Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 11 Mei 2026.
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, Geran Bantuan Ke IPT Yayasan Pahang, Geran Women Biz Entrepreneurship KEDA dan GeRAK (Geran Usahawan Perak Sejahtera). Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Servis Ihsan Madani
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Program Servis Ihsan Madani@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX) sempena Hari Raya Aidiladha 2026 yang menyasarkan pemberian manfaat kepada golongan sasar melalui penjimatan kos penyelenggaraan kenderaan.
Pengguna boleh menikmati penjimatan 10%-30% bagi pakej penyelenggaraan termasuk minyak pelincir mineral, semi sintetik dan mineral berbanding harga pasaran semasa bermula pada 10 -25 Mei 2026 di 96 buah bengkel PETRONAS AutoExpert di seluruh negara.
Tempahan slot janji temu dibuka mulai 12 Mei 2026 dan orang ramai digalakkan untuk membuat tempahan servis kenderaan lebih awal melalui aplikasi Setel.




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, sila rujuk Laman Rasmi KPDN.
2. Semakan Pelatih PLKN Siri 3
SEMAKAN PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0) SIRI 3 TAHUN 2026 DIBUKA BERMULA 11 MEI 2026
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) ingin memaklumkan bahawa, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 3 TAHUN 2026 akan diadakan bermula pada 11 JULAI 2026 sehingga 24 OGOS 2026 melibatkan tiga buah kem Askar Wataniah (AW) iaitu Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur; Rejimen 505 (AW), Pekan Pahang; dan Rejimen 504 (AW), Bukit Keteri, Perlis.
Sehubungan dengan itu, semakan kepada bakal pelatih (SIRI 3/2026) bagi daftar KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan bermula seperti ketetapan berikut:
TARIKH :
- 11 MEI (ISNIN) | MASA: JAM 03.00 PETANG
- Laman Sesawang / Pautan Sistem ePLKN 3.0: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
Bagi memastikan proses kelancaran pendaftaran dan pentadbiran, para pelatih yang TERPILIH selepas melakukan semakan perlu membuat PENGESAHAN KEHADIRAN melalui sistem ePLKN 3.0 selewat-lewatnya pada 19 JUN 2026. Bagi siri-siri latihan PLKN seterusnya pihak JLKN akan memaklumkan secara berperingkat kelak dan bakal pelatih diingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman di saluran rasmi JLKN untuk menyemak sistem ePLKN dari masa ke semasa.

3. KWSP Perkenal i-Legasi & i-Emas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan ahli, termasuk pengenalan i-Legasi, penjenamaan semula kaedah bayaran bulanan bagi Pengeluaran Umur 55/60 Tahun sebagai i-Emas, dan pelancaran Kalkulator Matlamat Persaraan. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KWSP dalam menyokong ahli untuk mengumpul simpanan, mengurus dan memastikan kelangsungan pendapatan persaraan, serta memperkukuh jaminan kewangan merentas generasi.
Apa itu i-Legasi dan i-Emas?
i-Legasi: Memacu Kesejahteraan Kewangan Merentas Generasi
Kemudahan i-Legasi membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan KWSP kepada akaun KWSP ahli keluarga terdekat setelah mencapai umur pengeluaran penuh. Jumlah pemindahan adalah selaras dengan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA), dengan hanya baki simpanan melebihi tahap Simpanan Mencukupi yang layak untuk dipindahkan.
Pemindahan ini dibuat daripada simpanan yang boleh dikeluarkan dan akan dikreditkan ke dalam akaun persaraan penerima, yang bertujuan untuk simpanan jangka panjang. Pemindahan dibuat daripada Akaun 55 pemberi, atau Akaun Emas bagi ahli berumur 60 tahun ke atas, ke Akaun Persaraan penerima, atau Akaun Emas bagi penerima berumur 55 hingga 59 tahun, bagi memastikan simpanan terus terpelihara untuk persaraan.

i-Emas: Memperkukuh Jaminan Pendapatan Persaraan
Kemudahan kaedah bayaran bulanan melalui Pengeluaran Umur 55/60 Tahun sedia ada kini dijenamakan semula sebagai i-Emas, bagi menekankan kepentingan pengurusan simpanan persaraan sebagai sumber pendapatan yang mampan. Berbanding dengan pengeluaran simpanan secara penuh apabila mencapai usia 55/60 tahun, ahli boleh memilih kaedah bayaran bulanan secara automatik melalui i-Emas, sekali gus membolehkan baki simpanan mereka terus menerima dividen tahunan.

