Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Anak Autisme 2026 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini rasmi dibuka semula bermula 15 Mei 2026 sehingga 15 Julai 2026.
Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk semakan syarat dan borang permohonan.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk insentif one-off (sekali bayar) sebanyak RM1,000 bagi meringankan kos terapi dan program intervensi awal kanak-kanak autisme yang layak.
Apa Itu Subsidi Anak Autisme 2026?
Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 adalah bantuan kewangan khas daripada kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan ini diberikan secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM1,000 bagi setiap anak autisme yang layak.
Tujuan utamanya adalah untuk membantu ibu bapa menampung kos pendidikan, yuran terapi, dan Program Intervensi Awal (EIP) yang biasanya memerlukan perbelanjaan tinggi setiap bulan.
Info Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026
- Bentuk Bantuan: Insentif tunai RM1,000 sekaligus (bukan bulanan).
- Kumpulan Sasar: Kanak-kanak autisme berumur di bawah 18 tahun yang berdaftar dengan JKM.
- Objektif: Meringankan beban sara hidup keluarga dalam menyediakan akses intervensi awal yang berkualiti untuk perkembangan anak.
- Tempoh Permohonan: Dibuka dari 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026.

Syarat Permohonan
Untuk mendapatkan subsidi ini, pemohon perlu memastikan anak mereka memenuhi syarat asas yang ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):
 Syarat kelayakan utama
- Warganegara Malaysia
- Anak autisme pemegang Kad OKU JKM berumur bawah 18 tahun
- Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
- Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertaulia – Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA); Pusat yang memberi perkhidmatan terapi / Program Intervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak Autisme.
Contoh Pengiraan Pendapatan Perkapita
Cara mengira kelayakan pendapatan anda:
- Contoh : Pendapatan Isi Rumah RM8500, ahli keluarga 5 orang.
- Cara kiraannya adalah RM21000 ÷ 5 orang = RM4,200
- LAYAK menerima subsidi ✅
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 adalah RM1,000 secara one-off (sekali bayar) bagi setiap kanak-kanak yang layak.
- Per Anak: Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak autisme yang memenuhi syarat, permohonan boleh dibuat untuk setiap anak.
- Bukan Bulanan: Bantuan ini dibayar satu kali sahaja untuk tahun 2026, bukannya bantuan elaun bulanan.
Kaedah pembayaran bagi insentif Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 adalah melalui pembayaran secara pengkreditan terus (Direct EFT).
Wang bantuan RM1,000 akan dikreditkan secara terus (direct bank transfer) ke dalam akaun bank milik ibu bapa atau penjaga sah yang memohon.
Anda wajib mengisi maklumat bank yang aktif serta melampirkan salinan penyata akaun bank semasa menghantar borang permohonan untuk mengelakkan kegagalan transaksi.
Cara Mohon Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2026
Borang Permohonan dan Garis Panduan boleh didapati melalui laman portal www.jkm.gov.my atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Bahagian / Jajahan yang berhampiran.
Rujuk cara-cara permohonan subsidi yuran pembelajaran anak autisme 2026 di bawah:
- Isi Borang Permohonan: Dapatkan borang melalui laman web JKM atau Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran. (Anda boleh muat turun borang YPA 1 di bawah).
- Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA): Serahkan borang ke PUSPA anak anda.
- Pengesahan Pihak PUSPA & Serahan ke JKM: PUSPA menghantar borang yang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
- Proses Kelulusan: Tunggu proses semakan dan kelulusan rasmi daripada pihak JKM.
Dokumen Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon (ibu/bapa/penjaga)
- Salinan kad pengenalan/MyKid/ sijil kelahiran anak/ sijil anak angkat kanak-kanak Autisme.
- Salinan kad OKU kanak-kanak Autisme.
- Salinan resit bayaran yuran/ pengesahan pendaftaran mengikuti program di Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA).
- Salinan penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga dan ahli serumah atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ ketua kampung/ Penghulu/ JKKKK bagi individu yang tidak mempunyai penyata pendapatan.
- Salinan sijil kelahiran/kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.
Proses Permohonan
Aliran proses permohonan adalah seperti berikut:
- Edaran: Borang YPA1 boleh dimuat turun melalui portal rasmi JKM atau diperolehi dari pihak PUSPA masing-masing.
- Pengisian: Ibu/bapa/penjaga melengkapkan Borang YPA1 dan mengembalikannya kepada PUSPA berserta dokumen sokongan yang diperlukan (berdasarkan senarai semak Lampiran 1).
- Penyerahan Kelompok: Pihak PUSPA akan mengumpulkan Borang YPA1 (daripada ibu/bapa/penjaga), melengkapkan Borang YPA2, Lampiran 1 dan Lampiran 2, kemudian menyerahkan kesemuanya kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
- Semakan & Ringkasan: Pihak JKM akan menyemak semua dokumen tersebut dan menyediakan Borang YPA3 bagi tujuan proses kelulusan.
Tarikh Permohonan
Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme 2026 dibuka dalam tempoh berikut:
- 15 Mei 2026 sehingga 15 Julai 2026
Muat Turun Borang & Lampiran
Muat turun borang dan lampiran yang diperlukan untuk memohon Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2026 di bawah:
Borang YPA1
- Borang Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme Ibu Bapa/Penjaga.
- Borang ini perlu diisi dan dilengkapkan oleh ibu/bapa/penjaga.
- Ibu/bapa/penjaga menyerahkan Borang YPA1 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan kepada pihak PUSPA.
Dokumen sokongan:
- Salinan kad pengenalan pemohon (ibu/bapa/penjaga)
- Salinan kad pengenalan/MyKid/ sijil kelahiran anak/ sijil anak angkat kanak-kanak Autisme.
- Salinan kad OKU kanak-kanak Autisme.
- Salinan resit bayaran yuran/ pengesahan pendaftaran mengikuti program di Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA).
- Salinan penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga dan ahli serumah atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ ketua kampung/ Penghulu/ JKKKK bagi individu yang tidak mempunyai penyata pendapatan.
- Salinan sijil kelahiran/kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.
Borang YPA2
- Borang Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA).
- Borang ini perlu diisi dan dilengkapkan oleh pihak PUSPA.
- Pihak PUSPA menyerahkan dokumen di bawah ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat pada atau sebelum 15 Julai 2026:
- Borang YPA2
- Borang YPA1
- Dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam Lampiran 1.
- Senarai permohonan kanak-kanak (Lampiran 2).
Lampiran 1 (Senarai Semak)
- Panduan dokumen sokongan yang wajib disediakan oleh PUSPA dan ibu/bapa/penjaga bagi memastikan permohonan adalah lengkap.
Lampiran 2 (Senarai Kanak-Kanak Autisme)
- Senarai nama kanak-kanak Autisme yang disediakan oleh pihak PUSPA untuk penyerahan secara kelompok kepada JKM.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) ringkas dalam lampiran di bawah:
Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi :
- Telefon : 03- 8323 2484 / 03-8323 2476 (waktu pejabat)
- Emel : [email protected]
- Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Layari portal rasmi JKM di www.jkm.gov.my.
Soalan Lazim Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2026
Rujuk soalan lazim di bawah:





Bantuan Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2026 ialah bantuan kewangan sekali beri (one-off) sebanyak RM1,000 untuk menampung kos yuran pembelajaran anak autisme.
Permohonan dibuka dari 15 Mei 2026 sehingga 15 Julai 2026.
– Warganegara Malaysia, berumur bawah 18 tahun, dan mempunyai Kad OKU (kategori autisme).
– Pendapatan per kapita keluarga (gaji kasar dibahagi jumlah ahli rumah) tidak lebih RM5,000 sebulan.
– Anak mesti berdaftar di Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme (PUSPA) yang diiktiraf.
Semua borang (YPA1 dan YPA2) serta senarai semak (Lampiran 1 dan Lampiran 2) boleh didapati/ dimuat turun atau dapatkan melalui:
– Portal rasmi JKM.
– Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Perlis / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan.
– Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian / Cawangan (PKMD/J/B/C) yang berdekatan.
Anda juga boleh muat turun terus borang di atas (rujuk bahagian: Muat Turun Borang & Lampiran)
Anda perlu bertanya terus kepada pihak pengurusan pusat terapi tersebut. Mereka mestilah berdaftar di bawah JKM dan mempunyai Borang YPA 2 yang sah untuk subsidi ini.
Ibu bapa yang bekerja sendiri, peniaga kecil, atau tidak bekerja perlu mendapatkan Borang Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Ketua Kampung, Penghulu, atau Pegawai Profesional Kumpulan A.




