Tema Hari Guru 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Tema Hari Guru bagi tahun 2023 adalah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.
Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.
Tema Hari Guru 2023 ini secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada awal bulan Mac yang lalu.
Tema ini dipilih setelah pihak KPM membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan cadangan tema Hari Guru pada tahun ini.
Artikel berkaitan: Sambutan Hari Guru: Sejarah Sambutan di Malaysia
Konsep Tema Hari Guru 2023
Berdasarkan maklumat KPM, konsep tema Hari Guru pada tahun 2023 adalah:
Membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa.
Sementara itu, tema pada kali ini juga memfokuskan kepada “Kesediaan guru mendudukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:
- Jati Diri dan Kenegaraan
- Roh dan Jiwa Guru
- Pengetahuan dan Kemahiran
Objektif Sambutan
Hari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Sejarah Tema Hari Guru
Untuk rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi 10 tahun terakhir (2013 – 2023)
- 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Ingin mencari hadiah Sambutan Hari Guru? – Hadiah Untuk Guru – 15 Item Berguna Untuk Guru