Advertisements

Login LHDN: Semakan No Cukai Individu / Syarikat

Advertisements

Cara Login LHDN & Buat Semakan No Cukai Individu / Syarikat

Sudahkah anda mendaftar cukai / e-filing atau adakah anda pernah berdaftar tapi terlupa kata laluan?

e-Daftar adalah aplikasi pendaftaran fail cukai pendapatan individu syarikat, majikan, perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) melalui internet.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara semakan no cukai (tax no) serta cara pendaftaran kali pertama bagi yang baru ingin mendaftar dengan LHDN.

Siapa Yang Perlu Mendaftar Fail Cukai Pendapatan ?

  • Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai
  • Individu yang menjalankan perniagaan
  • Pekerja baru yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Syarikat yang belum berdaftar dengan LHDNM
  • Perniagaan atau syarikat yang mempunyai pekerja hendaklah mendaftar fail cukai majikan
  • Perkongsian yang belum berdaftar dengan LHDNM
  • PLT yang belum berdaftar dengan LHDNM

Pendaftaran Cukai / Login LHDN

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.

Dokumen Pendaftaran (e-Daftar)

Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau anda boleh mendaftar secara on-line di e-Daftar.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

e-Daftar adalah aplikasi permohonan fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baharu mendapatkan nombor cukai pendapatan.

Pengemukaan dokumen bagi tujuan pendaftaran fail cukai pendapatan juga boleh dimuat naik melalui aplikasi e-Daftar menggunakan no. permohonan yang telah diberi selepas menghantar Borang Pendaftaran.

login lhdn

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan


Kategori
Dokumen Sokongan
1.Individu tidak menjalankan perniagaanKad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
2.Individu menjalankan perniagaanKad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)Sijil Pendaftaran Perniagaan
3a.Syarikat Tempatan
– Syarikat Sdn. Bhd.
– Syarikat Bhd.
Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 atau perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah seksyen 58 Akta Syarikat 2016
3b.Syarikat AsingNotis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016Perubahan Atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567(1) Akta Syarikat 2016
4.PerkongsianSalinan sijil pendaftaran perniagaan perkongsian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Senarai ahli-ahli kongsi
5..Perkongsian
Liabiliti Terhad
Salinan notis pendaftaran PLT atau salinan perakuan pendaftaran PLT (jika ada) di bawah seksyen 11 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

ATAU

Salinan notis pendaftaran penukaran kepada PLT di bawah seksyen 32 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (jika berkenaan) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Senarai pekongsi

Hantar dokumen sokongan melalui :

  • Borang Maklum Balas Pelanggan: Klik disini
  • Faks : 03-8922 1676
    (Penting : Sila Nyatakan No. Permohonan Anda)
  • Masalah/Aduan/Komen : Hubungi 03-8913 3800

Bila nombor Cukai Pendapatan akan diperolehi ?

Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian.

Nombor permohonan akan diberikan untuk menyemak status permohonan anda.

Login LHDN / Semakan Status Permohonan e-Daftar

Selepas mendaftar, anda boleh membuat semakan melalui sistem e-Daftar untuk :

  • Menyemak Status Permohonan
    Check the status of the application
  • Muat Naik Dokumen Pengenalan
    Upload Identification Document
  • Mencetak Maklumat Pendaftaran
    Print Registration Information

Caranya:

  1. Klik pautan untuk ke e-Daftar
  2. Masukkan nombor cukai pendapatan (Jika lupa, boleh buat semakan di sini https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php)
  3. Untuk login ezHasil, sila klik di sini https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx

Terlupa Kata Laluan Login LHDN

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh dapatkannya semula dengan mengikuti 3 langkah berikut:

  1. Sila ke laman web ezHasil dan klik TERLUPA KATA LALUAN
  2. Jika anda mempunyai no tlefon bimbit tberdaftar dengan LHDNM, sila mohon Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS
  3. Hadir ke cawangan LHDNM yang terdekat

Login LHDN Untuk E-Filing

Untuk membuat semakan e-filing, sila login LHDN melaluiu pautan berikut: https://ez.hasil.gov.my/CI/

Bagi pengguna yang pertama kali login LHDN, sila rujuk panduan berikut untuk e-filing: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi LHDN melalui saluran berikut:

  • Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Baca juga: URUS B50: Permohonan Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan

Leave a Comment