Semakan MyKasih 2026 – Semak Status, Baki / Check Balance

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

SARA BULANAN DIKREDITKAN SETIAP 1 HARIBULAN, MANAKALA SARA UNTUK SEMUA DIKREDITKAN MULAI E9 FEBRUARI 2026. Wang ini boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026. Semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi SARA. Semakan baki MyKasih boleh dibuat di laman web rasmi MyKasih atau app MyKasih.

Apakah Semakan MyKasih?

Program MyKasih / SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak.

Pelbagai kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa yang boleh dibeli menggunakan MyKasih.

Semakan senarai barangan yang boleh dibeli, lokasi kedai MyKasih, dan juga baki MyKasih boleh dibuat secara online sahaja untuk memudahkan rakyat Malaysia.

Rujuk info penuh mengenai MyKasih di bawah.

Apakah Baki MyKasih?

MyKasih ialah badan pelaksana bantuan tunai bulanan yang kerajaan jalankan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), khusus kepada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang layak.

Cara guna SARA / MyKasih ialah dengan sistem cashless, bermaksud duit tu tak diberi cash, sebaliknya diimbas dengan MyKad (Kad Pengenalan) semasa beli barang keperluan. Jadi, bagaimana nak buat semakan baki / check balance?

Anda boleh buat semakan secara online melalui laman web rasmi MyKasih (https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus/detail) atau aplikasi rasmi MyKasih (MyKasih App). Jom kami kongsikan caranya.

MYSARA check mykasih balance semakan baki

Jumlah Bantuan MyKasih 2026

Bagi tahun 2026, kadar bantuan di bawah MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  • Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan.
  • Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan SARA.
  • Individu bujang yang tidak lagi menerima STR, tetapi akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA.
  • Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.
MYSARA check mykasih balance semakan baki

Semakan Kelayakan MyKasih

Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. 

Berikut merupakan tarikh penting bagi SARA Bulanan dan SARA Untuk Semua:

SARA Bulanan

  • 9 Januari 2026: penerima Isi Rumah dan Warga Emas
  • 16 Januari 2026: penerima Individu Bujang

SARA Untuk Semua (One-off)

  • 9 Februari 2026: bagi semua warganegara Malaysia pemegang MyKad berumur 18 tahun dan ke atas.

Semakan kelayakan boleh dibuat sehari sebelum tarikh pelaksanaan bagi setiap kategori.

Semakan boleh dibuat melalui 2 cara berikut:

  1. Portal MyKasih
  2. Portal STR
MYSARA check mykasih balance semakan baki

Semakan Baki MyKasih

Berapa baki MyKasih boleh disemak melalui portal MyKasih. Baki anda akan dipaparkan melalui laman web seperti berikut:

MYSARA check mykasih balance semakan baki

Anda juga boleh membuat semakan baki MyKasih SARA anda dan pengkreditan bagi bulan tersebut melalui aplikasi MyKasih.

MYSARA check mykasih balance semakan baki

Tarikh Akhir Guna MyKasih

Anda boleh membeli barangan mulai tarikh program bermula sehingga tarikh program berakhir, iaitu pada 31 Disember 2026.

Sila rujuk pada laman web seperti dalam gambar di bawah :

MYSARA check mykasih balance semakan baki

Senarai Barang MyKasih / SARA

Bagi tahun 2026, penerima SARA boleh membeli barangan berdasarkan 24 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. Anda boleh membuat semakan senarai barang ini secara online atau menggunakan app MyKasih.

Berikut ialah senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA bulanan dan SARA Untuk Semua:

Senarai Kategori & Contoh Barangan MyKasih

  1. Beras
  2. Buku
  3. Perubatan
  4. Penjagaan Mulut
  5. Pembersih Tandas
  6. Telur
  7. Pembersih Lantai
  8. Syampu
  9. Beg Sekolah
  10. Perasa
  11. Mee
  12. Minuman
  13. Makanan Dalam Tin
  14. Biskut
  15. Minyak Masak
  16. Sabun Basuh Pinggan
  17. Makanan Sejuk Beku [TERBARU]
  18. Roti
  19. Pencuci Badan
  20. Pencuci Pakaian
  21. Tepung
  22. Tuala Wanita
  23. Alat Tulis
  24. Seragam
kategori barangan mykasih MYSARA check mykasih balance semakan baki
MYSARA check mykasih balance semakan baki

Barang yang tidak boleh dibeli di bawah program ini pula adalah :

  • Rokok dan alkohol
  • Barangan elektronik (telefon, TV, laptop)
  • Pakaian mahal atau barangan mewah
  • Makanan segera bukan dalam kategori barangan asas (Contoh: KFC, McDonald’s)
  • Petrol atau gas
  • Kosmetik premium

Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Semakan MyKasih

Berikut adalah beberapa soalan lazim tentang Mykasih dan cara membuat semakan baki, status bayaran, cara penggunaan dan senarai barang yang boleh dibeli.

Dekat mana boleh beli barang guna MyKasih?

Kebanyakan pasar raya yang berdaftar seperti Lotus’s, Speedmart, MYDIN, Family Store dan sebagainya boleh beli barang SARA / MyKasih.
Nak tahu lebih tepat senarai kedai berdekatan anda, boleh rujuk senarai di sini
https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Bila tarikh bayaran MyKasih?

Tarikh bayaran MyKasih 2026 akan bermula pada 9 Januari 2026 untuk kategori keluarga & warga emas, 16 Januari bagi kategori Bujang.

Bagaimana cara nak guna MyKasih?

Nak beli barang guna SARA ni cuma perlu bawa MyKad ke kedai yang terpilih.
Pastikan anda membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga. Kemudian, bayar menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Rujuk langkah di bawah dan video panduan :

Macam mana nak tahu lebih lanjut tentang MyKasih?

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan Sumbangan Asas Rahmah, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).

Adakah aplikasi mudah alih disediakan untuk semakan MyKasih?

Ya, anda boleh download apps MyKasih di pautan berikut: https://mykasih.com.my/mykasih-app/

Bila tarikh bayaran MyKasih masuk?

Tarikh bayaran lazimnya akan dikreditkan pada 1hb setiap bulan. Namun bagi bulan Januari 2026, ia akan bermula pada 9 Januari 2026 untuk kategori keluarga & warga emas. Bayaran bagi kategori Bujang pula bermula pada 16 Januari 2026.

Bila boleh guna MyKasih?

MyKasih boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026. Kalau ada lagi baki bulan tu, ia akan dibawa ke bulan hadapan sehinggalah tarikh akhir iaitu 31 Disember 2026. Selepas 31 Disember 2026, jumlah yang ada tu tidak akan dibawa ke bulan seterusnya (2027).

Bagaimana nak buat semakan baki MyKasih?

Semakan baki MyKasih boleh dibuat melalui laman web rasmi https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus/detail atau app MyKasih (https://mykasih.com.my/mykasih-app/)

Apa itu OTP Emel MyKasih?

OTP Emel ialah kod sekali guna (One-Time Passcode) yang dihantar ke emel yang telah disahkan dalam profil aplikasi MyKasih. Mulai 1 Januari 2026, log masuk pertama masih guna OTP SMS, tetapi semua log masuk kedua dan seterusnya akan menggunakan OTP Emel sahaja.

Emel mana yang terima OTP?

OTP hanya dihantar ke emel yang telah disahkan di bahagian Profile aplikasi MyKasih. Oleh itu, anda perlu mengemaskini/mendaftar emel aktif di aplikasi MyKasih anda.

Bila SARA RM100 diberikan kepada semua?

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang diumumkan akan diberikan secara one-off kepada semua rakyat dewasa Malaysia pada 9 Februari 2026.mysaraMYSARAmysaramysara

Berapakah amaun kelayakan MyKasih 2026 yang akan diterima penerima yang layak?

Bila pembayaran STR Fasa 1 2026?

Pembayaran STR Fasa 1 2026 akan mula salurkan pada 9 Januari 2026.

 Bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan MyKasih?

Semakan terus melalui Portal Rasmi STR & Portal Rasmi SARA

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut