eSPKWS KPM : Login Sistem Perakaunan Sekolah (spkws.moe.gov.my)

Sistem eSPKWS yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia membolehkan semua sekolah di Malaysia yang terletak di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan urusan kewangan dan perakaunan sekolah.

Dengan sistem yang dibangunkan ini, nescaya pengurusan kewangan pihak sekolah akan lebih teratur dan telus.

Malah urusan kemaskini rekod kewangan juga menjadi lebih mudah kerana semuanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.

Cara login eSPKWS

eSPKWS

Disebabkan kemudahan yang disediakan oleh portal ini hanya boleh digunakan oleh sesetengah pihak sahaja di sesebuah sekolah, maka akses untuk menggunakan segala kemudahan ini juga layak untuk kumpulan pentadbiran sekolah yang tertentu sahaja.

Sekiranya anda belum mempunyai akaun untuk login masuk, anda perlulah merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah terlebih dahulu.

Sekiranya anda sudah mempunyai maklumat untuk log masuk akaun, layari portal rasmi eSPKWS di alamat https://spkws.moe.gov.my/login.php

Untuk login, di halaman utama portal ini sudah disediakan borang untuk login dimana anda hanya perlu memasukkan 2 maklumat berikut:

  1. ID Pengguna
  2. Kata Laluan

Kemudian, klik butang “Masuk”. Sekiranya mahu membuat pembetulan maklumat ID Pengguna atau Kata Laluan, klik pada butang “Semula”.

Senarai nota panduan pengguna

Sekiranya anda pengguna baru dan ingin mendapatkan panduan menggunakan portal ini, anda boleh melihat segala nota yang boleh dimuat turun melalui portal ini.

Di bawah borang login, rujuk bahagian Download dan klik pada ikon buku.

Senarai nota modul yang boleh dimuat turun dan dibaca untuk panduan adalah seperti berikut (senarai ini mungkin dikemaskini pada masa hadapan):

  1. Modul Permulaan
  2. Modul Terimaan
  3. Pengesahan Pengurus Sekolah
  4. Modul Daftar Bil
  5. Modul Bayaran
  6. Modul Deposit
  7. Modul PWR
  8. Modul Pindah Peruntukan
  9. Modul Penyesuaian Bank
  10. Modul ABT ABB
  11. Modul Laporan
  12. Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
Sila download nota ceramah berikut :
  1.Modul Permulaan
Download    
2.Modul Terimaan
Download    
3.Pengesahan Pengurus Sekolah
Download    
4.Modul Daftar Bil
Download    
5.Modul Bayaran
Download    
6.Modul Deposit
Download    
7.Modul PWR
Download    
8.Modul Pindah Peruntukan
Download    
9.Modul Penyesuaian Bank
Download    
10.Modul ABT ABB
Download    
11.Modul Laporan
Download    
12.Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
Download  

Manual Pengguna eSPKWS

Sila rujuk manual pengguna lengkap melalui pautan di bawah:

https://spkws.moe.gov.my/download/Manual%20Pengguna%20eSPKWS.pdf

Senarai borang untuk dimuat turun

Melalui portal ini, anda juga boleh memuat turun beberapa borang untuk pelbagai tujuan.

Di bawah borang login, rujuk bahagian Download dan klik pada ikon fail.

Senarai borang yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut (senarai ini mungkin dikemaskini pada masa hadapan):

  1. Borang Tambah Perihal
  2. Borang Aduan
  3. Borang Capaian

Helpdesk eSPKWS

Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan ketika menggunakan portal eSPKWS, anda boleh menghubungi pihak Helpdesk eSPKWS melalui salah satu kaedah di bawah ini:

Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Akaun, Cawangan Pengurusan Seksyen Akaun Sekolah (SAS), Aras 10, Blok E12, Kompleks Kerajaan E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Helpdesk: 03-88721436

Emel Aduan: [email protected]

Fax: 03-88721427

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: