ShopeePay Travel eSim: Internet Untuk Percutian Luar Negara

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

ShopeePay Travel eSim kini menjadi alternatif bagi para pelancong Malaysia yang inginkan akses internet mudah dan berpatutan semana bercuti ke luar negara.

Bayangkan anda tiba di lapangan terbang Singapura, Jepun, atau Indonesia dan tanpa perlu bersusah payah mencari gerai SIM card tempatan, anda sudah boleh terus berhubung melalui internet. Itulah kemudahan yang ditawarkan oleh ShopeePay melalui perkhidmatan Travel eSIM terbaru mereka yang secara rasminya telah dilancarkan pada Jun 2026.

Perkhidmatan Travel eSIM ini bukanlah satu-satunya inisiatif ShopeePay dalam membantu pengguna merancang perjalanan. Ia merupakan sebahagian daripada ekosistem persediaan pelancongan yang lebih luas.

Selain daripada eSIM, pengguna juga boleh mengakses kemudahan untuk mendapatkan insurans perjalanan, membuat tempahan hotel, dan membeli tiket penerbangan terus dari aplikasi ShopeePay.

Apa Itu ShopeePay Travel eSim?

beli pakej internet roaming

ShopeePay Travel eSim adalah satu perkhidmatan digital yang membolehkan pengguna membeli dan menggunakan pelan data internet di luar negara tanpa perlu menukar kad SIM fizikal.

eSIM atau “embedded SIM” adalah cip kecil kekal yang sudah terbina dalam kebanyakan telefon pintar moden.

Dengan teknologi ini, anda tidak perlu lagi risau kehilangan SIM card utama, tidak perlu mengeluarkan alat untuk mengeluarkan kad SIM, dan tidak perlu membuang masa mencari kedai telekomunikasi di tempat yang asing. P

erkhidmatan ini sangat sesuai untuk pelancong yang mementingkan kemudahan dan kelajuan kerana keseluruhan proses dari pembelian sehingga aktivasi boleh dilakukan terus di dalam aplikasi ShopeePay.

Apa yang lebih menarik, pelan yang ditawarkan bermula serendah RM3.50, menjadikannya pilihan yang sangat kompetitif berbanding roaming antarabangsa dari penyedia tempatan yang lazimnya mengenakan caj yang jauh lebih tinggi.

Destinasi dan Pakej Data Yang Ditawarkan

Berdasarkan makluman terkini daripada ShopeePay, perkhidmatan Travel eSIM ini pada ketika ini boleh digunakan di beberapa destinasi utama Asia.

Antaranya termasuklah negara jiran seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia seterusnya negara Asia lain seperti Vietnam, Filipina, Macao, Jepun, Korea Selatan dan China.

Untuk pakej data, ShopeePay menawarkan dua jenis utama iaitu pakej data harian dan pakej data tetap.

Dari segi tempoh penggunaan, anda boleh memilih pelan yang fleksibel antara 1 hari sehinggalah 31 hari.

Setiap destinasi mungkin mempunyai variasi pakej yang berbeza seperti data terhad sebanyak 300MB sehari atau pakej data tanpa had untuk pengguna yang gemar melakukan penstriman video atau panggilan video yang kerap.

Dengan kepelbagaian ini, pengguna boleh memilih mengikut keperluan perjalanan sama ada untuk urusan kerja yang hanya memerlukan capaian ringan atau untuk percutian keluarga yang memerlukan banyak perkongsian foto dan video secara langsung.

Cara Membeli dan Mengaktifkan

beli ShopeePay Travel eSim

Proses untuk mendapatkan ShopeePay Travel eSim ini sangat mudah dan boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja.

Pertama, pastikan anda sudah memuat turun aplikasi ShopeePay versi terkini.

Seterusnya, log masuk ke akaun anda dan ikuti langkah-langkah berikut seperti yang dinyatakan di laman bantuan rasmi Shopee.

  1. Klik pada tab “Me”
  2. Kemudian tekan “See More” di bahagian Perkhidmatan Kewangan.
  3. Seterusnya, klik pada “Prepaid, Bills & Tickets” yang akan membawa anda ke laman utama Produk Digital.
  4. Klik “View All” dan pilih kategori “eSIM” di bawah bahagian Travel & Transportation.

Setelah memilih destinasi anda, anda akan melihat senarai pakej yang tersedia. Cuma pilih pakej yang diingini, tempoh penggunaan, dan teruskan ke proses pembayaran.

Selepas pembayaran berjaya, eSIM tersebut boleh diaktifkan dengan menekan butang “Activate eSIM Now” yang terdapat di halaman Butiran Pesanan.

Aktivasi ini boleh dilakukan sebelum berlepas atau sebaik sahaja tiba di destinasi, memberikan anda fleksibiliti sepenuhnya.

pengaktifan ShopeePay Travel eSim

Kelebihan Menggunakan eSIM

kelebihan eSim

Terdapat beberapa kelebihan utama menggunakan ShopeePay Travel eSim berbanding kaedah tradisional yang ramai sudah biasa gunakan.

Pertama, dari segi kos, pakej eSIM ini jauh lebih murah berbanding caj roaming antarabangsa yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan seperti Celcom, Maxis, atau Digi.

Selain itu, anda masih boleh menggunakan kad SIM fizikal utama anda secara serentak untuk menerima panggilan suara atau SMS penting dari Malaysia.

Ini kerana eSIM ini adalah data-only, di mana anda bebas menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, dan FaceTime untuk membuat panggilan suara atau video tanpa perlu risau tentang caj panggilan antarabangsa.

Kelebihan lain termasuklah sokongan untuk peribadi hotspot (perkongsian internet) jika rangkaian tempatan membenarkan, membolehkan anda berkongsi data dengan ahli keluarga yang lain.

Perlu diingat bahawa eSIM ini tidak menyokong panggilan suara biasa atau SMS tradisional kerana ia tidak disertakan dengan nombor telefon tempatan, namun untuk kebanyakan pelancong moden, ini bukanlah satu isu besar.

Artikel berkaitan: Senarai Kad Kredit Terbaik untuk Kaki Shopee & Lazada

Perkara Yang Perlu Disemak Sebelum Membeli

Sebelum anda membeli ShopeePay Travel eSim, ada beberapa perkara penting yang perlu disemak bagi memastikan peranti anda sesuai untuk menggunakan perkhidmatan eSim ini.

Tidak semua telefon pintar menyokong teknologi eSIM, terutamanya model-model lama.

  1. Untuk menyemak kompatibiliti, anda boleh dail kod *#06# pada telefon anda.
  2. Jika skrin memaparkan nombor EID (Embedded Identity Document), itu menandakan peranti anda menyokong eSIM.

Bagi pengguna iPhone, pastikan anda menggunakan iPhone XS atau model yang lebih baru.

  1. Pergi ke Settings > General > About, dan semak “Carrier Lock” seharusnya tertera “No SIM Restrictions”.
  2. Cari IMEI 15-digit di bawah bahagian “Available SIM” atau “Digital SIM”.

Untuk pengguna Android pula, anda boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Pergi ke Settings > Connections > SIM Manager atau Network & Internet
  2. Cari pilihan seperti “Add Mobile Plan” atau “Download a SIM instead”.

Perlu diingat juga bahawa peranti anda mesti tidak diikat (carrier-unlocked) dan tidak di-root atau di-jailbreak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Shopee.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut