakluk kepada kelulusan pelepasan syarikat minyak semasa dan penerimaan syarikat minyak baharu yang dipilih.
Sekiranya fleet card yang rosak, atau tamat tempoh, sila hubungi syarikat minyak pilihan untuk proses penukaran.
Seliranya fleet card hilang, pengguna perlu membuat laporan polis bagi mengelakkan salah guna fleet card tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sekiranya berlaku pertukaran syarikat minyak, kelulusan petrol bersubsidi syarikat hanya boleh digunakan pada 1 haribulan bulan berikutnya setelah permohonan pertukaran diluluskan.
Baca juga:




