Kementerian Pendidikan (KPM) membuka peluang kepada murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam Aliran Tahfiz KPM di SMKA dan SABK yang boleh dipohon menerusi laman sesawang https://sst6.moe.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Mengenai Tingkatan 6 Tahfiz
Tingkatan Enam Tahfiz merupakan pengajian 3 semester yang menggabungkan hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.
Tujuan utama pengajian ini adalah untuk melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak.
Pelajar akan mempelajari dan menglang kembali hafazan 30 juzuk al-Quran selain mata pelajaran qiraat, tajwid, maharatul Quran dan ilmu-ilmu yang lain.
Pelajar yang mengambil aliran ini akan ditempat di SMKA dan SABK yang terpilih di seluruh negara.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 31 Mac 2026 secara dalam talian.
Syarat Am
Syarat am permohonan kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur di antara 17 hingga 21 pada 01 Januari 2026.
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Syarat Khusus
Syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Al Lughah al ‘Arabiah al Mu’asirah/ Al Adab al- Balaghah/ Turath Bahasa Arab.
- Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran; atau Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah.
- Telah Menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz.
- Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my.
Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temu duga akan dimaklumkan pada 11 hingga 15 Mei 2026.
Permohonan Rayuan
Calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan surat rayuan pada alamat e-mel [email protected] bermula 11 hingga 21 Mei 2026.
Rayuan bagi calon yang berjaya akan dihubungi melalui telefon atau e-mel oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM.
Soalan Lazim
Tingkatan Enam Tahfiz merupakan pengajian 3 semester yang menggabungkan hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.
Permohonan dibuka mulai 31 Mac 2026 secara dalam talian.
– Warganegara Malaysia.
– Berumur di antara 17 hingga 21 pada 01 Januari 2026.
– Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Permohonan boleh dibuat menerusi https://sst6.moe.gov.my.
Ya. Rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan surat rayuan pada alamat e-mel [email protected] bermula 11 hingga 21 Mei 2026.
Info Lanjut
Maklumat berkaitan Tingkatan 6 aliran Tahfiz KPM, sila layari https://sst6.moe.gov.my atau ke alamat:
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Baca juga: Pengoperasian Sekolah Semasa Cuaca Panas & PdPR – KPM




