Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ): Syarat dan Cara Memohon

Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) merupakan satu usaha kerajaan negeri Johor untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

Bagi tahun 2023, sebanyak 92 unit rumah RTBJ akan dibina dan sebanyak 500 buah lagi akan dibina dalam tempoh 5 tahun.

Konsep RTBJ

Skim Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) ini berbeza dengan skim perumahan yang lain.

Melalui RTBJ, individu yang menyewa akan membayar kadar sewaan sebanyak RM650 sebulan.

Menariknya, sebahagian daripada bayaran sewaan ini, iaitu sebanyak RM195 akan dimasukkan dalam tabungan khas yang akan dikumpul bagi membolehkan penyewa mengumpul duit deposit bagi membeli rumah pertama mereka.

Dalam tempoh lima tahun, penyewa akan mempunyai tabungan RM11,000 dimana duit tabungan tersebut boleh digunakan untuk membayar deposit untuk rumah seterusnya.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Artikel berkaitan: eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

Syarat kelayakan

permohonan rumah transit bangsa johor

Skim Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) ini layak dimohon oleh individu-individu yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
  • Pemohon berusia 18 hingga 45 tahun
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat Johor
  • Pendapatan seisi keluarga berada dalam lingkungan antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan.
  • Pemohon atau pasangan suami isteri yang tinggal atau bekerja di Johor
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Johor

Cara memohon

Permohonan bagi skim Skim Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) ini boleh dibuat melalui laman rasmi Perbadanann Kemajuan Pemahan Negeri Johor.

Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan berminat untuk memohon bagi ini, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari laman web https://pkpj.johor.gov.my/
  2. Klik pada Daftar akaun sekarang
  3. Klik pada “Individu” dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan. 
  5. Tekan butang “Log Masuk”
  6. Kemudian klik “Rumah Transit Bangsa Johor”
  7. Klik pada permohonan baru
  8. Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan
  9. Muat naik dokumen yang diperlukan. 
  10. Seterusnya, klik “Hantar”
  11. Tick pada kotak persetujuan terma & syarat dan klik Ya
  12. Selesai dan permohonan anda berjaya dihantar

Artikel berkaitan: Rumah Impian Bangsa Johor: Cara Permohonan & Semakan Online

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklklumat lanjut mengenai skim perumahan ini, sila hubungi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor.

  • Alamat: Pejabat Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
  • Email: [email protected]
  • Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!