Advertisements

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450 (2021) – KWKPK

Advertisements

Untuk makluman, Bantuan Ibu Bersalin (BIB) masih lagi diteruskan bagi tahun 2021 ini bagi pemohon yang layak.

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dimuat turun secara online melalui Lawan Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan ini, syarat-syarat dan cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Syarat-syarat Permohonan

1) Warganegara Malaysia;

2) Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);

Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Wajib join Telegram kami sekarang di https://t.me/ecentral

3) Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan

4) Pendaftaran boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan Ibu;
  2. Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga;
  3. Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;
  4. Salinan buku rekod kesihatan ibu;
  5. Salinan buku akaun/penyata akaun; dan
  6. Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi;

Cara Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2021 (BIB)

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  1. Online melalui pautan ini http://bit.do/permohonanbib atau
  2. 2) Manual melalui Borang Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

  • Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib atau
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Baca juga: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga

Kaedah Penghantaran Borang

Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
1) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui:

Baca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2021

KLIK DI SINIuntuk muat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Leave a Comment