Sijil Guru Malaysia (SGMy) Versi Baru 2023 – Muat Turun

Jom Muat Turun Sijil Guru Malaysia (SGM) versi baharu

KPM tidak lagi mencetak dan pos Sijil Guru Malaysia kepada guru-guru.

Para guru kini boleh muat turun sijil digital SijilGuruMalaysia (SGM) dari portal Sistem Guru Malaysia (SGMy).

sijil guru malaysia

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang penganugerahan ini dan cara memuat turun sijil.

SGMy (SistemGuruMalaysia)

“MENJADI GURU MALAYSIA” merupakan penjenamaan semula bagi pensijilan guru. Inisiatif ini dirangka dalam memastikan tahap profesionalisme guru dapat dipertingkatkan setaraf dengan profesion profesional yang lain. Inisiatif Menjadi Guru Malaysia yang meliputi peringkat kelayakan, pendaftaran dan pelesenan guru adalah selaras dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam iaitu Anjakan Saujana Pendidik: Dasar Profesionalisme Keguruan.

OBJEKTIF

  • Menjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional.
  • Memastikan individu dalam profesion keguruan sentiasa berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
  • Guru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.

Melalui inisiatif ini, KPM dapat memastikan hanya guru yang terbaik berada dalam Sistem Pendidikan Negara.

Panduan Muat Turun Sijil Guru Malaysia

Langkah 1:
Log masuk ke Sistem Guru Malaysia (SGMy) di pautan berikut: https://sgmy.moe.gov.my/

Langkah 2:
Pilih Modul Individu

Langkah 3:
Log In di bahagian Guru KPM

Langkah 4:

  • Masukkan No IC
  • Masukkan kata laluan (kata laluan adalah sama seperti kata laluan SPLKPM)
  • Klik Hantar

Langkah 5:
Klik Cetak (Bahasa Malaysia) untuk SijilGuruMalaysia versi Bahasa Malaysia

atau pilih

Klik Print (English) untuk SijilGuruMalaysia versi Bahasa Inggeris

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sistem ini, sila hubungi saluran berikut:

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3-6, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Nombor Telefon (Teknikal) :
03-8884 1302
Meja Bantuan:
[email protected]

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!