Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Tahukah anda, Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.
Jangan lepaskan peluang untuk menerima manfaat pendaftaran syarikat secara percuma ini!
Rujuk syarat dan cara permohonan dalam penerangan di bawah:
Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)?
Inisiatif SSM mendaftarkan perniagaan usahawan kumpulan B40 & pelajar IPT sepenuh masa secara percuma menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Melalui skim ini, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:
| Bil | Perkara | Pengecualian Fi |
| 1. | Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau | RM30 |
| 2. | Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan | RM60 |
| 3. | Cetakan maklumat | RM10 |
Mereka yang layak boleh membuat permohonan boleh dibuat secara online menerusi Portal rasmi ezbiz.ssm.com.my
Kelayakan Daftar SSM Percuma SPPP
Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:
KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40
- (a) Pemegang MyKad/MyPR;
- (b) Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- (c) Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
- (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
KATEGORI PELAJAR IPTA/S
- (a) Pemegang MyKad/MyPR;
- (b) Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- (c) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Baca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat

Pendaftaran Perniagaan Percuma Kini 2 Tahun
Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu individu memulakan perniagaan tanpa beban kos pendaftaran.
Tempoh Pendaftaran Dilanjutkan
Melalui inisiatif ini, tempoh pendaftaran percuma dilanjutkan daripada satu (1) tahun kepada dua (2) tahun.
Ini memberi lebih masa dan peluang kepada usahawan baharu untuk membangunkan perniagaan mereka dengan lebih stabil. Inisiatif ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.
Golongan Sasaran
SPPP mensasarkan:
- Usahawan daripada kumpulan B40
- Pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS
- Pelajar Politeknik, Kolej, Institut Kemahiran dan Pusat Kemahiran
Semua golongan ini layak mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Pengecualian Fi Pendaftaran
Melalui skim ini, pengecualian fi diberikan seperti berikut:
- RM120 bagi pendaftaran menggunakan nama tred
- RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri
- RM10 bagi cetakan maklumat perniagaan
Ini bermaksud kos pendaftaran dapat dijimatkan sepenuhnya.

Cara Pendaftaran SSM Percuma Untuk B40 & Pelajar
Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my.
Berikut adalah langkahnya:
SSM ke arah pelaksanaan perkhidmatan secara dalam talian (online) sepenuhnya bagi urusan berikut :
- Pendaftaran Perniagaan
- Pembaharuan Perniagaan
- Pembayaran kompaun lewat pembaharuan
- Penukaran maklumat pendaftaran
- Penutupan perniagaan (perniagaan masih aktif sahaja)
- Sila layari pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama sebagai pengguna EzBiz melalui – http://ezbiz.ssm.com.my
- Untuk pengaktifan ID ezbiz boleh menggunakan cara > login portal ezbiz > user profile > user verification request > add new
- Lampirkan dokumen seperti diminta
- Untuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan.
- Nama sendiri sebagai nama perniagaan *contoh ALI BIN ABU* Jika pemohon menggunakan nama sendiri seperti di MYKAD/MYPR sebagai nama perniagaan.Fi pendaftaran RM30.00 + Maklumat Perniagaan RM10.00
- Nama tred sebagai nama perniagaan *contoh ali maju boutique*Fi pendaftaran RM60.00 + Maklumat Perniagaan RM10.00
Maklumat / dokumen yang diperlukan
Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke [email protected].
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage
Soalan Lazim Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran.
Berkuatkuasa pada 22 Disember 2020, skim ini dibuka kepada golongan usahawan belia dan ibu tunggal dalam kumpulan berpendapatan B40 bersama-sama dengan golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi.
Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM ini dilancarkan dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan.
Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) ini diberikan untuk tempoh dua tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) bermula 1 Jun 2026. Sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:
(a) Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun;
(b) Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; dan
(c) Cetakan maklumat – RM10.
(a) Kategori Usahawan Kumpulan B40:
Pemegang MyKad/MyPR berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
Penerima/pasangan yang menerima bantuan khas kerajaan melalui MOF/LHDN yang memanfaatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Skim Perlindungan kesihatan takaful (mySalam) dan lain-lain; dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
(b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
Pemegang MyKad/MyPR berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu. Sila rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz dan Tatacara Pengguna Ezbiz Pendaftaran Perniagaan Baru (Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma). Dokumen yang perlu dilampirkan semasa memajukan permohonan SPPP adalah:
4.1 Dokumen bagi Usahawan Kumpulan B40:
Bukti pengesahan menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atas nama sendiri atau No. Mykad/MyPR pemohon.
4.2 Dokumen bagi Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.
Tidak layak. Skim ini khas untuk usahawan yang mempunyai rekod sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Setiap individu hanya layak untuk menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.
Tidak layak. Hanya individu yang mempunyai rekod di pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) atau mySalam sahaja dibenarkan. Setiap individu hanya layak menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.
Anda layak. Hanya pasangan kepada individu yang mempunyai rekod di pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) atau mySalam sahaja yang dibenarkan. Setiap individu hanya layak menikmati skim ini untuk sekali permohonan sahaja.
Tidak layak. Pendaftaran perniagaan secara perkongsian melalui skim ini hendaklah terdiri daripada rakan kongsi dari kategori kumpulan yang layak. Setiap individu akan hilang kelayakan selepas menggunakan skim ini kerana skim ini hanya boleh digunakan untuk satu kali pendaftaran perniagaan sahaja.
Tidak layak. Hanya individu dari golongan Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT yang tidak mempunyai entiti perniagaan yang masih aktif di pangkalan data SSM sahaja yang layak memohon.








