Permohonan Tingkatan 6 2026 di UKM & USM – Kampus Universiti

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Calon lepasan SPM 2025 berpeluang memohon kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Pengenalan Tingkatan 6

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), menyatakan ā€œpendidikan lepas menengahā€ ertinya Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikut Pendidikan lepas menengah, tetapi tidak termasuk Pendidikan Tinggi.

Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pada masa itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas. Terdapat 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.

Mulai tahun 2008, Langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Cadangan penambahbaikan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 merangkumi beberapa aspek seperti pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan an penulisan ilmiah, kemudahan fizikal, serta peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Manakala pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama tiga semester. Murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak untuk ditawarkan pengajian di Tingkatan 6 jika memenuhi syarat umum dan syarat khusus bagi bidang yang ditawarkan.

Baca juga: Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2026

Permohonan Tingkatan 6 di Kampus Universiti UKM & USM

Mulai tahun 2025, KPM mula melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menerusi kerjasama antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi, pelajar akan ditawarkan dua bidang pengajian iaitu sains dan sains sosial.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan program itu mulai 24 April hingga 8 Mei 2026.

Syarat Permohonan

Syarat am permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memperoleh A bagi Mata pelajaran Bahasa Melayu
  3. Sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) 8.0 dan ke atas

Sila rujuk syarat penuh :Ā https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20KEMASUKAN%20KAMPUS%20UNIVERSITI.pdf

PERMOHONAN TINGKATAN 6 KAMPUS UKM (100 tempat) & USM (60 tempat)

ā–ŖļøLaluan Pengajian: Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di universiti berkenaan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
ļ»æļ»æā–ŖļøYuran Pengajian: Pengecualian yuran pengajian.

Di UKM bagi pelajar bersekolah di:-
ā–ŖļøSelangor
ā–ŖļøNegeri Sembilan
ā–ŖļøMelaka
ā–ŖļøJohor
ļ»æļ»æā–ŖļøWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ļ»æļ»æā–ŖļøWilayah Persekutuan Putrajaya

Di USM bagi pelajar bersekolah di:-
ā–ŖļøPerlis
ā–ŖļøKedah
ā–ŖļøPulau Pinang
ā–ŖļøPerak

Syarat Am:
ā–ŖļøTelah dapat tawaran Tingkatan 6
ā–Ŗļø5A SPM 2024 (termasuk BM)
ā–ŖļøPAJSK 8.0%.

Syarat Khusus (Bidang Sains):
ā–ŖļøB English
ā–ŖļøA Kimia, Fizik/Bio & Add Maths.

Syarat Khusus (Bidang Sastera):
ā–ŖļøA Geografi & Sejarah, ATAU
ā–ŖļøA Perakaunan, Pengajian Perniagaan & Ekonomi

Bidang Yang Ditawarkan

Projek rintis Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Tinggi ini menawarkan dua bidang pengajian iaitu:

  • Sains
  • Sains sosial

Tarikh Permohonan & Semakan Keputusan

Tempoh permohonan kemasukan ke program Tingkatan 6 di UKM dan USM adalah mulai 24 April hingga 8 Mei 2026.

Keputusan permohonan boleh disemak mulai 22 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026.

Difahamkan calon yang layak akan ditawarkan secara langsung melalui laman web KPM seperti dalam paparan yang dikongsikan di media sosial berikut:

Rayuan Program Tingkatan Enam Universiti Awam

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Program Tingkatan Enam Universiti Awam untuk membuat permohonan rayuan mulaiĀ 22 Mei hingga 30 Mei 2026.

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.

Tarikh Lapor Diri

Tarikh lapor diri Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam ini adalah pada 8 Jun 2026.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Soalan Lazim

Siapakah yang boleh memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 6 di UKM dan USM bagi tahun 2026?

Pemohon mestilah terdiri daripada lepasan SPM 2025.

Apakah bidang pengajian yang ditawarkan bagi kemasukan ke Tingkatan 6 ini?

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah Sains dan Sains Sosial.

Apakah syarat permohonan yang mesti dipenuhi oleh pemohon?

– Warganegara Malaysia
– Memperoleh A bagi Mata pelajaran Bahasa Melayu
– Sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
– Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) 8.0 dan ke atas

Bilakah tarikh permohonan kemasukan ini dibuka?

Permohonan boleh dibuat mulai 24 April hingga 8 Mei 2026.

Bilakah tarikh keputusan permohonan diumumkan?

Keputusan permohonan akan diumumkan pada 22 Mei 2026.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Bilakah permohonan rayuan ke Tingkatan 6 di UKM dan USM bagi tahun 2026 dibuka?

Permohonan dibuka mulaiĀ 22 Mei hingga 30 Mei 2026.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/

Alamat BPSH & No Telefon :

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671

Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan

ATAU terus ke pautan pantas ini: https://sst6.moe.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut