Advertisements

Sijil Tahfiz Malaysia (STM) : Permohonan & Semakan Peperiksaan 2022

Advertisements

Darul Quran mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 bagi Tahun 2022.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan menduduki peperiksaan ini serta maklumat penting yang berkaitan.

sijil tahfiz malaysia

Apakah Darul Quran?

Darul Quran adalah sebuah institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apakah Sijil Tahfiz Malaysia (STM)?

STM ini adalah untuk para hafiz/hafizah yang SUDAH KHATAM hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan ingin memiliki Sijil Tahfiz yang diiktiraf kerajaan.

JAKIM telah memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pada tahun 2011.

Pemberian sijil ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 20 juzuk al-Quran.

Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Kelebihan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

  • Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
  • Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 tahun dan ke atas
  • Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran
  • Mengemukakan surat pengesahan rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’

Yuran Permohonan

RM150 setiap permohonan

Tarikh Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2022 (Siri 2)

PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA SIRI 2 TAHUN 2022

Darul Quran mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz_Malaysia (STM) Siri 2 bagi tahun 2022.

Tarikh akhir menghantar borang permohonan STM: 30 Ogos 2022

Jadual Peperiksaan

JADUAL PERGERAKAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA Siri 2 Tahun 2022

BILPERKARATARIKH
1.Iklan STM Siri 2 Tahun 20227 Jun 2022
2.Tarikh Akhir Hantar Borang Permohonan STM30 Ogos 2022
3.Tarikh Semak Kelayakan Menduduki Peperiksaan (melalui website)15 September 2022
4.*Tarikh Peperiksaan4 Oktober 2022
5.*Tarikh Semak Keputusan(Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran)18 November 2022

Maklumat Lanjut

https://www.darulquran.gov.my

Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan

+603-60635333
+603-60645497
[email protected]
3.5419254,101.6645984

Maklumat lanjut, sila muat turun dokumen di bawah.

Maklumat Umum STM.pdf

Borang Permohonan STM 2022.pdf

Kaedah Penilaian STM.pdf

Sebarang pertanyaan berkenaan STM, boleh diajukan kepada urus setia (Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat) melalui talian 03-60635458 / 03-60635476 / 03-60635450 / 03-60635457 pada waktu pejabat.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment