Pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah termasuk pengusaha perniagaan mikro dengan pepasangan meter pintar kini boleh melanggan skim Time-Of-Use (ToU).
Pelaksanaan ini dilancarkan susulan pembaharuan struktur tarif negara yang turut mengekalkan perlindungan kepada golongan B40.
Tahukah anda apa itu skim ToU?
Kalau nak jimat bil elektrik, kenalah tahu!
Apa Itu Skim Tarif Penggunaan Masa atau ‘Time of Use’ (ToU)?
ToU merupakan skim yang memperkasakan pengguna untuk mengawal bil dan penggunaan elektrik bagi menikmati kadar lebih rendah semasa waktu luar puncak.
Skim ToU memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menguruskan penggunaan elektrik harian.
Ia membolehkan pengguna untuk menikmati kadar tarif berbeza pada waktu berbeza sepanjang hari.
Sebagai contoh, kadar tarif semasa Luar-Puncak adalah lebih rendah berbanding waktu Puncak.
Jadi, pengguna yang menggunakan tenaga tinggi dalam tempoh luar puncak iaitu antara pukul 10 malam sehingga 2 petang boleh memilih untuk menyertai skim ini bagi menikmati kadar tarif yang lebih rendah.
Pada masa yang sama, kadar luar puncak turut diperluaskan kepada hari Sabtu dan Ahad. Ini berbeza dengan struktur terdahulu yang mengenakan kadar seragam setiap hari.
Skim ini sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk merancang penggunaan elektrik mengikut kadar masa tertentu.
Dengan erti kata lain, pengguna kini boleh menjadualkan aktiviti penggunaan tenaga tinggi seperti mencuci, memasak atau operasi perniagaan kecil-kecilan pada waktu luar puncak untuk nikmati kadar yang lebih rendah.
Skim ini diperluaskan kepada semua pengguna bermula 1 Julai 2025.
Tempoh Skim ToU Baharu (Waktu Luar Puncak & Waktu Puncak)
Waktu Luar Puncak | Waktu Puncak |
Isnin-Jumaat : 10.00 malam – 2.00 petang Sabtu-Ahad : Sepanjang hari | Isnin-Jumaat : 2.00 petang-10.00 malam |
Kadar tarif lebih rendah | Kadar tarif lebih tinggi |
Manfaat Skim ToU
Dengan mendaftar di bawah skim ini, pengguna dapat mengurangkan bil elektrik bulanan apabila menggunakan tenaga ketika waktu luar puncak.
Pengguna perlulah log masuk ke laman web Tenaga Nasional Berhad dan menghantar permohonan secara dalam talian atau secara manual melalui TNB Kedai Tenaga.
Syarat Memohon Skim ToU
Skim Time of Use (ToU) memerlukan langganan terlebih dahulu. Ia merupakan skim pilihan (optional) dan tidak akan diaktifkan secara automatik. Untuk melanggan ToU, anda perlu memenuhi syarat berikut:
- Premis anda telah dipasang dengan Smart Meter atau meter Current Transformer (CT)/Remote Meter Reading (RMR)
- Bermula 1 Julai 2025, pelanggan Domestik dan Voltan Rendah Bukan Domestik boleh memohon skim ToU melalui portal myTNB
Untuk menikmati penjimatan pada waktu luar puncak, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Kedai Tenaga yang berdekatan.
*Pengecualian: Bagi pelanggan sedia ada di bawah Tarif ToU C2, E2, F2, H2, C4, & E3, peralihan ke skim ToU baharu akan dilakukan secara automatik.
Cara Memohon Skim ToU
Ada beberapa cara untuk memohon:
- Hantar permohonan ke emel [email protected]
- Hantar borang: https://www.mytnb.com.my/…/borang-permohonan-bekalan…
- Bawa salinan IC
- Pergi Kedai Tenaga
- List Kedai Tenaga boleh dilihat di sini: https://www.tnb.com.my/…/Senarai_Alamat_Kedai_Tenaga.pdf
- Permohonan juga boleh dibuat secara online di dalam portal myTNB mulai 1 Ogos 2025.
Pelanggan dinasihatkan untuk memantau corak penggunaan bulanan sebelum mendaftar dengan skim ToU.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh hubungi TNB Careline menerusi platform berikut :
- Facebook : TNB Careline
- Telefon : 1-300-88-5454
Isnin-Jumaat: 8.00 pagi – 7.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8.00 pagi – 5.00 petang
- E-mel : [email protected]
- Anda juga boleh layari www.mytnb.com.my/tariff
Baca Juga : myTNB: Cara Semakan Bil Elektrik TNB Online (Harian & Bulanan)