Semakan MRSM Sesi 2025/2026 – UKKM Fasa 3

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Semakan Panggilan Ujian Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Fasa 3 Bagi Sesi 2025

Bagi tahun 2024, MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian kemasukan ke MRSM (UKKM).

Untuk makluman, calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.

  • SEMAKAN FASA 3 KEMASUKAN MRSM
  • Tarikh semakan : 23 OKTOBER 2024 (RABU)

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2025 (Ujian UKKM)

SEMAKAN PANGGILAN SECARA BERPERINGKAT UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) / UJIAN KHAS ULUL ALBAB / IGCSE / TEKNIKAL / KOGNITIF BITARA TINGKATAN 1 & 4 SESI 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh semakan panggilan UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ IGCSE/ Teknikal/ Kognitif Bitara kini dibuka secara berperingkat bermula 02 Oktober 2024 (mulai jam 5.00 petang).

Tarikh semakan panggilan UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara boleh disemak secara berperingkat pada tarikh berikut:

  • 2 Oktober 2024
  • 9 Oktober 2024
  • 23 Oktober 2024 (Rabu)

NOTA PENTING:

  • Semua calon yang telah mengisi permohonan dengan lengkap akan dipanggil untuk menduduki UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara.
  • UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara akan dilaksanakan di pusat ujian secara berperingkat.
  • Calon perlu menghadiri sesi UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / Kognitif Bitara pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.
  • Sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah TIDAK DIBENARKAN. (Namun jika mempunyai alasan kukuh, sila hubungi pihak MARA & rujuk Soalan Lazim di bawah)

Sila layari pautan semakan panggilan ujian tersebut >>

semakan mrsm

Baca juga:

Cara Mohon Tukar Tarikh UKKM (Atas alasan yang tidak dapat dielakkan)

Adalah difahamkan bahawa sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah TIDAK DIBENARKAN.

Namun bagi sesetengah ibu bapa yang terpaksa menukar tarikh ujian yang telah ditetapkan oleh pihak MARA atas alasan yang tidak dapat dielakkan, anda boleh emelkan kepada [email protected].

Perkara ini dimaklumkan dalam hantaran terkini Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA). (Rujuk tangkap layar di bawah dan baca Soalan Lazim FAQ lengkap yang dilampirkan)

Soalan Lazim UKKM & Semakan Kemasukan MRSM 2025/2026

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗭𝗜𝗠 𝗨𝗞𝗞𝗠/ 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗨𝗟𝗨𝗟 𝗔𝗟𝗕𝗔𝗕/ 𝗜𝗚𝗖𝗦𝗘/ 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟/ 𝗞𝗢𝗚𝗡𝗜𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔

permohonan mrsm semakan ukkm ujian
permohonan mrsm semakan ukkm ujian
permohonan mrsm semakan ukkm ujian
permohonan mrsm semakan ukkm

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut