Cara Semak Baki Loan Kereta / Rumah Public Bank Secara Online

Nak check baki loan online?

Berikut dikongsikan cara semak baki loan kereta / rumah Public Bank secara online.

Mudah sangat. Tak perlu beratur panjang di bank semata-mata nak semak baki loan anda.

Dan tak perlu tunggu berjam-jam semata-mata nak bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan Public Bank lagi.

Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu dua benda ini bagi membolehkan anda semak baki loan secara online, iaitu:

  1. Nombor akaun loan anda
  2. Note number loan tersebut

Kemudian jom kita ke langkah seterusnya.

Untuk link akaun loan kereta atau rumah anda dengan akaun Public Bank, sila ikuti langkah berikut:

1. Login ke akaun PBE Bank (https://www.pbebank.com) dan klik “Profile Maintenance”

3. Klik “Manage Profile”

2. Kemudian klik “Add / Delete Account”

3. Pilih jenis akaun sama ada Hire Purchase untuk kereta atau Loans untuk pinjaman perumahan.

4. Masukkan maklumat seperti nombor kad pengenalan, number akaun untuk loan, dan note nombor.

Segala maklumat ini anda boleh rujuk semula bahagian transaction history akaun anda.

5. Kemudian request PAC dan siap!

Semak Baki Loan Kereta / Rumah Public Bank

Selepas ini bolehlah anda semak berapa baki hutang bank yang tinggal terus dari aplikasi PB engage MY.

Dan anda juga boleh ikut langkah di atas untuk link akaun kad kredit Public Bank.

Satu lagi cara bagaimana anda boleh semak kesemua baki pinjaman anda ialah dengan memuat turun laporan CCRIS anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!