Semakan Agensi Pelancongan Berdaftar Dengan MOTAC

MOTAC (Ministry of Tourism, Arts, and Culture) atau Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ialah sebuah kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelancongan, kebudayaan, arkib, perpustakaan, muzium, warisan, seni, teater, kraftangan, seni visual, konvensyen, pameran, pelancongan dan kraf Islam.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mentadbir fungsinya melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan pelbagai agensi kerajaan lain.

Dalam kabinet Anwar Ibrahim, kementerian ini dinamakan semula kepada Kementerian Pelancongan dengan penyingkiran portfolio seni dan budaya daripada namanya.

Kes Penipuan Agensi Pelancongan

Dengan pertambahan aktiviti melancong, banyak pihak yang telah menawarkan pelbagai pakej percutian menarik melalui agensi pelancongan.

Malangnya, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual pakej-pakej pelancongan yang tidak wujud dengan niat untuk menipu rakyat Malaysia yang mahu melancong.

Elakkan diri anda ditipu oleh scammer sebegini dengan melakukan semakan dengan pihak Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mentadbir fungsinya melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mengenai sesebuah agensi pelancongan tersebut.

Semakan Agensi Berdaftar MOTAC

Melalui laman web rasmi MOTAC, anda boleh melakukan pelbagai semakan untuk agensi yang telah berdaftar dengan pihak Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mentadbir fungsinya melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Antara semakan yang boleh dilakukan adalah:

  1. Agensi pelancongan
  2. Agensi Pelancongan (Umrah)
  3. Senarai Kelulusan Iklan Umrah
  4. Syarikat MM2H Berlesen
  5. Hotel Berdaftar
  6. Penggredan Hotel
  7. Penggredan Green Hotel
  8. Pemandu Pelancong Berlesen
  9. Penggredan Spa
  10. Penggredan Pusat Urutan Kaki (PUK)
  11. Malaysi Tourism Quality Assurance (MyTQA)
  12. Premis Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR)

Cara Semak Agensi Pelancongan Berdaftar MOTAC

Bagi mengelakkan anda ditipu oleh agensi pelancongan tidak bertanggungjawab, anda digalakkan hanya menggunakan perkhidmata agensi pelancongan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sahaja.

Ini bagi memudahkan anda membuat aduan/semakan/tuntutan di kemudian hari kerana segala maklumat mengenai agensi pelancongngan berdaftar ini boleh diperolhi melalui pihak MOTAC.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk melakukan semakan agensi pelancongan berdaftar:

  1. Layari laman web rasmi MOTAC di alamat https://www.motac.gov.my/
  2. Pada bahagian menu, klik pada “Semakan”
  3. Klik pada “Agensi Pelancongan”
  4. Masukkan Nama Syarikat atau No. Lesen pada ruangan kotak carian
  5. Klik butang Cari

Hasil carian melalui laman web MOTAC yang dilakukan juga akan memaparkan maklumat-maklumat berikut:

  1. Nama penuh syarikat
  2. Alamat
  3. Nombor telefon
  4. No. Lesen
  5. Tempoh sah lesen
  6. Jenis lesen
  7. Bidang lesen

Senarai Agensi Tidak Berdaftar & Melanggar Akta Industri Pelancongan 1992

Selain membuat semakan agensi pelancongan berdaftar, MOTAC juga menyenaraikan entiti yang TIDAK berdaftar dan syarikat yang melanggar Akta Industri Pelancongan 1992.

Anda boleh membuat semakan sebelum membeli mana-mana pakej percutian di pautan berikut: https://www.motac.gov.my/semakan/senarai-entiti-syarikat-tidak-berlesen

PERHATIAN: Mana-mana entiti yang telah berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) atau mempunyai bukti-bukti bahawa tiada pelanggaran Akta Industri Pelancongan 1992, sila berhubung dengan Kementerian ini di alamat emel [email protected] atau talian telefon 03-8891 7214 / 7261 untuk dikeluarkan daripada senarai ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!