PBTPay: Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu Online

CARA SEMAKAN / BAYARAN CUKAI PINTU @ CUKAI TAKSIRAN, KOMPAUN ONLINE MELALUI PBTPAY

Bagi memastikan perkhidmatan seperti pembersihan, pembaikan jalan, penyenggaraan lampu jalan serta lain-lain perkhidmatan perbandaran dilaksanakan dengan baik oleh pihak pihak PBT, adalah menjadi tanggungjawab bersama semua warga Malaysia untuk membayar cukai taksiran, seperti mana diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Mulai Januari 2022 tiada pengeluaran dan pengeposan bil cukai ini akan dikeluarkan oleh PBT ke arah bumi hijau dengan menggalakkan pembayaran secara atas talian (online).

Tahukah anda apakah itu cukai taksiran, mengapa kita perlu membayarnya, berapa jumlah yang dikenakan, dan bagaimana membuat semakan serta bayaran secara online?

Di sini kami kongsikan lebih lanjut supaya anda lebih jelas dan ambil maklum bersama.

Apakah Cukai Taksiran?

Cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :

  • Bangunan kediaman, perniagaan, perusahaan dan tanah kosong yang terletak didalam kawasan Majlis Daerah Kinta Barat.
  • Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Carum Membantu Kadar

Bagaimana Ia Dikenakan?

Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan.

“Nilai Tahunan” ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan.

Cukai taksiran dikenakan untuk membiayai:

  • Cukai taksiran adalah berdasarkan Nilai Tambah dan Kadar.
  • Nilai Tambah dikira berasaskan aras nilaian bagi tanah dan bangunan pada tarikh nilaian.
  • Manakala, kadar ialah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut yang perlu dibayar.
  • Nilai Tambah bagi pegangan tersebut boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman terhadap pegangan tersebut.
  • Kadar warta semasa adalah berdasarkan jenis hartanah, kawasan pembinaan dan kedudukan harta.

Baca juga: Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)

Bila Cukai Taksiran Perlu Dibayar?

Cukai taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:

  • Penggal Pertama – 1 Januari hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun.
  • Penggal Kedua – 1 Julai hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Perbezaan Cukai Taksiran Dengan Cukai Tanah

Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna merah.

Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.

Baca juga: Login LHDN: Semakan No Cukai Individu / Syarikat

Contoh Kiraan Cukai Pintu

Jika sesuatu pegangan mempunyai :
Nilai Tambah : RM 600,000
Kadar Tahunan : 0.4 %

Maka, Cukai harta pegangan tersebut adalah seperti berikut :
RM 600,000 x 0.4 % /100 = RM 2400.00 setahun

Cara Semakan Cukai Taksiran Online

Kini anda boleh membuat pembayaran dan semakan cukai taksiran dengan lebih mudah dan selamat, iaitu melalui Portal PBTPay.

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perkhidmatan yang disediakan di dalam PBTPay ini adalah khas untuk anda membuat pembayaran kepada semua PBT di seluruh negara secara atas talian.

cukai taksiran online

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan visi JKT yang ingin menjadikan PBT sebagai sebuah agensi yang bertaraf dunia, portal ini dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang awam untuk membuat bayaran.

  • Pelbagai jenis bayaran seperti cukai, kompaun dan lesen
  • Bayar menggunakan FPX
  • Semak dan dapatkan maklumat akaun dan pembayaran

Sila layari pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/ untuk membuat semakan & pembayaran cukai taksiran online bagi setiap negeri / daerah anda.

Rujuk cara semakan cukai pintu / cukai taksiran secara online menggunakan PBTPay di bawah

LANGKAH 1

Layari laman web PBTPay di pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/

Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah.

Sila pilih jenis, PBT, dan masukkan no akaun / kompaun untuk semakan.

pbtpay cukai pintu

Ini contoh notis / bil cukai taksiran.

Sediakan siap-siap sebab nanti kita nak masukkan no akaun tu untuk semakan.

LANGKAH 2

Tekan butang ‘Semak’ yang berwarna biru.

pbtpay

LANGKAH 3

Butiran akan dipaparkan.

pbtpay cukai taksiran

Mudah sangat kan?

Maklumat Lanjut

Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
E-mel: [email protected]

Laman web: https://pbtpay.kpkt.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!