Senarai Kedai SKAS di Sarawak, Sabah & Selangor

Senarai Kedai SKAS
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Senarai Kedai SKAS atau S Pay Global Merchant List (Mengikut Daerah) boleh disemak melalui portal rasmi Sarawak Pay berikut: https://spayglobal.my/

S Pay Global, atau sebelumnya dikenali sebagai Sarawak Pay adalah merupakan sebuah aplikasi pembayaran digital rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang diterima secara meluas di seluruh negeri.

Bantuan SKAS boleh digunakan di kedai yang tersenarai boleh menggunakan S Pay Global.

Ini bermaksud, setelah menuntut (claim) bayaran bantuan SKAS yang diberikan kerajaan Sarawak melalui S Pay Global, anda boleh menggunakannya di mana-mana kedai yang tersenarai menerima pembayaran menggunakan S Pay Global.

Berikut dikongsikan Senarai Kedai SKAS (Merchant List) di setiap daerah Sarawak yang menerima S Pay Global.

BACA JUGA: SarawakPay: Semak Kelayakan & Tebus SKAS

Senarai Kedai Yang Menerima S Pay Global – SKAS

Berikut ialah Senarai Kedai SKAS, yang menerima menerima pembayaran menggunakan S Pay Global. Terdapat 14 daerah secara keseluruhannya, iaitu:

  1. Kuching
  2. Samarahan
  3. Serian
  4. Sri Aman
  5. Betong
  6. Sarikei
  7. Sibu
  8. Kapit
  9. Mukah
  10. Bintulu
  11. Miri
  12. Limbang
  13. Sabah
  14. Selangor

1. Kuching

2. Samarahan

3. Serian

4. Sri Aman

5. Betong

6. Sarikei

7. Sibu

8. Kapit

9. Mukah

10. Bintulu

11. Miri

12. Limbang

13. Sabah

14. Selangor

BACA JUGA: Tarikh Bayaran SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)

Cara Daftar S Pay Global

Sekiranya anda belum lagi mendaftar S Pay Global untuk menuntuk SKAS, anda boleh rujuk cara-cara mendaftarnya berikut:

  1. Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play Store atau App Store.
  2. Buka aplikasi dan pilih “Register Now”.
  3. Pilih kewarganegaraan anda (Malaysian atau Others).
  4. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dan tetapkan kata laluan.
  5. Lakukan pengesahan identiti (eKYC):
  6. Ambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda
  7. Rakam gambar ‘selfie’ untuk pengesahan.
  8. Sahkan nombor telefon anda:
  9. Masukkan nombor telefon bimbit
  10. Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS.
  11. Tetapkan nombor PIN 6-digit untuk transaksi masa hadapan.
  12. Selesai!

Semakan Status & Kelayakan SKAS 2025

Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my mulai 22 September 2025.

SKAS
Semakan Kelayakan SKAS

Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

  1. Kunjungi laman web rasmi: https://sarawak.gov.my/skas.
  2. Pada laman utama SKAS, pilih menu “Semak Kelayakan”.
  3. Isikan nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan dan tekan butang “Cari”.
  4. Setelah itu, status permohonan SKAS anda akan dipaparkan di skrin sama ada lulus, tidak lulus atau sedang diproses.

Semakan ini hanya sah untuk individu yang telah membuat permohonan SKAS dalam tempoh 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025.

Semakan juga boleh dilakukan di pautan berikut: https://t.ly/SKASNewApplicationPortal

SARAWAK PAY
Semakan Status & Kelayakan SKAS 2025

Bayaran Rayuan SKAS

Pembayaran rayuan SKAS sudah mula dilakukan kepada sesetengah penerima pada 16 Oktober 2025.

Ini bermaksud, keputusan rayuan SKAS yang dibuat sebelum ini sudah mula disalurkan secara berperingkat mulai tarikh tersebut.

Rayuan SKAS dibuka untuk mereka yang tidak lulus dalam permohonan pertama, dan pelaksanaannya akan mengambil masa beberapa bulan untuk proses semakan dan kelulusan.

Tempoh rayuan telah pun ditutup lebih awal (1 Februari 2025 hingga 1 Jun 2025) dan bayaran untuk mereka yang berjaya dalam rayuan SKAS disalurkan secara berperingkat mengikut prosedur rasmi kerajaan Sarawak bermula 16 Oktober 2025.

Penerima rayuan yang berjaya akan menerima bantuan ini terus ke akaun S PAY GLOBAL mereka atau melalui saluran yang telah ditetapkan oleh kerajaan Sarawak.

Pengumuman rasmi dan kemas kini lanjut biasanya dibuat di portal rasmi kerajaan Sarawak dan media sosial rasmi S PAY GLOBAL.

Sekiranya anda ingin semak status rayuan SKAS atau ingin maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi https://sarawak.gov.my/skas atau hubungi talian pusat khidmat pelanggan S PAY GLOBAL. ​

Rayuan SKAS
Sumber: Kamek Miak Sarawak
Rayuan SKAS
Sumber: Affy Johary
SKAS
Jumlah Bayaran SKAS

Cara Tebus & Guna Baucar SKAS

Cara Tebus dan Guna Baucar SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) melalui aplikasi S PAY GLOBAL adalah seperti berikut:

  1. Aktifkan Akaun S PAY GLOBAL
    Pastikan anda telah mendaftar dan mengaktifkan akaun di aplikasi S PAY GLOBAL, lengkapkan proses pengesahan identiti (eKYC) dan kemaskini maklumat terkini.
  2. Semak Status dan ‘Acknowledge’ Bantuan SKAS
    Layari portal rasmi SKAS atau melalui aplikasi S PAY GLOBAL untuk semak kelayakan. Setelah layak, anda akan menerima notifikasi ‘push notification’ dalam aplikasi untuk mengesahkan penerimaan bantuan (acknowledge). Klik notifikasi dan tekan ‘Acknowledge’ supaya dana bantuan diaktifkan dalam akaun.
  3. Dana Bantuan Dikreditkan ke Akaun
    Setelah acknowledge, dana bantuan SKAS akan dikreditkan ke dalam wallet khas dalam aplikasi yang dipaparkan sebagai “Aid Wallet” atau “SKAS”.
  4. Tebus Baucar SKAS di Kedai Berdaftar
    Gunakan aplikasi S PAY GLOBAL untuk ‘Scan & Pay’ kod QR di kedai-kedai rakan niaga yang menerima SKAS. Masukkan jumlah pembelian barangan asas dan sahkan pembayaran dengan PIN transaksi.

Dana SKAS hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, susu dan lain-lain barangan yang dibenarkan di kedai berdaftar dalam Sarawak.

Bantuan ini boleh ditebus dan digunakan sepanjang tahun 2025, dengan tarikh luput pada 31 Disember 2025.

Mahu Menjadi Kedai SKAS?

Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal

Cara daftar Sarawak Pay (S Pay Global) sebagai peniaga:

  1. Muat turun dan daftar di aplikasi S Pay Global sebagai pengguna. 
  2. Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran. 
  3. Muat Naik:
    • Gambar IC (Depan & Belakang)
    • Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan
      * Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.
      * Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.
  4. . Sila tunggu emel pengesahan dari pihak S Pay Global untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay.
  5. Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran
  6. Templat QR kod S Pay Global boleh dimuat turun di SINI
  7. Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi S Pay Global.
SPAY GLOBAL
Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal
SPAY GLOBAL
Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal

Cara Daftar Sarawak Pay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan

  1. Muat turun dan isi borang permohonan di sini
  2. Sertakan dokumen sokongan berikut
    • Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / perincian SSM
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank
    • Photocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director.
    • Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan
  3. Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda.
  4. Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMA.
  5. Muat turun Surat Persetujuan di sini.

Maklumat Lanjut

Bagi mengetahuai info terkini dan maklumat lebih lanjut mengenai S Pay Global, termasuk cara untuk menjadi pengguna atau peniaga, anda boleh melawat laman web rasmi S Pay Global.

Atau, hubungi perkhidmatan pelanggan melalui email ([email protected]) dan talian (082-22 45 99). 

Soalan Lazim Kedai SKAS

Apakah itu Kedai SKAS?

Kedai SKAS adalah premis perniagaan berdaftar yang menerima pembayaran bantuan SKAS melalui aplikasi S PAY GLOBAL. Biasanya ia adalah pasar raya, kedai runcit, farmasi atau kedai barangan harian yang sah di Sarawak.

Bagaimana cara saya tahu senarai kedai SKAS yang berdekatan?

Anda boleh semak senarai lengkap kedai SKAS melalui laman web rasmi S PAY GLOBAL di https://spayglobal.my/page-0-0-131-Sumbangan-Keperluan-Asas-Sarawak-SKAS.html ,atau semak terus dalam aplikasi S PAY GLOBAL di menu “Merchant List” untuk lokasi dan senarai terkini.

 Apakah jenis barangan yang boleh saya beli di Kedai SKAS?

Bantuan SKAS hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, susu, sayur-sayuran, dan barangan rumah tangga lain yang dibenarkan.

 Bolehkan saya menggunakan SKAS untuk pembelian di luar Sarawak?

SKAS adalah khusus untuk rakya Negeri Sarawak sahaja dan hanya boleh digunakan di kedai berdaftar sahaja.

Bagaimana cara pembayaran di Kedai SKAS?

Gunakan aplikasi S PAY GLOBAL, pilih “Scan & Pay”, imbas kod QR kedai, dan masukkan jumlah pembelian. Transaksi akan ditolak terus dari baki bantuan SKAS anda.

Apa yang perlu saya buat jika kedai tidak menerima pembayaran menggunakan SKAS?

Pastikan kedai tersebut memang berdaftar sebagai rakan niaga S PAY GLOBAL.
Jika berlaku masalah, laporkan kepada pihak S PAY GLOBAL untuk tindakan segera melalui aplikasi atau talian bantuan.

Apakah yang perlu dilakukan oleh peniaga yang mahu menjadi Kedai SKAS?

Peniaga perlu mendaftar sebagai Merchant akaun di S PAY GLOBAL, lengkapkan dokumen yang diperlukan seperti lesen perniagaan dan pengesahan identiti. Setelah disahkan, peniaga boleh menerima pembayaran SKAS dari pelanggan dengan menggunakan kod QR unik daripada aplikasi.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut