Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2026 berkuat kuasa dari 14 hingga 28 Mac 2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim harga maksimum.


Mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan merupakan inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).
Di bawah Skim ini, terdapat beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu.
Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.
Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:
- Hari Gawai
- Hari Raya Puasa
- Tahun Baharu Cina
- Deepavali
- Hari Krismas
- Pesta Kaamatan
Tujuan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Tujuan utama skim ini diperkenalkan adalah untuk:
- Melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (Mencatut)
- Menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan
- Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan
Kewajipan Peniaga
Kewajipan peniaga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] ini:
- Menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan.
- Meletakkan tanda harga merah jambu.
- Tidak menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
- Memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran.
Kesalahan & Denda
Antara jenis kesalahan jika peniaga membuat perkara-perkara berikut:
- Menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum
- Gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal
- Tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamerkan untuk jualan
Jika didapati kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman seperti berikut:
- Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
- Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000
Senarai Harga Maksimum Hari Raya Aildilfitri 2026
Sebanyak 16 jenis barangan yang dikawal di bawah skim ini bagi Tahun Baru Cina 2026 iaitu:
- Bawang kuning besar
- Bawang merah besar
- Bawang merah kecil India
- Bawang putih (China)
- Cili kering keriting
- Cili merah
- Daging kerbau import (India) *dikawal di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja
- Daging lembu import *dikawal di Sarawak sahaja
- Daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang) *dikawal di Semenanjung sahaja
- Halia tua import
- Ikan aya atau tongkol (saiz antara 1 ekor hingga 2 ekor setiap kilogram) *dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja
- Ikan demuduk, sagai, cermin atau cupak (saiz antara 3 ekor hingga 5 ekor setiap kilogram) *dikawal di Sabah sahaja
- Ikan kembung termasuk ikan mabung (saiz antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram)
- Ikan selayang (saiz antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram)
- Kacang dal (Australia) *item tambahan daripada tahun 2025
- Kacang panjang
- Kacang tanah
- Kelapa biji *harga maksimum di peringkat borong sahaja
- Kelapa parut *harga maksimum di peringkat runcit sahaja
- Kepak ayam *dikawal di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja
- Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing)
- Lobak merah (China)
- Santan kelapa
- Sawi hijau
- Timun
- Tomato
- Ubi kentang (China)

Tempoh Pelaksanaan
Tempoh pelaksanaan bagi Skim Harga Maksimum ini ialah pada 14 hingga 28 Mac 2026.
Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari iaitu 7 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 7 hari selepas perayaan.
Aduan Kepada KPDN
Jika terdapat peniaga yang tidak mematuhi skim harga maksimum ini, orang ramai untuk membuat aduan rasmi melalui saluran WhatsApp di 019-848 8000.

Soalan Lazim
Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).
– Melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (Mencatut)
– Menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan
– Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan
1- Bawang kuning besar
2- Bawang merah besar
3- Bawang merah kecil India
4- Bawang putih (China)
5- Cili kering keriting
6- Cili merah
7- Daging kerbau import (India) *dikawal di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja
8- Daging lembu import *dikawal di Sarawak sahaja
9- Daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang) *dikawal di Semenanjung sahaja
10- Halia tua import
11- Ikan aya atau tongkol (saiz antara 1 ekor hingga 2 ekor setiap kilogram) *dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja
12- Ikan demuduk, sagai, cermin atau cupak (saiz antara 3 ekor hingga 5 ekor setiap kilogram) *dikawal di Sabah sahaja
13- Ikan kembung termasuk ikan mabung (saiz antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram)
14- Ikan selayang (saiz antara 8 ekor hingga 12 ekor setiap kilogram)
15- Kacang dal (Australia) *item tambahan daripada tahun 2025
16- Kacang panjang
17-Kacang tanah
18- Kelapa biji *harga maksimum di peringkat borong sahaja
19- Kelapa parut *harga maksimum di peringkat runcit sahaja
20- Kepak ayam *dikawal di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja
21- Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing)
22- Lobak merah (China)
23- Santan kelapa
24- Sawi hijau
25- Timun
27- Tomato
28- Ubi kentang (China)
Jika didapati kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman
a) Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
b) Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, sila layari laman web KPDN iaitu https://www.kpdn.gov.my/.
Baca juga: Tak Boleh Jual Minyak Masak Paket Kepada Warga Asing Mulai 1 Mac 2026 – KPDN




