Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS)

Login Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Menggunakan ID Pengguna idMe

Untuk makluman semua warga KPM, anda dikehendaki mempunyai ID pengguna untuk pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Bagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan, guru perlu mendaftar idMe bagi mendapatkan ID pengguna individu.

Bagi yang masih belum mendaftar, anda boleh merujuk panduan dan penerangan lanjut dalam artikel ini.

Apakah Sistem Bersepadu (MOEIS) KPM?

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Transformasi ICT (ITP) 2019-2023 KPM pada Januari 2019 bagi menyokong visi KPM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta menjadi sumber rujukan utama dalam membuat perancangan keperluan ICT KPM.

Salah satu daripada inisiatif ICT yang telah digariskan dalam ITP KPM ialah pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang meliputi pembangunan semula sistem yang bersepadu merangkumi sistem pengurusan murid, guru dan institusi pendidikan.

Setiap pengguna MOEIS perlu mempunyai ID pengguna secara individu. Atas faktor keselamatan serta untuk mengelakkan penyalahgunaan ID pengguna, penggunaan bersama atau berkongsi ID tidak lagi dibenarkan.

Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar dan membuat kemaskini maklumat pengguna melalui Sistem Pengurusan IDentiti (idMe).

moeis kpm idme

Tarikh Pendaftaran ID Pengguna idMe

Semua GURU dikehendaki mendaftar SEBELUM 2 Januari 2023 (Isnin).

Cara Pendaftaran idMe

Sistem Pengurusan IDentiti (idMe / IDMS) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan
pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem.

Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

Cara Pendaftaran idMe Untuk Mengakses MOEIS

  1. Layari pautan https://idme.moe.gov.my/login dan masukkan ID Pengguna.
  2. Klik butang Daftar Masuk
  3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di medan yang disediakan
  4. Klik butang Daftar Masuk
  5. Klik Daftar Baru untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.
moeis kpm idme

Cara Daftar Akaun Untuk Pengguna Baharu

  1. Untuk pengguna baharu yang belum mempunyai akaun, Klik Daftar Baru.
  2. Isikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi.
  3. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.
  4. Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.
Sistem Pengurusan IDentiti

Nota : Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.

Cara Tukar Kata Laluan idMe

Sekiranya anda lupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan.

  1. Seterusnya, masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.
  2. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
  3. Anda akan mendapat e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
  4. Semestinya masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
  5. Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk teruskan proses.
Sistem Pengurusan IDentiti

Panduan Video idMe / MOIES

Pengenalan Sistem idMe

Manual Pengguna Tetapan Murid :

Manual Pengguna Tetapan Kelas :

Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Peristiwa :

Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Gantian :

Manual Pengguna Pengesahan Bulanan :

Manual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Kelas :

Manual Pengguna Penetapan Guru Mata Pelajaran :

Manual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Murid :

Manual Pengguna Padam Murid :

https://www.youtube.com/watch?v=NlP0vJOqv7U&list=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W&index=9

Manual Pengguna Mendaftar Akaun Baharu :

Manual Pengguna Selenggara Kurikulum Institusi :

Manual Pengguna Analisis DLP :

Manual Pengguna Analisis MP :

Manual Pengguna Analisis STEM :

Manual Pengguna Daftar Murid :

Manual Pengguna Kehadiran Murid :

FULL PLAYLIST : https://www.youtube.com/playlist?list=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W

Muat Turun Panduan Penuh (PDF)

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

Maklumat Lanjut Tentang Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Dan Pendaftaran idMe

Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (IDMS), sila kemukakan ke

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya

No. Tel : 03-88843501

No. Fax : 03-88895244

Email : [email protected]

Baca juga: Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA): Format & Tarikh Pelaksaaan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!