PERMOHONAN & SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6
Setiap tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam.
Permohonan dan semakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam secara atas talian atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 sesi 2026 bagi pelajar lepasan SPM 2025.
Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2026
Tarikh rasmi tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 boleh diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tarikh keputusan akan dimaklumkan melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (https://www.moe.gov.my/)
Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM
NOTA: Semakan keputusan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan Enam Semester 1 bagi tahun 2026 masih belum dibuka.Â
Berikut adalah cara untuk membuat semakan tawaran Tingkatan 6:
- Layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://sst6.moe.gov.my/
- Isikan nombor kad pengenalan
- Klik butang semakan
- Keputusan anda akan dipaparkan
- Cetak keputusan untuk digunakan semasa melapor diri

Panduan Mendaftar Tingkatan 6 & Maklumat Lapor Diri
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.
Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
CARA MENDAFTAR TINGATAN 6 SEMESTER 1
- Semakan tawaran ke Tingkatan 6 Semester 1 boleh dibuat melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my/
- Klik setuju terima tawaran.
- Cetak surat tawaran anda.
- Sediakan semua salinan dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran seperti yang tertera pada surat tawaran.
- Daftar diri di sekolah/ pusat Tingkatan 6 yang ditawarkan seperti tertera pada surat tawaran.
- Sila bawa semua salinan dokumen yang diperlukan semasa mendaftar.
- Pastikan anda mendaftar dengan pakaian kemas dan sopan serta lengkap berkasut. Sebarang jenis seluar ‘jeans’ atau seumpamanya adalah DILARANG.
- Tampil kemas sebagai seorang pelajar yang matang. Pelajar lelaki dinasihatkan untuk memotong rambut pendek dan kemas.
- Rujuk maklumat lengkap melalui Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan 6 – Sila scan kod QR dalam poster di bawah.
Cara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6
3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 / 2026
Berikut adalah 3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 Semester 1 bagi murid yang gagal ditawarkan ke Tingkatan 6:
- Sila isi permohonan rayuan secara online dibuat melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my
*Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama. - Buat semakan rayuan. Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.
- Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada tarikh rasmi yang ditetapkan kelak.
NOTA: Semakan Keputusan Rayuan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Semester 1 bagi tahun 2026 masih belum dibuka.Â

Cara Membuat Pertukaran Bidang
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tidak bersetuju dengan tempat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam rintis.
Setelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 boleh melakukan langkah berikut:
- Borang T6BRTB ini adalah untuk kegunaan murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026.
- Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:
- a. slip keputusan peperiksaan SPM 2025;
- b. inventori minat kerjaya; dan
- c. dokumen yang berkaitan.
- Permohonan tukar bidang boleh dibuat pada tarikh yang ditetapkan kelak oleh KPM.
- Permohonan hendaklah dihantar ke JPN/PPD untuk kelulusan.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.
- Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
- Borang permohonan rayuan tukar bidang (T6BRTB) adalah seperti pada LAMPIRAN 3 di bawah.
Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam.
*Muat turun dan cetak Borang T6BRTJ.


Maklumat Lanjut Semakan Tingkatan 6
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/
Alamat BPSH & No Telefon :
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671
Sila rujuk Senarai Jabatan Pendidikan Negeri & Pejabat Pendidikan Daerah dalam lampiran di bawah:
Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan
ATAU terus ke pautan pantas ini: https://sst6.moe.gov.my/
Soalan Lazim Semakan Tawaran Tingkatan 6 KPM
Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke tingkatan enam.
a. Syarat am
– Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
– Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2026.
b. Syarat Khas
Bidang Sains – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
Bidang Sains Sosial – Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.
Murid lepasan SPM tahun 2025 boleh menyemak keputusan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 pada tarikh yang akan diumumkan oleh KPM kelak.
Murid lepasan SPM 2025 boleh membuat semakan keputusan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my. Murid yang tiada capaian internet boleh merujuk kepada sekolah asal untuk bantuan bagi semakan tawaran dan permohonan rayuan mengikut kaedah yang bersesuaian.
Gred = Nilai
A+ = 1 (Cemerlang Tertinggi)
A = 1 (Cemerlang Tinggi)
A- = 2 (Cemerlang)
B+ = 3 (Kepujian Tertinggi)
B = 4 (Kepujian Tinggi)
C+ = 5 (Kepujian Atas)
C = 6 (Kepujian)
D = 7 (Lulus Atas)
E = 8 (Lulus)
G = 9 (Gagal)
Murid perlu melapor diri secara bersemuka di pusat tingkatan enam yang ditawarkan berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Boleh. Murid boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke tingkatan enam tahun
Namun begitu, murid mesti memenuhi syarat rayuan sebelum membuat rayuan di dalam talian. Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan
permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.
Permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam dibuka pada tarikh yang akan diumumkan oleh KPM kelak.
Boleh. Murid yang tidak ditawarkan boleh membuat permohonan rayuan secara
dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang Rayuan Kemasukan Murid Warganegara Ke Tingkatan Enam Bagi Calon SPM Tahun
2025 (Autonomi Pengetua). Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat rayuan
dan kekosongan tempat.
Murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah boleh membantu menguruskan
permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.
Ya. Murid boleh mengemukakan permohonan menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) melalui PTE.
Baca juga:




