Permohonan Skim Agihan Khas Zakat Kedah COVID19 (LZNK)

LZNK telah membuka permohonan Skim Agihan Khas Zakat secara atas talian (online) kepada golongan asnaf di negeri Kedah.

Ini bertujuan bagi meringankan asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara permohonan untuk makluman bersama.

Apakah Skim Agihan Khas Zakat Kedah?

LZNK telah membantu asnaf di negeri Kedah dengan pelbagai kaedah; antaranya adalah Agihan Khas Zakat ini yang diagih secara sekaligus (One Off) sebanyak RM 300 bagi setiap ketua keluarga yang terjejas pendapatan dan tinggal dalam negeri Kedah sahaja.

agihan khas zakat kedah lznk

Syarat Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun
  3. Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM2,000.00 sebulan (Gaji Kasar)
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan
  5. Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Kriteria Kelayakan

  • Hilang pendapatan disebabkan sakit, diberhentikan kerja, pengurangan gaji, cuti tanpa gaji sehingga boleh menimbulkan masalah emosi dan rumahtangga.
  • Dibelenggu masalah kesihatan seperti penyakit kronik yang melibatkan kos rawatan yang tinggi atau jangkitan Covid-19 sehingga terhalang pergerakan untuk bekerja dan terpaksa dikuarintin.
  • Dibelenggu masalah kesempitan hidup dan tertekan kerana kehabisan wang simpanan kecemasan.
  • Mempunyai masalah bebanan hutang ketika Pandemik Covid-19 seperti hutang bil air, elektrik, sewa rumah, kenderaan, pendidikan dan lain-lain.
  • Terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asas diri dan keluarga seperti makanan, ubat, susu bayi, pendidikan anak-anak, pengangkutan dan bukan hutang untuk tujuan bermewah.
  • Peniaga yang terjejas perniagaan dan sedang menanggung hutang seperti sewa kedai, utiliti dan tunggakkan gaji pekerja.
  • Hutang keperluan asasi asnaf miskin, guru-guru dan petugas di sekolah agama rakyat yang terjejas

Baca juga: Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450 (2021) – KWKPK

Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima

RM 300 bagi setiap ketua keluarga / waris pemohon yang layak.

Tarikh Permohonan

Permohonan ini akan dibuka selama 3 minggu bermula pada 18 Julai 2021 sehingga 7 Ogos 2021 secara atas talian (online) sahaja.

Cara Permohonan Skim Agihan Khas Zakat Kedah LZNK

Permohonan melalui sistem atas talian (online) sahaja di pautan (link) berikut: https://agihan.zakatkedah.com.my/ dengan memilih Skim Agihan Khas Zakat.

Sila muat naik lampiran dokumen-dokumen berikut :

  1. Kad Pengenalan Pemohon sahaja. (Diwajibkan Depan & Belakang).
  2. Sijil nikah / surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
  3. Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang TIDAK BEKERJA atau TIADA SLIP GAJI, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
  4. Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).
  5. Bukti Bermastautin Pemohon : Bil Elektrik / Air / Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).
  6. Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan. (Jika ada).
  7. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan

Baca juga: Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Mulai 15 Julai 2021

Soalan Lazim

Jika saya TIDAK BERKERJA atau TIADA SLIP GAJI, apakah tindakan yang perlu saya buat?

1. Anda perlu mencetak Surat Pengesahan Pendapatan (klik muat turun surat tersebut)
2. Lengkapkan surat pengesahan pendapatan.
3. Dapatkan pengesahan dari Imam / Penolong Amil Kariah / Ketua Kampung JPKK / Penghulu / Pegawai Kumpulan A
3. Muat naik (upload) surat tersebut ke dalam Sistem Permohonan Agihan Zakat.

Saya merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan dari lain-lain agensi seperti JKM, adakah saya layak untuk memohon skim zakat ini?

Jika jumlah keseluruhan pendapatan kasar isi rumah melebihi RM 2,000.00, maka anda tidak layak.

Sekiranya saya lahir di Perak dan menetap di Kedah melebihi 1 Tahun, adakah saya layak untuk memohon skim zakat ini?

Layak bagi pemohon yang menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas.

Jika saya lahir di Kedah tetapi menetap di luar Kedah seperti Perlis, adakah saya layak untuk memohon?

Tidak Layak, kerana anda berada di luar negeri Kedah. Sila rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk permohonan zakat.

Adakah golongan bujang layak memohon?

Permohonan ini hanya dibuka kepada asnaf yang bekeluarga sahaja, kecuali bagi anak bujang yang menjadi wakil kepada ibu bapa yang sedang uzur.

Bilakah jangkaan pembayaran bantuan ini akan dibuat?

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat selepas permohonan ditutup

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat dan Pejabat Zakat Daerah Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian berikut:

  • Ibu Pejabat : 019-4181740
  • Baling : 04-470 2428 / 013-4529155
  • Bandar Baharu : 04-407 9670 / 019-4738255
  • Kota Setar : 04-731 8005 / 019-5739155
  • Kubang Pasu : 04-917 1561 / 019-4967255
  • Kuala Muda : 04-441 1881 / 019-4122155
  • Kulim : 04-490 0873 / 019-5732155
  • Langkawi : 04-966 0179 / 019-4753155
  • Padang Terap : 04-786 6239 / 019-5172155
  • Pendang : 04-759 4515 / 019- 4123155
  • Pokok Sena : 04-782 1513 / 019-518 6155
  • Sik : 04-469 5895 / 019-4104255
  • Yan : 04-468 3482/ 019-4804155

Panjangkan makluman ini kepada keluarga asnaf yang layak supaya tidak tercicir dari mendapatkan zakat ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!