MARiiCas : Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik RM2400

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia membeli motosikal elektrik (berbanding motosikal petrol), kerajaan telah mengumumkan pemberian insentif khas melalui Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) bagi rakyat Malaysia yang layak.

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Apa itu MARiiCas?

MARiiCas adalah satu skim rebat sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Kelebihan Kenderaan Elektrik

  1. Menjamin Kelestarian Alam – Menggalakkan dan mengekalkan keseimbangan ekosistem dan sumber daya alam untuk jangka masa panjang.
  2. Kos Penyelenggaraan yang Rendah – Motosikal elektrik biasanya memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana ia mempunyai kurang bahagian bergerak dan kurang sukar untuk dijaga berbanding dengan motosikal konvensional dengan enjin pembakaran (internal combustion engine) yang kompleks.
  3. Sifar Pelepasan Gas – Motosikal elektrik tidak menghasilkan atau melepaskan gas yang beracun atau karbon dioksida, membantu memelihara kualiti udara dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar berbanding motosikal yang menggunakan enjin konvensional.
  4. Pengurangan Kos Penggunaan Bahan Api – Pemilik motosikal elektrik menikmati pengurangan kos penggunaan bahan api, kerana pengecasan bateri elektrik biasanya lebih murah berbanding pembelian bahan api untuk motosikal konvensional.
  5. Tidak Bergantung pada Bahan Api Fosil – Motosikal elektrik tidak bergantung pada bahan api fosil, membantu mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga yang terhad dan merosakkan alam sekitar.

Tempoh Permohonan Skim Motosikal Elektrik MariiCas 2023/2024

Permohonan MARiiCas boleh dibuat secara dalam talian mulai 8 Disember 2023.

Tempoh permohonan MARiiCas adalah sah sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.

Jumlah Insentif / Subsidi

Insentif bagi Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini akan diberikan melalui kaedah berikut:

  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

Permohonan dihadkan 1 permohonan kepada 1 individu SAHAJA.

Artikel berkaitan: MEVnet: Senarai Lokasi Cas Kenderaan Elektrik (EV) Terdekat

Skim Motosikal Elektrik

Syarat Permohonan

Hanya pemohon yang memenui syarat-syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk pemberian insentif melalui Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini:

  1. Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah.
  2. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas.
  3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).

Penebusan skim ini adalah melalui pembelian/langganan motosikal elektrik di mana-mana pengeluar motosikal elektrik yang telah BERDAFTAR di bawah MARiiCas.

Senarai pengeluar motosikal elektrik yang sah boleh didapati di laman sesawang https://insentif.marii.my.

Cara Memohon Skim Motosikal Elektrik Mariicas

permohonan Skim Motosikal Elektrik

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon Skim Motosikal Elektrik (MARiiCas) ini:

Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.

Langkah 2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.

Langkah 3: Pengguna akan menerima emel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab emel spam sekiranya emel verifikasi tidak dihantar ke tab utama emel.

Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.

Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 6: Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.

Langkah 7: Pengguna akan menerima email pengesahan permohonan.

Langkah 8: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

Maklumat Lanjut

Berikut adalah saluran yang boleh anda rujuk bagi mendapatkan info terkini berkenaan skim ini :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!