PISMP 2023: Permohonan Ambilan Kedua & Tarikh Penting
SEMAKAN PERMOHONAN PISMP AMBILAN KEDUA TAHUN 2023 & TARIKH PENTING
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.
PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam.
Permohonan dibuka bermula 9 Jun hingga 12 Jun 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta syarat kelayakan dan cara permohonan.
Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?
Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.
IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.
Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Rujuk butiran pengajian berikut:
PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM, PISMP TAHUN 2023 (AMBILAN KEDUA)
- Terbuka kepada lulusan SPM yang memenuhi syarat dan belum membuat permohonan pada ambilan pertama.
- Terbuka kepada calon yang pernah memohon pada ambilan pertama tetapi belum menduduki UKCG.
- Calon yang telah menduduki UKCG pada ambilan pertama tidak layak memohon pada ambilan kedua.
- Permohonan akan dibuka pada 9 Jun 2023 pada pukul 3.00 petang dan akan ditutup pada 12 Jun 2023 pada pukul 11.59 malam.
- Sila Klik pada ‘MAKLUMAT PERMOHONAN’ untuk permohonan ambilan kedua atau kemaskini tarikh untuk menduduki UKCG bagi pemohon ambilan 1 yang belum menduduki e-UKCG
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023 Ambilan Kedua
Calon SPM Tahun 2020, 2021 dan 2022
- Laluan Perdana
- Laluan Khas
- Ambilan Khas
Mod Pengajian : Sepenuh masa
Tempoh Pengajian :
- 1 tahun Persediaan
- 4 tahun Ijazah
Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam
Calon SPM Tahun 2022
Mod Pengajian : Sepenuh masa
Tempoh Pengajian :
- 4 tahun Ijazah di Universiti Luar Negara
- 1 tahun PDPP di IPG
Warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk memohon
Calon SPM tahun 2022 boleh mengemukakakn permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.
Baca juga : e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Tarikh Permohonan Sarjana Muda PISMP 2023
Tarikh permohonan adalah mulai 9 Jun hingga 12 Jun 2023.
Layari https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.
Cara Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 9 Jun 2023.
Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023
Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:
e-UKCG
- e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
- Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
TEMU DUGA
- Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
- Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
- Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
- Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.
UKF
- Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
- Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
- Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
- Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
- Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.
PEMILIHAN
- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
- Semua keputusan adalah muktamad.
PENAWARAN
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
- Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
Semakan Status & Tarikh-tarikh Penting PISMP Ambilan Kedua
Calon dinasihatkan supaya membuat semakan status permohonan PISMP dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat https://pismp.moe.gov.my/
bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.
Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2023 Ambilan Kedua adalah seperti berikut:
Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM.
Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
- Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.
Tips & Panduan Permohonan PISMP
| – JOM JADI CIKGU SIRI 1- Permohonan PISMP & PPC |
| – JOM JADI CIKGU SIRI 2- TIP dan Panduan e-UKCG |
Calon Yang Tidak Layak Memohon
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Baca juga: SPLKPM : Cara Login & Kemaskini Modul splkpm.moe.goy.my
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG dan semakan PISMP online ini, sila rujuk maklumat berikut:
- MAKLUMAT PROGRAM
- MAKLUMAT PERMOHONAN
- MAKLUMAT PENTING
- BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN
- KALENDAR AKTIVITI
- SOALAN LAZIM (FAQ)
ATAU ajukan pertanyaan anda melalui:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
Emel : | [email protected] |
Jangan ketinggalan membuat semakan PISMP dan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.
Layari https://pismp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut