UASA 2025 – Tarikh Ujian, Gred, Subjek, Format & Markah Lulus

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) adalah satu bentuk penilaian rasmi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menggantikan peperiksaan tahunan tradisional. Untuk maklumat rasmi, boleh rujuk laman web Lembaga Peperiksaan KPM di pautan lp.moe.gov.my

Seiring dengan usaha memperkukuh Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), KPM telah memperkenalkan UASA bermula sesi akademik 2022/2023 bagi menggantikan sistem peperiksaan akhir tahun sedia ada.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2025.

BACA JUGA: PAJSK KPM – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

Apa Itu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ialah satu bentuk penilaian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai tahap penguasaan murid pada penghujung tahun persekolahan, selaras dengan sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia dilaksanakan bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah serta Tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah menengah.

UASA mula diperkenalkan pada sesi akademik 2022/2023 sebagai pengganti kepada Peperiksaan Akhir Tahun dengan matlamat memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah secara sumatif.

Soalan bagi UASA disediakan oleh pihak sekolah sendiri mengikut ketetapan KPM, manakala tempoh dan jadual pelaksanaannya pula ditentukan oleh kementerian dan pihak sekolah masing-masing. 

Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai.

UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.

Bagi mata pelajaran yang mengandungi domain efektif dan psikomotor lebih banyak berbanding domain kognitif iaitu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, autonomi diberikan kepada sekolah untuk melaksanakan pentaksiran dalam bentuk ujian bertulis atau projek/amali dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Objektif UASA

  • Menilai Kemahiran Kognitif: Menguji tahap kognitif dan intelektual murid serta penguasaan mereka dalam mata pelajaran.
  • Menggantikan Peperiksaan Lepas: UASA diperkenalkan untuk menggantikan peperiksaan seperti UPSR dan PT3 yang dibatalkan.

Ciri-Ciri

  • Pentaksiran Peringkat Sekolah: Pelaksanaan ujian adalah di peringkat sekolah, dengan soalan teras disediakan oleh KPM dan soalan bagi subjek lain disediakan oleh pihak sekolah sendiri. 
  • Bukan Pentaksiran Pusat: Ujian ini tidak bertujuan untuk membandingkan prestasi murid, sekolah, daerah, atau negeri. 
  • Ujian Bertulis Penuh: UASA ialah ujian bertulis sepenuhnya yang dilaksanakan untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. 

Murid Yang Terlibat Dengan UASA

Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :

  • Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
  • Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
Kategori Murid

Sementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan menduduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

Format Terkini UASA 2025

Ujian Akhir Sesi Akademik tidak menggunakan format berpusat sepertimana peperiksaan utama terdahulu.

Sebaliknya, setiap sekolah diberikan autonomi untuk menyediakan set soalan yang disusun mengikut tahap dan silibus semasa.

Mata Pelajaran Terlibat

Ujian akhir sesi akademik melibatkan semua mata pelajaran tahap dua sekolah rendah dan menengah rendah.

Mata Pelajaran Peringkat Sekolah Rendah (Tahap Dua)

Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) melibatkan 5 mata pelajaran iaitu:

  • Sejarah
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
Mata Pelajaran Tahap 2 Sekolah Rendah

Rujuk format pentaksiran di bawah (PDF):

Mata Pelajaran Peringkat Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)

Peperiksaan UASA bagi peringkat Sekolah Menengah Rendah pula melibatkan 20 mata pelajaran iaitu:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Pendidikan Islam/Moral
  5. Sejarah
  6. Sains
  7. Geografi
  8. Asas Sains Komputer
  9. Reka Bentuk dan Teknologi
  10. Bahasa Arab
  11. Maharat al-Quran
  12. Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  13. Al-Syariah
  14. Usul Al-Din
  15. Bahasa Cina
  16. Bahasa Punjabi
  17. Bahasa Tamil
  18. Bahasa Kadazandusun
  19. Bahasa Iban
  20. Bahasa Semai
UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
Mata Pelajaran Sekolah Menengah Rendah

Rujuk format pentaksiran di bawah (PDF):

NOTA:

  • Mata pelajaran adalah tertakluk kepada yang ditawarkan/disediakan di sekolah.
  • Peperiksaan mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan di sekolah.
  • Tempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

Sistem Gred & Tahap Penguasaan UASA

Untuk makluman;

  1. Set soalan disediakan oleh pihak sekolah.
  2. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) menggunakan markah dan gred untuk menilai tahap penguasaan murid.

Julat peratus dan gred UASA adalah seperti jadual berikut:

Peratus (%)GredTafsiran Gred
82 – 100ACemerlang
66 – 81BKepujian
50 – 65CBaik
35 – 49DMemuaskan
20 – 34EMencapai Tahap Minimum
0 – 19FBelum Mencapai Tahap Minimum
UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
Gred dan markah lulus UASA

Sebelum ini, prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta deskriptif bagi setiap tahap seperti berikut:

  • TP1 : Tahu
    • Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
  • TP2 : Tahu dan faham
    • Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
  • TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
  • TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    • Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
  • TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    • Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  • TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    • Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
UASA
Tahap Penguasaan PBD & Pentaksiran

Namun, bermula sesi persekolahan 2024/2025 ini, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan TP sebelum ini.

Bagaimanapun, penggunaan TP masih digunapakai dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) namun, bagi pelaporan UASA ia dikeluarkan dalam bentuk peratus dan gred.

Markah Lulus UASA

Markah lulus Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2025 adalah ditetapkan pada 20%.

Ini bermaksud pelajar hanya perlu mencapai sekurang-kurangnya 20% untuk dianggap lulus dalam ujian tersebut.

Pengurangan markah lulus ini bertujuan memberi peluang lebih luas kepada pelajar untuk lulus tetapi masih mengekalkan standard untuk pencapaian yang lebih tinggi berdasarkan gred A, B, dan C.

Sebelum ini, sistem lama yang menetapkan markah lulus pada 40%.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2025 ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan bergantung kepada sesi akademik setiap sekolah.

UASA biasanya akan dijalankan dalam tempoh antara November hingga Disember setiap tahun, apabila hampir penghujung sesi akademik.

Untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2025, tarikh pelaksanaan dijangka bermula 13 Oktober hingga 10 November 2025. (Sumber: Sinar Bestari)

Info Penting UASA 2025

Antara info penting berkenaan UASA 2025 yang ibu bapa perlu tahu:

  1. Tarikh pelaksanaan bermula dari 13 Oktober hingga 10 November 2025.
  2. Menggunakan markah dan gred.
  3. Set soalan disediakan oleh pihak sekolah.
  4. Markah lulus kini adalah 20%, berbanding 40% sebelumnya.

    Garis Panduan Pentadbiran UASA

    UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
    UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
    UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
    UASA 2025 - Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik,  Subjek, Gred
    UASA 2025
    UASA 2025
    UASA 2025
    UASA 2025
    ujian akhir sesi akademik
    ujian akhir sesi akademik
    ujian akhir sesi akademik
    ujian akhir sesi akademik
    ujian akhir sesi akademik
    ujian akhir sesi akademik
    ujian akhir sesi akademik
    ujian akhir sesi akademik

    Muat Turun Dokumen Pengurusan Ujian Akhir Sesi Akademik

    Video Panduan Ujian Akhir Akademik (UASA)

    Pengenalan Ujian Akhir Akademik (UASA)

    Guru: Dr. Ibrahim Mohamed Zin

    Pentaksiran Sumatif menyediakan maklumat mengenai format dan instrumen dalam Ujian Akhir Sesi Akademik bagi setiap mata pelajaran.

    Format Pentaksiran

    Berikut ialah Format Pentaksiran Bagi Setiap Subjek Sekolah Rendah & Menengah:

    UASA Sekolah Rendah: Tahun 4,5 dan 6

    1) Format UASA SAINS (Tahun 4,5,6)

    Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Sains

    Guru: Salinah Maskan

    2) Format UASA Bahasa Melayu Tahun 4,5,6

    Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Melayu

    Guru: Dr. Rohani Abdul Aziz

    3) Format UASA Matematik Tahun 4,5,6

    Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Matematik

    Guru: Romzi Anwar

    4) Format UASA Bahasa Inggeris Tahun 4,5,6

    Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Inggeris

    Guru: Nur Farhanna Aidid

    5) Format UASA Sejarah Tahun 4,5,6

    Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Sejarah

    Guru: Azlina Mat Isa

    UASA Sekolah Menengah Rendah : Tingkatan 1-3

    Bagi melihat video penuh bagi penerangan format UASA setiap subjek peringkat Sekolah Menengah Rendah pula, sila rujuk pautan berikut: https://www.youtube.com/hashtag/pentaksiransumatif

    Bagaimana UASA & PBD Membantu Murid?

    Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah dua elemen penting dalam sistem pendidikan Malaysia yang membantu murid dengan cara yang berbeza.

    Kedua-duanya bertujuan untuk menilai perkembangan dan pencapaian pelajar secara lebih holistik dan menyeluruh, tanpa hanya bergantung kepada peperiksaan besar sahaja.

    Berikut adalah cara bagaimana UASA dan PBD membantu murid:

    ujian akhir sesi akademik
    Bagaimana UASA & PBD Membantu Murid?

    UASA
    Mengurangkan Tekanan Berlebihan

    UASA
    Membina Keyakinan dan Motivasi Diri

    UASA
    Membantu Mengenalpasti Kelemahan dan Kelebihan Murid

    UASA
    Mendorong Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif
    UASA
    Menggalakkan Pembelajaran Secara Holistik

    UASA
    Membentuk Disiplin Pembelajaran Jangka Panjang

    UASA
    Menjaga Kepelbagaian Potensi Pelajar

    Maklumat Lanjut

    Untuk ketahui informasi terkini dan gred berkaitan UASA, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan DidikTV KPM

    Soalan Lazim – UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik)

    Apa itu UASA?

    Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) adalah ujian peringkat sekolah yang dilaksanakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar di akhir tahun akademik berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

    Apa beza UASA dan UPSR?

    UASA adalah sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang diperkenalkan menggantikan UPSR mulai 2021. Ia menilai pelajar secara tahunan dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dan juga di sekolah menengah rendah dari Tingkatan 1 hingga 3.

    Siapakah yang perlu menduduki UASA?

    Semua pelajar yang berdaftar di sekolah rendah (Tahun 4, 5, 6) dan sekolah menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) termasuk sekolah swasta berdaftar dengan KPM.

    Apakah mata pelajaran yang diuji dalam UASA?

    Sekolah rendah terlibat dalam lima mata pelajaran utama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Sekolah menengah pula melibatkan sehingga 20 mata pelajaran termasuk tambahan seperti Pendidikan Islam, Geografi dan Reka Bentuk dan Teknologi.

    Bagaimana format soalan UASA?

    Soalan terdiri daripada gabungan objektif (pilihan berganda) dan subjektif (soalan panjang) disediakan oleh guru menggunakan sumber rasmi KPM.

    Bilakah UASA dilaksanakan?

    Ujian lazimnya diadakan pada bulan Oktober hingga Disember setiap tahun dan keputusan diumumkan awal tahun berikutnya.

    Bagaimana markah dikira dan dilaporkan?

    Markah ditukar kepada gred berdasarkan julat yang ditetapkan oleh KPM dan merupakan salah satu komponen dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

    Adakah keputusan UASA akan mempengaruhi kemasukan ke sekolah menengah atau aliran tertentu?

    Ia lebih kepada penilaian prestasi akademik dan pentaksiran sumatif; keputusan dan grednya membantu guru dan sekolah dalam mengenal pasti keperluan pembelajaran murid.

    Apa gred dan markah lulus UASA?

    Gred Ujian Akhir Sesi Akademik 2025 menggunakan sistem peratus dan gred seperti berikut:

    Apakah format soalan?

    Soalan terdiri daripada kombinasi soalan objektif dan subjektif yang disediakan oleh guru mengikut panduan KPM.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut