Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 18 Mei 2026.
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Paduri Madani, MyLesen B2S, Bantuan Kasih Johor, SKAS Fasa 2, Agronita, dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Paduri Madani
Skim PADURI MADANI memperuntukkan RM230 juta bagi melahirkan 29,000 usahawan wanita baharu dalam kalangan B40 melalui peluang keusahawanan yang lebih inklusif dan menyeluruh.
Inisiatif ini turut membuka peluang kedua kepada wanita termasuk yang pernah disenarai hitam atau muflis untuk membina masa depan keluarga yang lebih baik.
Melalui inisiatif ini, lebih banyak peluang dapat dibuka kepada sahabat AIM khususnya golongan wanita dan keluarga berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan, memperkukuh perniagaan kecil serta meningkatkan taraf hidup demi masa depan yang lebih sejahtera.

Kategori Pembiayaan Paduri Madani
Skim ini terbahagi kepada beberapa kategori utama bagi memudahkan pemohon mengikut kesesuaian perniagaan:
1. Kategori Ekonomi (Pembiayaan RM3,000 hingga RM30,000)
- i-Paduri Mesra
- i-Paduri Srikandi
- i-Paduri Muda
2. Kategori Sosial (Pembiayaan sehingga RM15,000)
- i-Paduri Penyayang
- i-Paduri Wibawa
- i-Paduri Sejahtera
- i-Paduri Bestaru

Selain itu, PADURI MADANI bukan sekadar skim pembiayaan, malah menjadi pemangkin kepada usaha membina kehidupan yang lebih baik untuk keluarga dan komuniti.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, sila rujuk laman rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia.
2. MyLesen B2S
Berita baik! Pelajar sekolah Tingkatan 4 & 5 kategori B40 bakal terima lesen percuma melalui Program MyLesen B2 Sekolah @ MyLesen B2S!
Program MyB2S 2026 merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu pelajar sekolah mendapatkan lesen motosikal B2 secara sah dan percuma.
Program kerjasama JPJ dan KPM ini menyasarkan 60,000 pelajar dengan peruntukan RM18.5 juta bagi meningkatkan keselamatan jalan raya serta mengurangkan isu pelajar menunggang tanpa lesen.
Inisiatif strategik JPJ dan KPM ini turut memperkukuh budaya keselamatan jalan raya serta meningkatkan kesedaran dan pematuhan undang-undang.
Untuk makluman, program ini melengkapi pelaksanaan program MyLesen B2 yang sedia ada.

3. Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor (BRAIS)
Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) merupakan penjenamaan semula bagi program Bantuan Khas ANIS (BKA) bagi memperkukuh penyampaian bantuan kepada insan istimewa di Selangor melalui pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif.
Program ini merangkumi lima (5) kategori bantuan yang bertujuan meringankan tanggungan keluarga penerima manfaat melalui pelaksanaan inisiatif yang lebih bersasar dan praktikal.
Kategori bantuan yang ditawarkan:
- Yuran pusat terapi
- Ubat-ubatan / Makanan tambahan / Keperluan khas
- Peralatan khas
- Yuran persekolahan
- Fasiliti tandas kediaman
Syarat & Kelayakan
- Pemohon (Ibu Bapa/Penjaga/Individu OKU) adalah Warganegara Malaysia
- Pemohon (Ibu Bapa/Penjaga/Individu OKU) adalah pengundi Selangor
- Penerima manfaat adalah berumur 60 tahun ke bawah
- Penerima manfaat mempunyai kad OKU yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
*Nota: Sekiranya terdapat maklumat palsu atau tidak lengkap, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Permohonan akan dibuka mulai 1 Jun 2026.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yayasan Insan Istimewa Selangor di pautan https://www.yanis.org.my/brais
4. Subsidi Yuran Anak Autisme 2026
Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka semula bermula 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026 bagi membantu meringankan kos pembelajaran anak-anak autisme.
Melalui inisiatif ini, bantuan sebanyak 𝐑𝐌𝟏,𝟎𝟎𝟎 secara one-off diberikan kepada anak autisme yang layak bagi menyokong akses kepada pembelajaran dan intervensi awal yang berkualiti.
Syarat kelayakan utama:
- Warganegara Malaysia
- Anak autisme pemegang Kad OKU JKM berumur bawah 18 tahun
- Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
- Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah

Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa kita. Untuk memohon, sila scan kod QR dalam poster atau rujuk artikel berikut : Permohonan Subsidi Anak Autisme 2026 (15 Mei- 15 Julai)
5. SKAS Fasa 2
Berita baik untuk penerima SKAS FASA 2 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) bagi tahun 2026!
Bantuan ini telahpun disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada 15 Mei 2026, iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha dan perayaan Gawai 2026. Bantuan SKAS akan dikreditkan terus menerusi platform SPay Global bagi memastikan proses agihan yang lebih pantas, telus dan selamat.
Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi Kerajaan Sarawak iaitu https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/.
Berikut ialah kadar bantuan untuk Fasa 2:
| Kategori | Pendapatan Bulanan | Jumlah Fasa 2 |
| Isi Rumah | ≤ RM5,000 | RM424 |
| Warga Emas (Tunggal) | ≤ RM5,000 | RM234 |
| Individu Bujang | ≤ RM2,500 | RM150 |

6. AGRONITA: Pembiayaan Khas Usahawan Mikro Wanita
AGRONITA ialah pembiayaan khusus kepada usahawan mikro wanita bagi tujuan modal pusingan atau pembelian/pembangunan aset tetap bagi memenuhi keperluan perniagaan.
Tujuan pembiayaan ini diwujudkan adalah untuk:
- Kos operasi perniagaan
- Pembelian atau Pembangunan Aset Tetap bagi menyokong keperluan perniagaan berasaskan makanan
- Aktiviti pertanian
- Modal pusingan

Had pembiayaan yang ditetapkan adalah:
- Minimum: RM1,000
- Maksimum: RM100,000
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun dengan kadar keuntungan serendah 4.75% setahun.
Untuk membuat permohonan, pemohon boleh membuat permohonan dengan mengunjungi cawangan Agrobank terdekat.

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




