Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Permohonan pengambilan murid Tingkatan 1 di bawah Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor Tahun 2027 boleh dibuat pada 7 September 2026 menerusi pautan http://yayasanselangor.org.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.

Apakah Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor?

Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia–Yayasan Selangor (RKPYS) merupakan komitmen berterusan Yayasan Selangor dalam memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh pelajar yang benar-benar layak.

Untuk tahun 2027, sebanyak 3,184 permohonan telah diterima dan daripada jumlah tersebut, seramai 496 pelajar terpilih telah ditempatkan di 28 buah sekolah tajaan.

Program ini memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan per kapita di bawah RM2,000 bagi memastikan peluang pendidikan yang adil dan inklusif.

Melalui RKPYS, pelajar menerima sokongan menyeluruh yang merangkumi kemudahan asrama penuh dan bantuan biasiswa bagi meringankan beban keluarga, di samping penekanan kepada pembangunan akademik serta sahsiah melalui bimbingan, program kecemerlangan dan bengkel pembangunan diri.

Kebajikan dan kemajuan pelajar turut dipantau secara berterusan melalui pelantikan penyelaras khusus di setiap sekolah tajaan.

Tarikh Permohonan

Permohonan kemasukan untuk Tahun 2027 boleh dibuat mulai 7 September 2026 sehingga 28 September 2026.

Penempatan Murid

Penempatan murid yang terpilih adalah sama ada:

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor
  • Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

i- Penempatan Murid Asrama Pusat 

Murid akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu : 

ASRAMA PUSATNAMA SEKOLAHJANTINA
AYSKSMK Tinggi Klang
SMK Methodist ACS, Klang
SMK Tengku Ampuan Rahimah
SMK (P) Methodist Klang
SMK  Convent Klang
SMK (P) Bukit Kuda
Lelaki
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
AYSSBSMK Ungku Aziz
SMK Seri Bedena
Lelaki
Lelaki

ii- Asrama Daerah Yayasan Selangor

Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.

Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

Murid tajaan ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor: 

DAERAHNAMA SEKOLAHJANTINA
SABAK BERNAMSMK Ungku Aziz
SMK Dato’ Mustaffa
SMK Sungai Besar
Perempuan
Perempuan 
Lelaki / Perempuan 
KUALA SELANGORSMK Dato’ Harun
SMK Pengkalan Permatang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU SELANGORSMK Kuala Kubu BharuLelaki / Perempuan
PETALINGSMK Damansara Utama (DLP)
SMK Shah Alam
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan
HULU LANGATSMK Tinggi Kajang
SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang 
SMK Jalan Tiga
Lelaki 
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan
KUALA LANGATSMK Banting
SMK Bukit Changgang
SMK Telok Panglima Garang
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan 
Lelaki / Perempuan
SEPANGSMK Seri SepangLelaki / Perempuan

    Asrama daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terdiri daripada :

    NAMA SEKOLAHJantina
    SMK Aminuddin BakiPerempuan
    Victoria InstitutionLelaki

    iii- Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

    Murid tajaan akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

    Murid berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing dan akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut

      NEGERINAMA SEKOLAHJANTINA
      SELANGORSMK (P) Sri Aman
      SMK (P) Assunta
      SMK (L) Bukit Bintang
      Perempuan 
      Perempuan 
      Lelaki
      WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURSMK Aminuddin BakiLelaki
      Lelaki / Perempuan
      Perempuan

      Syarat Kelayakan

      Permohonan dibuka mengikut kriteria ditetapkan seperti berikut:

      1. Mendapat sekurang-kurangnya TP3 dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
      2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar).
      3. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah) kurang daripada RM2,000 sebulan.
      4. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
      5. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

      Cara Memohon

      Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang Yayasan Selangor iaitu di pautan yayasanselangor.org.my

        Pemohon juga perlu melengkapkan dokumen yang diperlukan:

        • Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga –1 salinan
        • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 1 salinan    
        • Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) sekiranya ada – 1 salinan
        • Sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sekiranya ada – 1 salinan
        • Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. – 1 salinan . Bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan (borang pengesahan pendapatan boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor)
        • Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa – 1 salinan. Bagi pemohon ATAU ibu ATAU bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin (borang pengesahan Pemastautin boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor).
        • Sijil Kematian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah meninggal dunia) – 1 salinan
        • Sijil Perceraian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah bercerai) – 1 salinan

        Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional/ PengerusiJKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/ Penghulu/ Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya.

        Soalan Lazim

        Apakah yang dimaksudkan dengan Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor?

        Program ini merupakan yang memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan per kapita di bawah RM2,000 bagi memastikan peluang pendidikan yang adil dan inklusif.

        Apakah keistimewaan yang bakal dinikmati menerusi Program ini?

        Pelajar menerima sokongan menyeluruh yang merangkumi kemudahan asrama penuh dan bantuan biasiswa bagi meringankan beban keluarga, di samping penekanan kepada pembangunan akademik serta sahsiah melalui bimbingan, program kecemerlangan dan bengkel pembangunan diri. Selain itu, kebajikan dan kemajuan pelajar turut dipantau secara berterusan melalui pelantikan penyelaras khusus di setiap sekolah tajaan.

        Bilakah tarikh permohonan kemasukan dibuka?

        Permohonan kemasukan untuk Tahun 2027 boleh dibuat mulai 7 September 2026 sehingga 28 September 2026.

        Bagaimanakah penempatan murid yang terpilih dalam program ini?

        – Asrama Pusat Yayasan Selangor
        – Asrama Daerah Yayasan Selangor
        – Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

        Berapakah pendapatan perkapita keluarga pemohon yang layak memohon?

        Pendapatan per kapita pemohon (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah) mestilah kurang daripada RM2,000 sebulan.

        Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

        Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang Yayasan Selangor iaitu di pautan yayasanselangor.org.my

        Maklumat Lanjut

        Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://yayasanselangor.org.my/rkpys/ atau sila hubungi pihak Yayasan Selangor melalui saluran berikut:

        BAHAGIAN 
        PENGURUSAN OPERASI PENDIDIKAN
        YAYASAN SELANGOR

        Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
        No. 18A, Persiaran Barat,
        46000 Petaling Jaya,
        Selangor Darul Ehsan
        Tel: 03-7669 1218 / 141 / 150 / 158 / 211 / 217 / 250
        Emel : [email protected]

        Baca juga: epkhas KPM – Permohonan Tingkatan 1 & 4 Pendidikan Khas 2027

        Penulis