MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Sah’ (Blue Tick Verified)

Ramai telah berkongsi di media sosial bahawa MySejahtera mereka telah dikemaskini dengan fungsi ‘Sahkan Segera’ atau ‘Verify Now’ untuk mendapatkan status ‘Sah’ atau ‘Verified’.

Status seperti ini yang biasanya terdapat di media sosial seperti Facebook dan Twitter, kini boleh didapati di MySejahtra dengan mengesahkan makluman diri anda.

Kenapa Perlu Sahkan Akaun MySejahtera?

Adalah penting untuk mengesahkan akaun MySejahtera anda dan tanggungan.

Menurut sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, proses ini penting untuk memastikan aplikasi anda dapat berfungsi sepenuhnya untuk proses seperti berikut:

  • kemaskini status
  • terima HSO
  • terima HAT
  • laporkan keputusan ujian
  • laporkan kontak rapat
  • temujanji vaksin
  • sijil vaksin

Akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya.

Contohnya, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.

mysejahtera verified sahkan segera

Jom semak akaun anda sudah disahkan atau belum. Jika belum, sila sahkan segera!

Cara Mendapatkan Tanda ‘Sah’ / ‘Verified’ Di MySejahtera

Langkah 1 :

Pastikan anda mengemas kini kepada MySejahtera versi 1.1.8 dan ke atas.

Anda tidak perlu uninstall aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, hanya pergi ke Google Play Store / Apple App Store / HUAWEI AppGallery dan klik pada pilihan Kemas Kini.

Langkah 2 :

Dalam skrin Daftar Masuk, anda akan melihat butang Sahkan Segera berwarna merah.

Klik pada butang tersebut.

Langkah 3 :

Dalam halaman Pengesahan, semak untuk memastikan butiran ini tepat :

  • Nama : Sila masukkan nama penuh anda, pastikan ia sepadan dengan MyKad atau pasport anda. Ini termasuk Bin, Binti, A/P atau A/L seperti yang diperlukan.
  • No. Kad Pengenalan/Pasport : Semak nombor MyKad atau pasport yang anda telah daftarkan di bawah akaun MySejahtera ini.
  • ID MySJ : Semak nombor telefon / alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun MySejahtera ini.
  • Langkah 4 : Klik pada pilihan Edit untuk membuat perubahan yang diperlukan.

Langkah 5 :

Setelah anda selesai, klik Sahkan untuk menghantar butiran anda kepada pasukan MySejahtera.

mysejahtera verified

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!