Nak tahu lebih lanjut tentang semua skim KWSP, boleh rujuk artikel berikut: 9 Jenis Skim KWSP 2026 – Syarat & Faedah Caruman
4. Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
PERMOHONAN RUMAH HARAPAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN 2026 (FASA 2) KINI DIBUKA
Rebut peluang memiliki rumah mampu milik dengan harga serendah RM85,000 melalui Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan.
Antara kelebihan program:
- Harga seunit RM85,000
- Deposit hanya 5%
- Pembiayaan tanpa faedah
- Bayaran balik serendah RM270 sebulan
- Tempoh pembiayaan sehingga 25 tahun
Tempoh Permohonan: 6 Mei 2026 hingga 30 Jun 2026


Permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pautan berikut atau rujuk lampiran PDF yang disediakan: https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan
5. Kerajaan Teliti Tarik Balik Subsidi BUDI95 Untuk T20 / T15
Media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai reaksi setelah Kerajaan mengumumkan bahawa MTEN kini sedang meneliti cadangan untuk menyemak semula pemberian subsidi minyak yang turut dinikmati golongan kaya.
Menurut sumber dari Berita RTM, Kerajaan sedang memperhalusi mekanisme supaya tidak membebankan golongan pertengahan atasan dan agar pelaksanaan mudah serta berkesan.
Namun, belum diputuskan sama ada penyasaran melibatkan kumpulan T20 atau T15.
Datuk Seri Anwar mengulas isu ini selepas Majlis Ramah Mesra di Universiti Malaya dan menjawab gesaan Pemuda UMNO supaya golongan kaya dikecualikan subsidi RON95.

6. Semakan Bantuan Kasih Johor Mulai 14 Mei 2026
Take note semua!
Semakan penerima berjaya untuk BKJ boleh dibuat bermula 14 Mei 2026 dan tempoh rayuan dibuka pada 1 – 14 Jun 2026.

Bagi yang belum tahu, Bantuan Kasih Johor telah memperuntukkan 22 jenis bantuan untuk pelbagai golongan lapisan masyarakat di negeri itu.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk : Bantuan Kasih Johor 2026 (Fasa 4) – Semakan & Inisiatif BKJ
7. Geran Women Biz Entrepreneurship KEDA
Wanita di Negeri di dalam Wilayah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) adalah dialu-alukan untuk memohon Geran Women Biz Entrepreneurship KEDA menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdrFK3YB0VSXtdq8HfZieafLs8m2dAnWHZm9XX9RdLI5IIw4A/viewform.
Setiap kumpulan wanita yang memohon akan menerima bantuan bernilai sehingga RM200,000. Pemohon perlu mengemukakan rancangan perniagaan mereka seperti berikut:
- Ringkasan Eksekutif:Â Ringkasan padat mengenai keseluruhan rancangan. Perihal Perniagaan: Visi, misi, objektif, dan bentuk perniagaan.
- Organisasi & Pengurusan:Â Struktur organisasi, pasukan pengurusan, dan peranan mereka.
- Analisis Pasaran:Â Kajian pesaing, pelanggan sasaran, dan trend pasaran.
- Strategi Pemasaran & Jualan:Â Pelan untuk menarik dan mengekalkan pelanggan (4P: Product, Price, Place, Promotion).
- Perancangan Operasi:Â Pengurusan harian, lokasi, dan proses pengeluaran/penyediaan perkhidmatan.
- Perancangan Kewangan:Â Ramalan jualan, penyata untung rugi, kunci kira-kira, aliran tunai, dan keperluan pembiayaan.
- Analisis SWOT:Â Kekuatan (Strengths). Kelemahan (Weaknesses). Peluang (Opportunities). dan Ancaman (Threats).
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 20 Mei 2026 (Rabu).

8. Geran Padanan Ihsan SSPN Prime
Ibu ayah tahu tak?
Golongan isi rumah dengan pendapatan sekitar RM4,001 hingga RM6,000 sebulan kini berpeluang menerima manfaat melalui inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI).
Menariknya, Kerajaan menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 untuk membantu meningkatkan simpanan pendidikan anak-anak.
Dengan Simpan SSPN Prime, setiap simpanan yang dibuat hari ini boleh menjadi langkah awal untuk persediaan pendidikan mereka pada masa akan datang.
Jangan tunggu lama-lama. Mulakan simpanan sekarang demi masa depan anak kalian.
Info lanjut:
https://www.ptptn.gov.my/insentif-pembiayaan-ptptn-dan…/

9. GeRAK+: Geran Usahawan Perak Sejahtera
Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) menawarkan Geran Usahawan Perak Sejahtera 2026 (GeRAK+) khusus untuk usahawan PMKS, peniaga, penjaja dan usahawan informal di Negeri Perak.
Tarikh permohonan dibuka mulai 2 Mei 2026 sehingga 2 Jun 2026. Jumlah bantuan yang diberikan menerusi geran ini adalah sehingga RM5,000.
Permohonan bagi geran ini boleh dilakukan di laman sesawang https://step.perak.my/sme/.


10. Geran Bantuan Ke IPT Pahang
Masuk IPT tapi risau dengan kos permulaan pengajian?
Jangan risau, Yayasan Pahang sedia membantu anak-anak Pahang melalui Geran Bantuan Ke IPT bagi Kemasukan Kali Pertama.
Permohonan mudah, cepat dan boleh dibuat secara dalam talian sahaja — tak perlu hadir ke pejabat!
Semak kelayakan anda:
- Anak Pahang
- Pelajar baharu IPT
- Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan
Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Mohon sekarang di www.yp.org.my
Peringatan: Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kategori, jadi pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum dihantar.
Jangan lepaskan peluang ini — ringankan beban, teruskan impian!

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




