Harga Pakej Umrah Terkini 2023 & Senarai Syarikat Berlesen

Harga Pakej Umrah juga tidak terkecuali daripada terkesan akibat daripada kenaikan harga barangan dan pelbagai kos lain di Malaysia.

Kenaikan harga ini adalah disebabkan pelbagai faktor antaranya kenaikan harga tiket kapal terbang, harga penginapan di Mekah/Madinah dan pelbagai kos lain yang menyebabkan kenaikan harga pakej Umrah ini seperti tidak dapat dielakkan.

Harga Umum Pakej Umrah 2023

Menurut laporan oleh Berita Harian pada 13 Januari 2023, Pakej umrah pada harga RM7,890 dengan kemudahan penginapan pada jarak kira-kira 300 meter, disaran sebagai rujukan oleh orang ramai dalam membuat pilihan, bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Kadar itu dipersetujui hasil perbincangan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH).

Harga ini boleh dijadikan sebagai rujukan oleh orang ramai dalam membuat pilihan pakej umrah yang bersesuaian dengan kemampuan. Harga pakej berkemungkinan lebih tinggi atau rendah bergantung kepada lokasi hotel, tempoh tempahan, musim perayaan dan sebagainya

Faktor Perbezaan Harga Pakej Umrah Di Malaysia

Setiap agensi mengenakan kadar harga yang berbeza untuk setiap pakej mereka.

Sebagai panduan, berikut merupakan antara faktor mengapa harga yang ditawarkan berbeza untuk setiap pakej.

  1. Jumlah katil untuk setiap bilik – Cth: 2 kali sebilik lebih mahal dari 3 kali sebilik
  2. Jarak tempat penginapan dari Masjidil Haram / Masjid Nabawi
  3. Jenis penerbangan
  4. Tarikh umrah – Umrah pada bulan Ramadan lebih mahal
  5. Lain-lain perkhidmatan – Lawatan, umrah sunat, makanan dll.

Tentunya, harga untuk pakej Umrah adalah berbeza bagi setiap agensi kerana setiapnya menawarkan kemudahan yang berbeza. Mari kita lihat beberapa pakej Umrah oleh beberapa agensi popular seperti di bawah.

1. Tabung Haji Travel

Secara ringkasnya, pihak Tabung Haji Travel mempunyai dua pakej seperti yang berikut:

  1. Pakej Fairuz: Harga dari RM8190
  2. Pakej Nilam: Harga dari 10590

Untuk maklumat lanjut mengenai setiap pakej, sila layari laman web rasmi THT di https://www.thts.com.my/umrah

Baca juga: THiJARI: Login, Daftar & Semakan Penyata Tabung Haji Online

2. al Quds Umrah and Tours

Pakej Umrah 2023

Syarikat al Quds mempunyai 2 pakej seperti yang berikut:

  1. Umrah Anjum
  2. Umrah Safwah

Sila rujuk poster di atas untuk harga dan tarikh.

Untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan tarikh terkini, sila hubungi nombor yang tertera dalam poster di atas atau dengan melayari laman web rasmi al Quds Umrah and Tours di alamat https://www.alqudstravel.com/v1/

3. Felda Travel

Pakej Umrah 2023

Felda Travel juga mempunyai harga pakej Umrah yang menarik untuk anda yang berminat.

Berikut merupakan antara pakej yang ditawarkan:

  1. Pakej Nuhasi
  2. Pakej Fiddi
  3. Pakej Zahabi

Untuk dapatkan sebut harga terbaik bagi perjalanan Umrah anda, anda boleh layari laman web Felda Travel di https://feldatravel.com.my/pakej-umrah/

4. Tiram Travel

Pakej Umrah 2023

Tiram Travel merupakan salah satu syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan jemaah haji di Malaysia.

Syarikat yang mempunyai ibu pejabat di Johor ini mempunyai banyak agensi di negeri-negeri di Malaysia maka tidak hairanlah kita biasa lihat mereka biasanya mempunyai jumlah jemaah yang besar ketika di lapangan terbang.

Tiral Travel mempunyai banyak pakej (namun tidak dinyatakan nama pakej) dan anda boleh mendapatkan sebut harga pakej Umrah melalui laman web rasmi Tiram Travel di https://www.tiram.com.my/

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi terus nmbor yang tertera dalam poster di atas.

5. Andalusia Travel & Tours

Syarikat Andalusia juga merupakan antara syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan jemaah Umrah.

Malah, mereka juga mempunyai kuota untuk jemaah Haji dan mempunyai pakej-pakej pelanconngan yang lain juga.

Antara pakej Umrah yang ditawarkan oleh syarikat Andalusia adalah:

  1. Umrah Ziarah
  2. Umrah Penerbangan Terus
  3. Umrah Penerbangan Transit
  4. Umrah Penerbangan Biasa
  5. Umrah Ramadhan
  6. Umrah Syawal

Untuk semakan harga pakej Umrah, masukkan tarikh dalam kotak carian di halaman web rasmi Andalusia di https://www.umrahandalusia.com/servis/umrah dan anda akan dipaparkan dengan trip Umrah yang masih available beserta harga.

Semakan Pengendali Umrah Yang Sah & Berdaftar Di Malaysia

Jemaah umrah dinasihatkan supaya membuat pengesahan awal terhadap pakej yang ditawarkan pengusaha pelancongan dan memastikan syarikat tersebut adalah pengendali umrah berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Senarai syarikat pelancongan umrah berlesen ini boleh disemak menerusi laman web rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/semakan/umrah.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!