S Pay Global: Transaksi Tanpa Tunai Peringkat Global

S Pay Global merupakan penjenamaan semula Sarawak Pay, sebuah aplikasi mudah alih yang menyediakan platform untuk pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, pantas dan selamat.

Penjenamaan semula ini dibuat susulan pelancaran kkad maya UnionPay yang membolehkan aplikasi eWallet ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.

Penggunaan UnionPay yang dihubungkan dengan SarawakPay akan memudahkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk melakukan transaksi pembelian.

Pengenalan

S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) adalah sebuah aplikasi mudah alih yang menyediakan kemudahan eWallet yang selamat.

Pengguna boleh membuat pembayaran secara digital untuk pembayarn bil dan pembelian di kedai atau lokasi yang mengambil bahagian.

Pengguna juga boleh mendepositkan eWallet merupakan melalui perbankan internet dan kredit kad untuk memudahkan pembayaran dibuat secara tanpa tunai.

Artikel berkaitan: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga

Fungsi S Pay Global

Berikut merupakan fungsi dan kelebihan yang boleh dinikmati oleh pengguna aplikasi eWallet ini:

  1. Scan dan bayar melalui Kod QR
  2. Bahagikan bil antara pengguna S Pay Global
  3. Melakukan pemindahan dana
  4. Nikmati pelbagai baucer dengan program kesetiaan
  5. Beli dan perbaharui insuran, bayar kembali hutang pelajaran, memesan makan, membuat sumbangan dan membayar caj meletak kenderaan
  6. Langgan dan uruskan bayaran bil
  7. Menyemak sejarah transaksi dengan lebih mudah
  8. Melihat senarai lokasi yang mengambil bahagian
  9. dan banyak lagi…

Aplikasi ini diuruskan oleh syarikat SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (SNT) bagi pihak kerajaan negeri Sarawak.

SNT merupakan pemegang eWallet yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.

Artikel menarik: GoDigital Sarawak 2023 – Geran Pendigitalan Perniagaan PKS

Kelebihan S Pay Global

Kerjasama dengan Union Pay International ini membolehkan aplikasi eWallet ini digunakan di banyak negara seluruh dunia.

Antara negara yang menerima UnionPay ialah Kesatuan Eropah termasuk England, China, India, Hong Kong, Korea, Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Bagi membolehkan S Pay Global digunakan secara meluas, kerajaan negeri telah memohon kelulusan daripada Bank Negara untuk meningkatkan nilai maksimumnya kepada 1,000 Euro atau kira-kira RM6,000.

Pendaftaran pengguna baru

pendaftaran s pay global

Berikut merupakan langkah mudah bagi penggun baru yang menggunakan aplikasi S Pay Global ini:

  1. Muat turun aplikasi:
  2. Buka aplikasi dan di skrin login, pilih “Register Now”
  3. Pilih wargarganegara anda
  4. Isikan butir-butir maklumat anda
  5. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon anda untuk pengesahana
  6. Daftarakan PIN pembayaran 6 digit yang baru – PIN ini diperlukan untuk penggunaan ketika pembayaran
  7. Pendaftaran berjaya!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!