eZO Zakat Selangor memudahkan urusan pembayaran zakat secara atas talian dengan hanya beberapa klik sahaja.
Melalui portal rasmi ezo.zakatselangor.com.my, anda boleh menunaikan kewajipan zakat dengan lebih cepat, mudah dan selamat, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Apa itu eZO Zakat
eZO Zakat atau EZakat Online adalah satu platform digital yang diperkenalkan untuk memudahkan urusan zakat bagi para pengeluar zakat.
Melalui eZO, pengguna boleh menyemak status bayaran zakat mereka sepanjang tahun dengan mudah, mencetak penyata zakat bagi tujuan rekod, serta mengemas kini maklumat peribadi secara langsung.
Selain itu, platform ini juga membolehkan pembayaran zakat dilakukan dengan pantas dan selamat melalui kemudahan e-Zakat Pay, menjadikan proses menunaikan
Kelebihan Guna eZO Zakat
Berikut adalah kelebihan menggunakan platform zakat ini:
- Menyemak maklumat bayaran zakat dengan mudah sepanjang tahun.
- Mencetak penyata bayaran zakat untuk rekod peribadi atau dokumentasi rasmi.
- Mengemaskini profil individu secara terus di platform.
- Menunaikan zakat secara pantas dan selamat melalui eZakatPay.

Cara Daftar eZO Zakat
1. Pendaftaran Individu

- Layari laman web rasmi eZO Zakat Selangor di pautan https://ezo.zakatselangor.com.my/.
- Klik butang “Pendaftaran” yang terletak di bahagian atas sebelah kanan laman web.
- Pilih jenis pendaftaran Pendaftaran Individu”
- Lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat yang tepat seperti nombor kad pengenalan (MyKad) atau nombor pendaftaran syarikat, nama penuh, alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit, dan alamat e-mel yang sah.
- Tetapkan kata laluan yang selamat serta mudah diingati untuk kegunaan log masuk ke dalam sistem eZO Zakat pada masa akan datang.
- Semak dan fahami terma serta syarat penggunaan eZO Zakat sebelum klik butang “Daftar”.
- Sahkan pendaftaran melalui e-mel pengaktifan yang akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan, kemudian klik pada pautan pengaktifan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
2. Pendaftaran Syarikat

- Layari laman web rasmi eZO Zakat Selangor di pautan https://ezo.zakatselangor.com.my/.
- Klik butang “Pendaftaran” yang terletak di bahagian atas sebelah kanan laman web.
- Pilih jenis pendaftaran Pendaftaran Syarikat”
- Lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat yang tepat seperti nombor pendaftaran syarikat, nama syarikat, alamat email, nombor telefon, ID pengguna, dan nama pegawai.
- Tetapkan kata laluan yang selamat serta mudah diingati untuk kegunaan log masuk ke dalam sistem eZO Zakat pada masa akan datang.
- Semak dan fahami terma serta syarat penggunaan eZO Zakat sebelum klik butang “Daftar”.
- Sahkan pendaftaran melalui e-mel pengaktifan yang akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan, kemudian klik pada pautan pengaktifan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
Cara Log Masuk eZO Zakat
Kalau anda sudah ada akaun akaun, proses untuk log masuk memang sangat mudah. Berikut panduannya:
- Untuk login Zakat Selangor, anda perlu layari portal eZO (e-Zakat Online) di pautan rasmi:
- Isikan ID Pengguna anda di ruangan yang disediakan.
- Taipkan kata laluan akaun eZO Zakat anda.
- Tekan butang Sign In untuk akses masuk ke akaun anda.
- Sekiranya tidak mengingati kata laluan, pilih pilihan “Terlupa Kata Laluan” untuk menetapkan semula kata laluan baharu.
Cara Reset Semula Kata Laluan

Jika anda terlupa kata laluan akaun anda, jangan risau kerana proses untuk reset sangat mudah. Ikuti langkah-langkah ringkas di bawah:
- Pergi ke laman log masuk EZO Zakat di www.zakatselangor.com.my.
- Klik pilihan “Lupa Kata Laluan / Forgot Password” (biasanya terletak di bawah kotak kata laluan).
- Isi borang yang muncul dengan Emel dan Nama Ibu yang digunakan semasa pendaftaran akaun.
- Tekan butang Reset Kata Laluan.
- Semak e-mel anda dan ikuti arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan.
- Setelah selesai, log masuk semula menggunakan kata laluan baharu.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Lembaga Zakat Selangor di pautan berikut:
1. Call Center
- No. talian : 1300-88-4343
- Waktu operasi : 10.00 pagi – 3.00 petang sahaja
2. EZO Zakat
- Login (https://ezo.zakatselangor.com.my/) dan klik pada pertanyaan
3. WebChat
- Link pautan : https://www.zakatselangor.com.my/
- Waktu operasi : 10.00 pagi – 3.00 petang sahaja
Soalan Lazim
Syarat sah pemberian zakat adalah berniat dan mempunyai harta yang ingin dizakatkan. Justeru pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan qabul. Berdasarkan pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.
Melalui eZO Zakat, anda boleh membayar pelbagai jenis zakat termasuk Zakat Fitrah, Zakat Harta, Zakat Perniagaan, dan lain-lain mengikut ketetapan syarak.
Ya, sistem ini boleh diakses pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ya, ia menggunakan sistem yang dilindungi dan sah di bawah Lembaga Zakat Selangor, memastikan maklumat serta pembayaran anda selamat.
Ya, setiap pembayaran akan direkodkan dalam akaun eZO anda. Resit rasmi juga boleh dimuat turun atau dicetak.
Semua pembayar zakat di Selangor, termasuk individu dan syarikat, boleh menggunakan portal ini.