Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 3 Ogos 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya permohonan STR Fasa 4, PPBU Bank Rakyat, bantuan Perumahan Kasih Johor, Dermasiswa B40 dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Dermasiswa B40 JPA Dibuka 3-16 Ogos

Berita baik! Permohonan Dermasiswa B40 kini dibuka untuk pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Universiti Awam (UA), Politeknik, TVETMARA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih di dalam negara.

Bidang penajaan berfokuskan kepada Kejuruteraan dan Teknikal/Teknologi, Sains, Sains Sosial/Sastera dan Seni Bina serta bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dikenal pasti mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Antara syaratnya ialah :

  • Menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama di mana- mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
  • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.

*NOTA: Walaupun ia dinamakan Dermasiswa B40, Program Dermasiswa B40 ni syaratnya PENDAPATAN PER KAPITA RM5,249 sebulan dan ke bawah, BUKAN pendapatan ISI RUMAH. Sebenarnya ramai yang layak walaupun M40 @ T20. Rujuk cara kiraan pendapatan per kapita :
-Pendapatan Per Kapita ni maksudnya jumlah pendapatan isi rumah yang dibahagi dengan bilangan tanggungan.
-Contoh : Gaji suami + isteri = RM8000, bilangan anak 2 orang.
Maka, jumlah tanggungan ialah 4 (sebab 2 orang anak + suami + isteri)
So pendapatan per kapita ialah RM8000 ÷ 4 = RM2000 = LAYAK MOHON sebab bawah RM5,249 per kapita

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel : Permohonan Dermasiswa B40 (DB40) 2026 Mulai 3-16 Ogos 2026

2. Permohonan Tentera Darat Mulai 3 Ogos – 3 September

Ada yang berminat sertai Tentera Darat Malaysia? Pendaftaran kini dibuka mulai 3 Ogos – 3 September 2026.

Banyak kelebihan kalau anda sertai ATM, antaranya :

  • Skim Berpencen
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Elaun Kepakaran
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Pelbagai Insentif Khas
  • Kenaikan tahunan mengikut pangkat
  • Kemudahan perubatan dan pergigian
  • Kemudahan pinjaman kewangan
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang menyertai misi luar negara

Syarat Asas Permohonan:

  • Calon serta Ibu atau Bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
  • Ketinggian Minima: Lelaki – 157 cm.
  • BMI – 18.0 hingga 28.0.
  • Umur – Mestilah tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun bagi calon lelaki pada 30 November 26.
  • Syarat Minima Kelayakan Akademik:
    • SPM – Lulus BM dan Sejarah.
    • SVM – PNGK Akademik 2.0 ke atas.

Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR dalam poster di atas.

3. Tarikh Akhir Permohonan STR Fasa 4 – Sebelum 30 September 2026

Belum membuat permohonan atau ingin mengemukakan rayuan? Jangan lepaskan peluang untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah sebelum 30 September 2026.

Berapa jumlah yang akan diterima untuk Fasa 4 nanti?

KADAR BAYARAN STR FASA 4

  • Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 dan ke bawah)
    • Kadar Bayaran: Sehingga RM500
  • Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
    • Kadar Bayaran: Sehingga RM250
  • Warga Emas (Pendapatan RM5,000 dan ke bawah)
    • Kadar Bayaran: RM150

Maklumat Tambahan:

  • Laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Penerima layak menerima manfaat sehingga RM2,200 setahun yang disalurkan secara berfasa mengikut kategori dan kelayakan STR.

4. Projek Rintis Had Laju Nasihat Minimum Dilaksana Mulai 1 Ogos

Tahukah anda, mulai 1 Ogos 2026, Had Laju Nasihat Minimum kini diperkenalkan sebagai projek rintis oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi menggalakkan pemanduan yang lebih teratur, lancar dan selamat di lebuh raya. Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang bertujuan untuk melancarkan aliran trafik harian.

Sumber: Malaysian Institute of Road Safety Research

Papan tanda Had Laju Nasihat Minimum ini menetapkan kelajuan minimum bagi setiap lorong, iaitu 60 km/j bagi lorong kiri, 80 km/j bagi lorong tengah dan 100 km/j bagi lorong kanan. Kenderaan berat pula hanya dibenarkan memotong menggunakan lorong tengah sebelum kembali ke lorong kiri, dan dilarang sama sekali menggunakan lorong kanan.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Melalui sistem ini, pemandu digalakkan memilih lorong yang bersesuaian dengan kelajuan pemanduan masing-masing supaya trafik menjadi lebih lancar.

Walaubagaimanapun, tiada penguatkuasaan khas berkaitan Had Laju Nasihat Minimum dan ia bukanlah ketetapan mandatori. Tiada saman hanya kerana tidak mencapai kelajuan minimum yang disyorkan.

5. Bantuan Perumahan Kasih Johor Dibuka Semula Mulai 3 Ogos – 31 Disember

Menteri Besar Johor telah bersetuju untuk membuka semula permohonan Perumahan Kasih Johor 2026 bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat yang layak untuk memohon bantuan yang disediakan.

Antara bantuan yang ditawarkan:

  • Bantuan Masuk Rumah Pertama – RM2,000
  • Bantuan Beli Rumah Pertama – RM5,000
  • Bantuan Sewa Rumah – RM2,500

 Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).

Orang ramai disaran membuat persediaan lebih awal dengan menyemak syarat kelayakan, melengkapkan borang yang diperlukan serta menyediakan dokumen berkaitan sebelum mengemukakan permohonan. Semoga inisiatif ini akan terus membantu meringankan beban rakyat serta memperkukuh usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan lebih ramai Bangsa Johor memiliki akses kepada bantuan perumahan yang diperlukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk artikel berikut : Perumahan Kasih Johor (2026) – Permohonan Baharu Mulai 3 Ogos

6. PPBU 2026 Bank Rakyat Dibuka 3-28 Ogos

Kalau tadi Dermasiswa B40 dibuka untuk Diploma, PPBU ini dibuka untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda!

Kelebihan & Syarat Utama:

  • Tiada faedah dikenakan
  • Peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda Sahaja
  • Kadar bayaran balik mengikut CGPA akhir

Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan:

  1. Pengajian Islam
  2. Pengurusan & Perniagaan
  3. Perakaunan
  4. Komunikasi & Media
  5. Teknologi Maklumat
  6. Pendidikan
  7. Sains Sosial

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2026 Yayasan Bank Rakyat akan dibuka pada 03 – 28 Ogos 2026. Jadi, jangan lupa mohon ya!

ppbu 2026

Maklumat lanjut, sila rujuk artikel : PPBU 2026 Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah

7. Cara Mohon Manfaat PERKESO Lindung 24 Jam

LINDUNG 24 Jam telahpun berkuat kuasa bermula 1 Jun 2026. Melalui inisiatif ini, banyak manfaat bakal dinikmati oleh pekerja tau! Tapi, ramai kurang pasti macam mana cara nak claim LINDUNG 24 Jam dengan PERKESO.

Melalui skim ini, terdapat beberapa faedah yang anda boleh tuntut sekirannya menepati syarat iaitu; 

  • Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)
  • Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
  • Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • Faedah Perubatan
  • Faedah Pemulihan 
  • Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
  1. Layari  Portal LINDUNG Faedah.
  2. Daftar Pengguna: Pastikan anda adalah Orang Berinsurans (OB) atau waris yang berdaftar untuk dapat mendaftar sebagai pengguna.
  3. Lengkapkan maklumat seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • No. Kad Pengenalan
    • Emel
    • Tetapkan Kata Laluan
  4. Tanda persetujuan syarat Pengguna
  5. Klik ’Daftar Akaun’ selepasmaklumat lengkap diisi.
  6. Pengguna akan menerima emel dan klik pautan yang diberikan untuk pengaktifan.
  7. Sistem akan auto keluarkan E-mel dan Kata Laluan pengguna, klik ’Log Masuk’
  8. Lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon, muat naik Gambar Kad Pengenalan Depan dan Belakang, ambil Gambar Swafoto dan pastikan muka di tengah bulatan hijau, tandakan kotak Pengesahan Pengisytiharan, klik butang ’Hantar’.

Okay, selesai pendaftaran dan kemaskini maklumat. Seterusnya, nak buat tuntutan faedah pula. Rujuk langkah-langkah di bawah:

  1. Untuk membuat permohonan tuntutan faedah, sila klik butang ’Permohonan Baru’ di ruangan ’Permohonan Faedah’
  2. Sila pilih ’Jenis Permohonan’.
  3. Kemudian, ikuti arahan selanjutnya, lengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat bank dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Pilih pejabat PERKESO berurusan yang berhampiran anda.
  4. Semak semula maklumat yang diisi dan klik Hantar.

Untuk panduan lebih lanjut, anda boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA PORTAL LINDUNG FAEDAH.

Nak tahu cara buat tuntutan faedah-faedah lain di bawah skim LINDUNG 24 Jam PERKESO? Jom tengok video atau baca panduan lanjut di sini : Terlibat Kemalangan Di Luar Waktu Kerja? Ini Cara Claim LINDUNG 24 Jam PERKESO

8. Program Bina Baharu Rumah Di Bandar KPKT

Selain Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu program iaitu Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR) bagi membantu golongan yang memerlukan memiliki kediaman yang lebih selamat, selesa dan berkualiti.

Menerusi program ini, rumah yang tidak lagi sesuai atau tidak ekonomik untuk dibaiki boleh dipertimbangkan bagi pembinaan rumah baharu melalui PBBR, tertakluk kepada syarat kelayakan. Jenis rumah yang layak untuk bina baharu ini adalah rumah sesebuah (landed property) sahaja dan rumah teres, berkembar dan rumah berstrata tidak dibenarkan.

Permohonan program ini boleh dibuat melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Untuk info lanjut, sila rujuk artikel : PBBR: Program Bina Baharu Rumah Di Bandar KPKT

9. Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2026 Fasa 2 akan dibuka mulai 1 Ogos 2026 menerusi pautan https://eagihan.e-maik.my/.

Untuk dermasiswa kali ini, permohonan dibuka kepada mereka yang melanjutkan pengajian ke IPT luar negara dan dalam negara.

Tarikh permohonan untuk Fasa 2 dibuka mulai 1 Ogos 2026 sehingga 31 Oktober 2026 secara atas talian.

Syarat Umum

Pemohon perlulah menepati syarat umum yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Pemohon termasuk ibubapa / penjaga beragama ISLAM.
  2. Pemohon termasuk ibubapa / penjaga merupakan warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastauntin menetap di Kelantan sahaja.
  3. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Jumlah pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan. (Pendapatan kasar)
  5. Tidak mendapat tajaan pembiayaan (termasuk pinjaman boleh ubah) atau dermasiswa atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bantuan kewangan/ pinjaman agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
  6. Pemohon bukan dalam kalangan penerima zakat mana- mana bantuan IPT atau dermasiswa dari MAIK pada tahun semasa atau / dan pada sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan dari tarikh dikreditkan bayaran.
  7. Permohonan adalah terbuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja (pengajian separuh masa atau part time atau setaraf atau pengajian berelaun adalah tidak layak memohon)
  8. Dermasiswa ini ditawarkan khusus kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sekurang-kurangnya Diploma dan/atau Ijazah pertama sahaja. (Program lain termasuk Sarjana (Master), Ijazah Kedoktoran (PhD), serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), sama ada di dalam atau luar negara, adalah tidak layak memohon.
  9. Baki tempoh pengajian pemohon hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tamat pengajian dan tarikh permohonan dihantar.
  10. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MAIK.

    Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

    Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

    Anda mungkin layak menerima bantuan.
    Semak Sekarang
    PENULIS
    Biografi User