Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2022

SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022 mula dibuka dari 21 Mac 2022 sehingga 15 April 2022.

Permohonan ini melibatkan kemasukan ke Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022, anjuran Program Pembangunan Pendidikan Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2022.

Baca juga: MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Sah’ (Blue Tick Verified)

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK 2022

Skim bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar berpotensi dari golongan yang memerlukan.

Manfaat:
a. Menerima biasiswa tahunan
b. Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
c. Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk

Syarat Permohonan

SYARAT UMUM

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah(had kecukupan).
  5. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan satu (1),empat (4) dan lima (5) sahaja.
  6. Aktif dalam penglibatan Kokurikulum.
  7. Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
  8. Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)atau bantuan daripada mana-mana pihak /agensi.

SYARAT KHUSUS

a. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022
b. Pelajar adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin
c. Pencapaian pelajar mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2021.

RUJUK SYARAT PENUH:

https://www.maiamp.gov.my/index.php/en/info/news/1696-skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal.html

Cara Permohonan

Sekiranya berminat, dapatkan segera BORANG BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL daripada pejabat MAIPk terdekat atau boleh dimuat turun daripada portal rasmi MAIPk di pautan berikut:

https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20biasiswa%20pelajaran%20baitulmal.pdf?fbclid=IwAR3l0m-xESJxyc0_JNs91gqwdWeuwHxeSi8uZ4CefFqOifED6kfA4FcJlu4

Sertakan dokumen:

i. KP Pemohon
ii. KP Ibubapa
iii. Slip gaji / pengesahan pendapatan ibubapa
iv. Salinan keputusan Akhir Tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah

Hantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut:
019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)

Baca juga: eSPKWS KPM : Login Sistem Perakaunan Sekolah (spkws.moe.gov.my)

Tarikh Permohonan

Tarikh buka: 21 Mac 2022

Tarikh tutup: 15 April 2022

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi Zakat Perak atau hubungi saluran berikut:

Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)

Bertekadlah untuk menuntut ilmu, moga kalian mendapat berkat dan dapat berkhidmat untuk keluarga, agama, bangsa dan masyarakat.

Sumber : Zakat Perak-MAIPk

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!