Salam Aidilfitri 2024: Contoh Ucapan سلام عيد الفطر

Salam Aidilfitri: Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

 Salam Aidilfitri: Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, iaitu hari kemenangan yang dinantikan oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa. 

Mesti anda dah tak sabar nak makan juadah istimewa di hari raya, pakai baju raya baru, bersalaman dan saling mengucapkan Salam Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, kan?

Hah, sekiranya anda tercari-cari ucapan Salam Aidilfitri untuk diberikan kepada sanak saudara, rakan-rakan dan pasangan anda boleh rujuk perkongsian di bawah. Nak jadikan ‘caption’ dekat media sosial pun boleh!

BACA JUGA: Ramadan Kareem: Maksud & Contoh Ucapan رمضان كريم

Salam Aidilfitri

Maksud Salam Aidilfitri

Ucapan Salam Aidilfitri adalah salah satu tradisi yang sangat dihargai dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. 

Ia merupakan ungkapan kegembiraan dan rasa syukur atas berakhirnya bulan Ramadan yang penuh dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Ia juga menandakan permulaan bulan Syawal, di mana umat Islam berkumpul bersama keluarga dan sahabat untuk merayakan kemenangan setelah menjalani ibadah puasa.

Contoh Ucapan Salam Aidilfitri

Ucapan untuk Ibu Bapa

Salam Aidilfitri: Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر

1. Salam Aidilfitri, Ma dan Abah! Semoga syawal ini penuh dengan kebahagiaan untuk kita sekeluarga.

2. Ayah, Ibu!سلام عيد الفطر. Semoga rahmat Allah sentiasa menyertai kita sekeluarga di hari yang mulia ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. 

3. Salam Aidilfitri kepada ibu dan ayah tercinta. Mohon maaf zahir dan batin atas kekhilafan selama ini. Semoga amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah. Amin. 

4. Salam Aidilfitri ibu. Terima kasih atas kasih sayang ibu. Minta maaf untuk segala kesilapan selama ini. Kosong-kosong ye!

5. سلام عيد الفطر, maaf zahir batin untuk ibu dan ayah. Semoga bulan Syawal ini mendatangkan keberkatan untuk kita semua. 

6. Salam Aidilfitri, Ma dan Abah! Semoga segala doa dan harapan kita tercapai dalam bulan yang mulia ini.

7. Dalam suasana Hari Raya yang penuh meriah ini, izinkan saya mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada ibu bapa saya yang tercinta! Semoga hubungan kita semakin erat dan harmoni. Amin. 

8. Sempena Hari Raya yang mulia ini, izinkan kami, anak-anakmu ini mengungkapkan rasa terima kasih atas kasih sayang dan segalanya yang telah ibu ayah berikan. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!

Salam Aidilfitri

9. سلام عيد الفطر buat kedua orang tuaku yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati. Semoga syawal kali ini memberikan kegembiraan buat ibu dan ayah. Mohon maaf anakmu ini tidak dapat balik beraya bersama. Doakan anakmu sentiasa baik-baik sahaja. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Sayang ibu ayah!

10. سلام عيد الفطر untuk ibu dan ayah yang dikasihi. Mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki atas segala kesilapan selama ini. Semoga Allah sentiasa merahmati ibu dan ayah. Duit raya Along dah bank in tau! Hehe. 

Ucapan untuk Kawan-kawan

Salam Aidilfitri: Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر

1. Salam Aidilfitri, kawan-kawan! Semoga hubungan persahabatan kita terus terjalin rapat seperti kuih raya yang lekat bersebelahan.

2. Hari Raya tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran kalian. سلام عيد الفطر, teman-teman!

3. Salam سلام عيد الفطر kawan-kawan. Maaf zahir dan batin, jangan lupa hantar duit raya, jangan jadi kaya raya sorang-sorang!

4. Wahai kawan-kawan, Salam Aidilfitri! Semoga raya kali ini kita dapat duit raya lagi banyak dari tahun lepas kih kih. 

5. Hai geng, Salam Aidilfitri! Kalau tak jumpa duit raya pun, jemput datang makan ketupat percuma dekat rumah aku. 

6. Hai kawan-kawan, سلام عيد الفطر. Kalau dapat duit raya nanti, jangan lupa bayar hutang. Baru boleh raya dengan senang hati!

7. Wahai kawan-kawan, Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita di bulan ramadan diterima Allah. Amin. 

8. Salam Aidilfitri sahabatku. Maaf zahir batin ya. Jemput datang beraya di rumah!

9. Selamat hari raya, سلام عيد الفطر buat semua sahabat tercinta. Marilah luangkan masa yang ada untuk beraya bersama-sama. Setahun hanya sekali sahaja. Jom jom. 

10. Assalamualaikum sahabat semua. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin, kosong-kosong ya! Jemput datang beraya di rumah, makan ketupat sambil borak-borak. 

Ucapan untuk Pasangan

Salam Aidilfitri Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر

1. سلام عيد الفطر, sayang! Tiada yang lebih indah daripada merayakan kemenangan Ramadan bersama-sama.

2. Kepada suami/isteri tercinta, Salam Aidilfitri, minal aidil wal faizin! Syawal ini lebih bermakna dengan kehadiranmu di sisiku.

3. Assalamualaikum, cinta hatiku! Salam Aidilfitri. Semoga bahagia dan keberkatan sentiasa menyertai kita.

4. Terima kasih kerana selalu ada di sisi saya, sayang. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga kasih kita kekal abadi dan amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah. 

5.سلام عيد الفطر, kekasih hatiku. Syukur alhamdulillah atas segala kenangan indah yang kita kongsi. Maafkanlah segala khilafku. Semoga di bulan Syawal ini kita dapat mencipat lebih banyak kenangan indah bersama. 

6. Hari ini kita rayakan kemenangan bersama, sayang. Salam Aidilfitri. Taqaballahu minna wa minkum. Semoga cinta kita semakin kukuh dengan redha Allah.

7. Assalamualaikum, suami/isteri tercinta. Semoga syawal kali ini membawa lebih banyak kegembiraan dan cinta dalam kehidupan kita. Salam Aidilfitri!

8. سلام عيد الفطر, cintaku! Maafkanlah segala kesilapan dan ketidaksempurnaanku. Terima kasih atas kasih sayangmu yang tiada putus. Selamat Hari Raya!

9. Di hari yang penuh berkat ini, sayang ingin mengucapkan سلام عيد الفطر kepada suami/isteri ku tercinta. Semoga kasih kita abadi dan diberkati Allah. Maaf zahir batin, kosong-kosong okay!

10. Wahai suami/isteri ku yang tercinta, di saat sinar mentari bersinar terang menyambut kedatangan Hari Raya yang mulia ini, izinkanlah aku menghulurkan ucapan Salam Aidilfitri yang penuh makna untukmu. Maafkanlah segala kesalahan dan khilaf yang mungkin terjadi di antara kita. Izinkanlah aku menjadi bahu yang kukuh untukmu, tempat berteduh saat kesedihan melanda, dan sumber kebahagiaan dalam setiap kejayaan yang kita raih bersama.

Background Syawal / Islamik

Dah tahu nak tulis apa dalam ucapan? Anda boleh gandingkan dengan background kosong di bawah, custom-made ikut kesesuaian anda sendiri.

Background / wallpaper Tema Syawal & Hari Raya ini juga boleh digunakan untuk backdrop program, buku program, brosur, surat jemputan.

Background Syawal / Islamik 1

Background Syawal / Islamik 2

Background Syawal / Islamik 3

Background Syawal / Islamik 4

Background Syawal / Islamik 5

Sumber: Facebook Hazeem Azemi

background ramadan selamat berpuasa
background ramadan selamat berpuasa
background ramadan selamat berpuasa

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.

Semoga ucapan-ucapan ini mampu mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara anda dan insan tersayang dalam menyambut Hari Raya yang mulia.

Akhir kata, Selamat Hari Raya!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut