Skim Mesra Usia Emas: Semak Status & Tuntut Baucar

skim mesra usia emas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Skim Mesra Usia Emas atau SMUE adalah salah satu program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Semakan permohonan dan tempat tuntutan baucar/PKM DUN boleh dibuat melalui https://smue.yawas.my/semakan/.

Dengan mendaftar skim ini, setiap ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 150 setiap tahun dan juga khairat kematian bernilai RM 500.

Rujuk info lebih lanjut mengenai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah.

@ecentral.my

Replying to @abgomok Anak jati Selangor boleh pergi ke website Inisiatif Peduli Rakyat untuk tengok senarai bantuan Selangor 2024. Kalau layak, boleh mohon 🤙🏻 #bantuanselangor #bantuanrakyat #bantuankerajaan #selangor #inisiatifpedulirakyat

♬ Hip Hop Background(813718) – Pavel

Apakah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

Skim Mesra merupakan salah satu program di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Ia merupakan program yang telah dijenamakan semula dari program Skim Mesra Usia Emas.

Ini lanjutan daripada pelaksanaan sebelum ini dimana nama Skim Mesra Usia Emas sering disifatkan sebagai program untuk golongan warga emas sahaja walaupun pada hakikatnya program ini turut dibuka untuk golongan OKU juga.

Oleh yang demikian, nama Skim Mesra kini menjadi nama utama bagi program ini, dan di bawah Skim Mesra, terdapat dua (2) program iaitu Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa yang menyasarkan dua (2) kategori golongan berbeza.

Skim Mesra Usia Emas menyasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan Skim Mesra Insan Istimewa akan dikhaskan untuk golongan OKU sahaja.

Setiap pemohon yang telah lulus pendaftaran Skim Mesra Usia Emas atau Skim Mesra Insan Istimewa akan dikira sebagai ahli Skim Mesra.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE): Semakan, Syarat & Permohonan
Skim Mesra

Setiap ahli Skim Mesra layak untuk menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian.

Manfaat semasa hidup ialah pemberian baucar beli-belah bernilai RM 150 yang akan diberikan setiap tahun selagi ahli Skim Mesra masih hidup.

Manfaat selepas kematian pula ialah bantuan khairat kematian bernilai RM 500 yang akan diberikan kepada pewaris berdaftar dimana tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli Skim Mesra.

Skim Mesra Usia Emas
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:

1. Baucar Beli-Belah Jom Shopping RM 150 (Manfaat Semasa Hidup)

  •  Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
  •  Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  •  Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
  •  Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
  •  Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
  •  Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  •  Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
  • Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info
Skim Mesra Usia Emas
Baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)

  • Manfaat Khairat Kematian SKIM MESRA kini akan diselaraskan di bawah Inisiatif Baharu iaitu Khairat Darul Ehsan (KDE).
  • Untuk Permohonan dan Semakan Lanjut boleh ke Laman Sesawang KDE di https://kde.yawas.com.my/
Khairat Kematian Skim Mesra Usia Emas
Khairat Kematian Skim Mesra Usia Emas

Syarat Permohonan Skim Mesra

Berikut ialah syarat-syarat permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE):

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Cara Mohon Skim Mesra Usia Emas 2025

Permohonan baru Skim Mesra untuk Tahun 2025 DITUTUP sehingga diberitahu kelak.

Baucar tahun ini akan diberikan kepada ahli yang telah berdaftar dengan program Skim Mesra pada tahun 2024 dan tahun-tahun sebelumnya.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Sebarang pengemaskinian maklumat seperti nombor telefon, alamat, penukaran kawasan DUN, penukaran waris, maka ahli SMUE atau pewaris perlu mengisi Borang Kemaskini Maklumat yang boleh dimuat turun di bawah atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN terdekat atau pejabat YAWAS.

    Muat Turun Borang dan Dokumen berkaitan SMUE:

    Perkara
    Borang Tukar / Kemaskini PewarisMuat Turun
    Borang MastautinMuat Turun
    Borang Tuntutan Khairat KematianMuat Turun

    Anda boleh buat permohonan di laman sesawang Skim Mesra sekiranya permohonan dibuka melalui pautan berikut: https://mesra.yawas.com.my/  atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan.

    BACA JUGA: Selangor Public Holiday 2026 & School Holidays

    Semakan Kelayakan SMUE 2025

    Semakan permohonan dan tempat tuntutan baucar/PKM DUN boleh dibuat melalui https://smue.yawas.my/semakan/.

    Masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan klik ‘Carian’.

    Skim Mesra Usia Emas
    Semakan Permohonan Skim Mesra Usia Emas

    Fasa Tuntutan Baucar

    Ahli yang layak boleh menuntut baucar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN berdasarkan bulan kelahiran seperti berikut:

    • Januari – Mac → Tuntutan: Februari – Mac
    • April – Jun → Tuntutan: April – Jun
    • Julai – September → Tuntutan: Julai – September
    • Oktober – Disember → Tuntutan: Oktober – Disember

    Tempoh tuntutan bagi Fasa 4 2025 adalah pada 1 OKTOBER 2025 – 31 DISEMBER 2025.

    Skim Mesra Usia Emas
    Fasa Tuntutan SMUE 2025

    Lokasi Tuntutan Baucar Skim Mesra

    Lokasi tuntutan Baucar Skim Mesra adalah di:

    Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tiga, G-07, Bangunan Bestari MAIS, Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, Shah Alam.

    Skim Mesra Usia Emas
    Skim Mesra Usia Emas

    Kaedah Tuntutan

    Tuntutan hanya boleh dibuat oleh ahli berdaftar yang layak (sama ada untuk Skim Mesra Usia Emas – SMUE atau Skim Mesra Insan Istimewa – SMIS) di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing mengikut tarikh fasa kelahiran dan tempoh yang telah ditetapkan setiap tahun.

    Tempoh tuntutan untuk Fasa 4 tahun 2025 (lahir Oktober-Disember) adalah 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.

    Cara Tuntut Baucar Skim Mesra

    • Penerima perlu hadir sendiri dan membawa Kad Pengenalan asal (salinan tidak dibenarkan) ke PKM DUN untuk ambil baucar.
    • Pastikan permohonan telah diluluskan dan semakan boleh dibuat di laman semakan atau portal rasmi e-mesra.
    • Baucar hanya boleh diambil oleh penerima semasa hidup dan tidak boleh dituntut selepas kematian.
    • Baucar boleh digunakan di pasar raya yang telah ditetapkan dan sah untuk tempoh 3 bulan dari tarikh tuntutan.

    BACA JUGA: BINGKAS Selangor – Semakan Permohonan RM300 Sebulan

    Tempoh Sah Laku Baucar

    Tempoh sah laku Baucar Skim Mesra 2025 adalah selama 3 bulan atau 90 hari dari tarikh baucar diambil oleh penerima di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing.

    Baucar perlu dibelanjakan dalam tempoh ini di pasar raya yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak digunakan dalam masa 3 bulan, baucar tersebut tidak boleh diganti atau ditebus untuk tahun berikutnya.

    Selain baucar bernilai RM150 setahun, ahli juga layak kepada manfaat khairat kematian yang kini diselaraskan di bawah Inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE).

    Tuntutan khairat hendaklah dibuat oleh waris dalam tempoh 3 bulan, lengkap bersama dokumen yang diperlukan (sijil kematian, kad pengenalan pewaris, penyata bank, borang tuntutan berkaitan).

    Cara Tuntutan Khairat Kematian SMUE / SMIS

    1. Waris hendaklah membuat tuntutan secara atas talian menerusi aplikasi YAWAS dan laman sesawang kde.yawas.com.my.
    2. Waris merupakan nama berdaftar di dalam sistem Khairat Darul Ehsan.
    3. Manfaat Khairat Darul Ehsan tertakluk pada kematian bermula 1 JUN 2025.
    4. Tempoh masa tuntutan khairat kematian adalah 3 bulan dari Tarikh kematian.
    5. Tuntutan melewati tarikh yang ditetapkan dikira TIDAK LAYAK.
    6. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun waris yang berdaftar.

    Dokumen sokongan yang diperlukan:

    • Salinan Kad Pengenalan Pewaris
    • Salinan Muka Depan Akaun Bank Waris
    • Salinan Sijil Kematian Ahli

    Maklumat Lanjut

    Maklumat lanjut berhubung semakan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang https://mesra.yawas.com.my/ atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.

    E-mel : [email protected]

    Alamat:

    Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor

    Facebook : Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

    Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). Terdapat beberapa program bantuan yang telah di kendalikan oleh YAWAS, antaranya:

    Untuk keterangan lanjut berkenaan program-program di bawah YAWAS boleh saya tekan link di setiap program yang telah disediakan seperti di atas atau boleh sahaja ke lawan sesawang YAWAS https://yawas.com.my/

    Youtube YAWAS TV: https://youtu.be/5x_lS_Dyc3Q

    Soalan Lazim Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

    Siapakah yang layak memohon Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

    Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, tinggal dan mengundi di Selangor serta masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (khairat kematian boleh dimohon 6 bulan dari tarikh kematian).

    Apakah manfaat utama SMUE?

    Setiap ahli layak dapat baucar beli-belah RM150 setahun di kedai terpilih dan bantuan khairat kematian RM500 kepada waris, boleh dituntut dalam masa 6 bulan selepas kematian.

    Di mana hendak tuntut baucar Skim Mesra Usia Emas?

    Baucar mesti dituntut sendiri oleh penerima di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN dengan membawa MyKad asal dan tidak boleh diwakilkan atau dituntut selepas kematian.

    Berapa lama tempoh sah baucar?

    Baucar sah digunakan selama 3 bulan dari tarikh tuntutan dan perlu dibelanjakan di pasar raya yang telah disenaraikan oleh YAWAS. Jika tamat tempoh, baucar tidak boleh diganti.

     Adakah khairat kematian SMUE boleh dituntut oleh waris?

    Ya, hanya waris terdekat (suami/isteri, anak, cucu) yang sah serta mesti kemukakan dokumen pengesahan hubungan untuk tuntutan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.

    Berapa kali baucar diberi setiap tahun?

    Baucar hanya diberi sekali setahun, mengikut fasa kelahiran ahli berdaftar yang layak.

    Di mana senarai kedai sah SMUE?

    Senarai kedai atau pasar raya sah boleh didapati di PKM DUN atau laman web rasmi SMUE/YAWAS.

     Adakah permohonan baharu SMUE dibuka setiap tahun?

    Permohonan baharu biasanya dibuka secara berfasa mengikut pengumuman negeri dan boleh disemak di portal rasmi program.

    Apakah dokumen perlu dibawa semasa tuntutan baucar?

    Untuk baucar: MyKad asal pemohon. Untuk khairat kematian: sijil kematian, kad pengenalan waris, dokumen sokongan hubungan (sijil lahir, sijil nikah), penyata bank waris.

    .

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut