Apa Itu Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) ?
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang bakal melindungi enam juta individu merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya.
Program ini akan memberi manfaat kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun. M40, B40, orang Melayu, orang Cina, orang India, lelaki atau wanita, semuanya layak untuk bantuan ini.
Menurut Dato’ Menteri Besar, Selangor dipercayai menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang.
“Kerajaan ini saya kira kerajaan pertama di Malaysia yang berupaya melindungi nyawa dan hayat rakyatnya.
“Kalau ada kemalangan, kematian, atau kehilangan pancaindera akan ada pembayaran dengan pencaruman yang sudah dibayar,” katanya.
Perkara ini diumumkan melalui Ucapan Hari Kebangsaan Dato Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2022 yang lalu.
Tahukah anda apakah itu INSAN dan apakah pula kelebihannya?
Jom kami kongsikan lebih lanjut melalui artikel ini.
Apakah Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) ?
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Menerusi INSAN, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.
Syarat Kelayakan
Anda layak untuk mendaftar JIKA :
- Nombor kad pengenalan anda didaftarkan di negeri Selangor
ATAU - Alamat terkini anda didaftarkan di dalam negeri Selangor
ATAU - Anda adalah pengundi untuk negeri Selangor
Cara Mendaftar
I) PENDAFTARAN ONLINE
- Muat turun dan daftar aplikasi e-Wallet WavPay
- Klik pada banner program yang tertera pada aplikasi tersebut (rujuk gambar di atas)
- Lengkapkan maklumat sehingga proses selesai
II) PENDAFTARAN MANUAL
Pendaftaran secara manual juga boleh dibuat menerusi pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tarikh Pendaftaran INSAN 2022 (Skim Insurans Hayat Selangor)
TARIKH PENDAFTARAN : 1 OKT 2022 – 30 SEPT 2023
*Tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan update terkini mengenai skim ini, sila rujuk talian berikut:
Talian 1: +60162504199 (Malay/Tamil/English)
Talian 2: +60164354199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 3: +60164474199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 4: +60162534199 (Malay/English)
Talian 5: +60162514199 (Malay/Tamil/English)
Talian 6: +60169256627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 7: +60102846627 (Malay/Tamil/English)
Talian 8: +60109206627 (Malay/Tamil/English)
Talian 9: +60168416627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 10: +60105616627 (Malay/English)
E-mel: [email protected]
Laman web : https://wavpay.net/insan-selangor/
Baca juga: