Advertisements

MySalam: Permohonan, Semakan Status & Tuntutan Kuarantin COVID19

Advertisements

MAKLUMAN TERKINI KELULUSAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2022

Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.

Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.

Tuntutan bagi tahun 2021 boleh dikemukakan di bawah manfaat tersebut sehingga 31 Disember 2021.

Walaupun begitu, tuntutan bagi manfaat hospitalisasi masih diteruskan untuk mereka yang positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital bagi tahun 2022.

Langkah ini diambil sejajar dengan jangkaan vaksinasi lengkap COVID-19 terhadap populasi dewasa di Malaysia dan peralihan kepada fasa endemik COVID-19 di Malaysia.

Untuk makluman, sebahagian penerima manfaat telahpun mendapat mesej pesanan ringkas (SMS) tentang kelayakan MySalam bagi tahun 2022 seperti di bawah:

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang MySalam dan cara untuk membuat permohonan tuntutan RM50 sehari bagi pesakit Covid-19 yang layak dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Apakah MySalam?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).

Terkini, perluasan Skop MySalam Dalam Bajet 2022 kini turut melibatkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Dalam Bajet 2022, turut diumumkan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang skim MySalam, manfaatnya serta cara membuat tuntutan MySalam.

Tujuan MySalam

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Advertisements

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Kelayakan & Manfaat MySalam 2022

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Cara Semakan Kelayakan / Pendaftaran

Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status anda.

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my dengan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :

Wilayah Persekutuan

  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Ampang
  3. Hospital Putrajaya
  4. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  5. Institut Kanser Negara (IKN)

Selangor

  1. Hospital Selayang
  2. Hospital Kajang
  3. Hospital Serdang
  4. Hospital Sg. Buloh
  5. Hospital Kuala Kubu Bahru
  6. Hospital Banting
  7. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  8. Hospital Tanjung Karang
  9. Hospital Sabak Bernam
  10. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Perak

  1. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  2. Hospital Seri Manjung, Manjung

Pulau Pinang

  1. Hospital Umum Pulau Pinang
  2. Hospital Seberang Jaya
  3. Hospital Bukit Mertajam

Kedah

  1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  2. Hospital Kulim

Perlis

  1. Hospital Tuanku Fauziah

Kelantan

  1. Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
  2. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian

Terengganu

  1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  2. Hospital Besut

Pahang

  1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Johor

  1. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  2. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
  3. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Sarawak

  1. Hospital Umum Kuching
  2. Hospital Sibu
  3. Hospital Bintulu

Sabah

  1. Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
  2. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
  3. Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Cara Buat Tuntutan

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

I. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

II. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan MySalam COVID-19

Kerajaan memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke was disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.

Tuntutan bagi manfaat hospitalisasi ini masih diteruskan untuk mereka yang positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital bagi tahun 2022.

Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 14 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.

Namun, tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. *Tuntutan bagi kes kuarantin masih boleh dikemukakan di bawah manfaat tersebut sehingga 31 Disember 2021.

Langkah ini diambil sejajar dengan jangkaan vaksinasi lengkap COVID-19 terhadap populasi dewasa di Malaysia dan peralihan kepada fasa endemik COVID-19 di Malaysia.
Maklumat lanjut

SILA RUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH:

mysalam

mysalam
mysalam
mysalam
mysalam
mysalam
mysalam b40

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.

Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.

Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:

Di media sosial, seorang pengguna Facebook berkongsi:

Asalamualaikum.. semua , alhmdulilah mysalam dah masuk semalam.. sy pun taktau dia masuk smlm, sbb tiada apa2 mesej sy dapat dari emel ataupun mesej dhantar.
mesej status lulus pun sy takdapat, alhmdulilah sebulan jugak la tunggu masuk , yang belum masuk korang push ja greatestern tu balik2 🤣 sy pun dah penat emel dorg.. smpai duit masuk

Permohonan : 20 april 2022
Lulus permohonan: 28 may 2022
Duit masuk: 31 may 2022 ( malam )
Emel: [email protected]

Senarai 45 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
  37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
  45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Baca juga: Baucar Perlindungan Tenang B40: Semakan Status & Penebusan RM50

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Anda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di [email protected] atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 4.5 / 5. Vote count: 8

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment