Semakan Kelulusan i-Sinar Tanpa Syarat & Tarikh Bayaran (Mulai 8 Mac)

Semakan iSinar Tanpa Syarat : Berita baik bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, anda akan mula diberi kelulusan automatik oleh KWSP bermula 8 Mac 2021.

Hal ini diumumkan oleh KWSP melalui kenyataan media bertarikh 18 Februari 2021 seperti berikut:

semakan isinar tanpa syarat

Cara Buat Semakan Status Bayaran iSinar Tanpa Syarat

Untuk mengetahui status dan maklumat bayaran i-Sinar, ahli boleh membuat semakan melalui i-Akaun KWSP dengan mudah secara atas talian.

Caranya adalah seperti langkah berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://kwsp.gov.my/
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
  3. Klik pada menu WITHDRAWAL / Pengeluaran
  4. Akan dipaparkan ringkasan maklumat akaun anda
  5. Kemudian klik WITHDRAWAL HISTORY / Sejarah Pengeluaran
  6. Klik pada i-Sinar yang terdapat dalam kotak WITHDRAWAL TYPE
  7. Tarikh pembayaran akan dipaparkan pada MONTHLY RECURRING PAYMENT END DATE

Sila rujuk panduan bergambar di bawah:

Login i-Akaun.

i akaun

Klik Pengeluaran / Withdrawal.

Klik Sejarah Pengeluaran / Withdrawal History

semakan isinar tanpa syarat

Pilih i-Sinar

semakan isinar tanpa syarat

Nanti akan keluar maklumat bayaran terperinci termasuklah tarikh dan jumlahnya.

semakan isinar tanpa syarat

Nota: Jika anda belum mendaftar i-Akaun, sila daftar terlebih dahulu.

Sila rujuk panduan mendaftar i-Akaun di sini: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya

Untuk makluman, pendaftaran i-Akaun perlu diaktifkan di kaunter atau kiosk KWSP sebelum boleh menggunakan kemudahan online.

Rujuk senarai kiosk KWSP berhampiran anda di SINI.

Jumlah Bayaran Bulanan / Perincian Pengeluaran

  • Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000
  • Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan iSinar tanpa syarat, sila rujuk hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!